Ingatkan Minta Tolong, Rupanya Ramai Pelajar UiTM Kena Scam Dengan ‘Kucing Bumbung’ Sejak 2023 [Video]
Kucing yang diberi nama Annesa itu bukanlah tidak dapat turun, sebaliknya memang gemar berada di atas bumbung.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Rakyat Malaysia sememangnya prihatin dengan kucing, hal ini kerana kebanyakan orang di negara ini amat menyukai haiwan terbabit.
Lihat sahaja setiap kali ada kucing yang berada dalam kesusahan seperti tersangkut atau terperangkap di tempat tinggi, pasti ramai yang mahu membantu siap ada yang menghubungi pihak bomba.
Pun begitu, ada sesetengah kucing bukan lah memerlukan bantuan, sebaliknya hanya menginginkan perhatian semata-mata.
Tular video kucing di atas bumbung
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seekor kucing berada di atas bumbung sebuah kedai makan dipercayai dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @dinothecatmagnet, kucing terbabit mengiau sambil memerhati orang-orang di bawah seakan ingin meminta pertolongan.
Siapa sahaja yang melalui kawasan itu atau ingin memasuki kedai makan terbabit pasti akan menyangka bahawa kucing itu memerlukan bantuan.
Ingatkan tersangkut, rupanya memang suka lepak atas bumbung minta perhatian
Bagaimanapun, satu poster yang ditampal pada tiang di hadapan kedai makan itu memaklumkan bahawa kucing terbabit telah berada di atas bumbung sejak tahun 2023 lagi.
Kucing yang diberi nama Annesa itu bukanlah tidak dapat turun, sebaliknya memang gemar berada di atas bumbung.
Difahamkan, si bulus itu akan naik semula ke atas bumbung berkenaan dengan sendirinya selepas diturunkan.
“Jangan risau kalau kucing ini memanggil, dia sebenarnya nak perhatian sahaja. Poster ini dibuat sebab ramai sangat yang nak tolong turunkan, tapi nanti dia akan naik semula (atas bumbung),” tulis di poster terbabit.
@dinothecatmagnet Annesa 🤣 #uitmsa #fyp #foryoupage ♬ เสียงต้นฉบับ – ไข่ตุ๋นทำไร
Rupanya ramai pelajar UITM jadi mangsa ‘scam’ kucing bumbung
Apa yang lebih menghiburkan, di ruangan komen ternyata ramai penuntut dan alumni UITM yang mendakwa telah menjadi mangsa ‘scam’ kucing terbabit, malah ada yang telah membantu menurunkannya.
Tidak hanya itu, ada juga pelajar di sana yang tidak menyangka bahawa kucing terbabit telah ‘lepak’ di atas bumbung itu sejak 2023 lagi.
Segelintir netizen juga turut memberi komen berseloroh dengan menyatakan bahawa kucing terbabit sebenarnya mengajak orang ramai untuk berada di atas bumbung bersamanya.








