Ramai Sokong TikToker Tegur Peniaga Kedai Makan Tambah Air Dalam Sabun Basuh Tangan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan Faiz di TikTok miliknya, dia mempersoalkan tindakan segelintir peniaga kedai makan yang mencampurkan air dengan sabun basuh tangan sehingga menjadi terlalu cair.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kedai makan sering menjadi pilihan khususnya buat individu yang mahu menukar selera atau tidak berkesempatan untuk memasak.
Namun jika perasan, ada sesetengah premis sebegini yang dilihat tidak menyediakan kemudahan buat pelanggan contohnya seperti sabun basuh tangan.
Jika ada sekalipun, pencuci itu pula dicampurkan dengan air sehingga kadangkala dilihat menjadi terlalu cair dan hilang wangiannya.
Keadaan sebegini pastinya mengundang rasa tidak selesa kepada segelintir individu apatah lagi jika mereka baru menikmati hidangan berkuah atau berminyak menggunakan tangan.
TikToker Tegur Pemilik Kedai Makan, Campur Air Dalam Sabun Basuh Tangan
Baru-baru ini, usahawan makanan yang juga seorang TikToker, Faiz Soul tampil menyuarakan isu ini khusus buat pemilik kedai makan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya, dia mempersoalkan tindakan segelintir peniaga yang mencampurkan air dengan sabun basuh tangan sehingga ia menjadi terlalu cair.
“Meniaga tak ada untung sangat ke? Sampaikan sabun basuh tangan nak kena campur dengan air. Saya tak faham.
“Pergi kedai makan ni kadang-kadang, kebiasaannya, kedai makan mesti nak campur sabun basuh tangan dengan air sampai ceroi (cair). Picit tak keluar apa, keluar air sahaja.
“Meniaga sampai beribu-ribu, sehari boleh beratus-ratus, awat berkira sangat setakat nak beli sebotol, letak yang RM2 lebih, tak habis pun aih” katanya.
Harap Owner Kedai Makan Lihat Video & Buat Perubahan
Malah, Faiz turut mempersoalkan sikap segelintir pemilik kedai makan yang berkira dalam penyediaan sabun basuh tangan sedangkan terdapat barang lain yang dikenakan caj kepada pelanggan.
Pada masa yang sama, Faiz mengharapkan agar pemilik kedai makan melihat videonya itu dan dapat melakukan sesuatu.
“Yang pelik kenapa nak kena (sabun basuh tangan) campur dengan air? Sebab nak berjimat? Kenapa berkira sangat nak bagi orang bersihkan tangan, dapat pahala. Rezeki pun Allah buka.
“Ini meniaga, setakat sabun basuh tangan pun berkira dengan pelanggan. Harap owner kedai makan tengok video ini. Nak marah, marahlah. Tapi aku cakap benda betul,” katanya.
@faizsoul_ Video Ni Khas Kepada Owner Kedai Makan. Toksah Berkira Sangat ! Isu Sabun Basuh Tangan Campur dengan Air Konon Nak Jimat . #faizsoul #airfaizsoul #Jussedapfaiz #keksouldap #tourfaizsoul
♬ nhạc nền – wild animals🐯 – wild animals🐯
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Sokong Kenyataan TikToker, Dah Lama Mahu Suarakan Isu Sabun Tangan Campur Air
Video yang telah mendapat lebih 282,000 tontonan dan turut dikongsikan di Facebook itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang menyokong dan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemuda terbabit.
Malah, majoriti pengguna media sosial juga turut mempunyai senada dan mempunyai pendapat sama dengan TikToker berkenaan.
Bukan itu sahaja, ada segelintir yang berkongsikan pengalaman ketika berkunjung di kedai makan.
Jelas mereka, bukan hanya sabun basuh tangan sahaja tetapi ada juga pemilik kedai makan yang ‘berkira’ dengan pelanggan dengan menyorokkan tisu.
Namun, ada segelintir yang berpendapat langkah mencampurkan air dengan sabun basuh tangan adalah satu cara untuk menjimatkan kos.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Terima Kasih Suarakan, Bila Sabun Cair, Lagi La Tekan Sampai 10 Kali Nak Basuh Tangan, Tak Jimat Juga”

“Ini Semua Kos, Bekas Bos Saya Cakap Kalau 1 Hari 100 Pelaanggan, Sabun Cepat Habis”

“Ingatkan Kami Je Perasan Pasal Sabun, Betul. Kalau Basuh Tangan Pun Berminyak Lagi, Sabun Cair”

“Betul Apa Faiz Cakap. Saya Peniaga, Saya Sediakan Sabun Pekat, Tak Pernah Campur Air Sebab Saya Pun Tak Suka Sabun Tu Cair”

“Sabun Campur Air, Tisu Kena Minta Dekat Kaunter, Bila Minta Tisu, Bagi Sehelai Je”

“Betul Tu, Cuci Tangan Tak Ada Buih Pun, Ada Kedai Tulis Dekat Tepi Kotak Tisu Ambil Sehelai Je”

Baca Artikel Berkaitan: Isu Sewa Tapak RM400 Selesai, Faiz Soul & Pegawai MDB Sudah Bermaafan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Nak Untung Lebih Punya Pasal, Peniaga Di Indonesia Sanggup Sembur Cat Merah Pada Cili Jualan
Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]

