fbpx
Now Reading
Padah Buat Aksi ‘Wheelie’, Mat Rempit Lari Lintang Pukang Selepas Langgar Kereta Orang [Video]

Padah Buat Aksi ‘Wheelie’, Mat Rempit Lari Lintang Pukang Selepas Langgar Kereta Orang [Video]

Seorang pengguna TikTok mendakwa kejadian berlaku selepas penunggang motosikal terbabit hilang kawalan ketika melakukan aksi ‘wheelie’ sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Proton Iswara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada segelintir penunggang-penunggang motosikal dalam kalangan anak muda yang gemar menunggang secara berbahaya.

Golongan yang sering digelar sebagai ‘mat rempit’ ini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain.

Tidak hanya itu, tindakan mereka yang menunggang motosikal secara melulu dan melakukan pelbagai aksi perbahaya juga boleh menyusahkan orang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Mat Rempit Jatuh Ketika Tunjuk Aksi ‘Wheelie’ Depan Orang Ramai, Motosikal Rempuh Myvi [Video]

Tular mat rempit lari selepas langgar kereta

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal sedang berlari dipercayai selepas terlibat dalam satu kemalangan kecil di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @huzanaim, kelihatan seorang lelak berbaju merah serta beberapa individu lain turut berlari mengejar pemuda terbabit.

“Kejadian kejar-mengejar, kes langgar lari, hari ini nasib dia tidak baik, selalu merempit tak jadi apa-apa,” tulis di video.

@huzanaim Ceritanya bergini.. #rempit #langgarlari😭 ♬ original sound – Huza Art

Motosikal didakwa hilang kawalan selepas buat aksi ‘wheelie’

Seorang pengguna TikTok akaun @deknaz17 yang mendakwa berada di lokasi kejadian berkata, kemalangan berlaku selepas penunggang motosikal terbabit hilang kawalan ketika melakukan aksi ‘wheelie’ sebelum merempuh bahagian belakang sebuah Proton Iswara.

Dakwa pengguna TikTok itu, sebelum kejadian, pemuda tersebut tidak keseorangan merempit, sebaliknya bersama rakan-rakannya yang turut melakukan pelbagai aksi berbahaya.

“Budak ini up motor (wheelie) dan pak cik baju merah (pemandu Iswara) pada ketika ini ingin membelok ke kiri. Tiba-tiba budak itu tak dapat imbangkan motosikal dan terbabas.

“Dia lari tinggalkan motosikal. Kereta Iswara pak cik itu habis lampu pecah, bumper belakang jangan cakap lah, kejadian berlaku waktu petang,” tulisnya di ruangan komen.

Penunggang motosikal didakwa remaja sekolah

Anaz turut mendakwa bahawa penunggang motosikal itu adalah remaja sekolah yang gemar merempit di kawasan berkenaan bersama rakan-rakannya.

Pengunjung di kawasan berkenaan juga tidak selesa dengan kehadiran kumpulan mat rempit ini yang didakwa membuat bising dan sebagainya.

“Harap pihak polis kerap lakukan rondaan di tempat ini sebab banyak budak-budak sekolah tak pakai helmet, berlumba dan buat lagak ngeri,” tulisnya lagi.

Dalam video sama, kelihatan penunggang motosikal itu berjaya ditahan oleh seorang lelaki sebelum dia dibawa semula ke kawasan kemalangan.

Pemilik video turut berkongsi satu lagi rakaman yang memaparkan sekumpulan penunggang motosikal dipercayai rakan kepada pemuda itu yang hanya mampu melihat dari jauh rakan mereka ditahan.

@huzanaim Replying to @Tidur #rempit #langgarlari😭 ♬ original sound – Huza Art
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.