fbpx
Now Reading
Suzuki Malaysia Perkenal Model Terbaharu GSX-8T & GSX-8TT

Suzuki Malaysia Perkenal Model Terbaharu GSX-8T & GSX-8TT

model Suzuki GSX-8T dan Suzuki GSX-8TT ini dikuasakan oleh enjin 776cc Parallel-Twin DOHC yang dibangunkan di bawah platform generasi baharu Suzuki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Suzuki Malaysia baru-baru ini telah  memperkenalkan dua model motosikal terbaharu, Suzuki GSX-8T dan Suzuki GSX-8TT, bertempat di Booth D02, Litar Antarabangsa Sepang,  bersempena hujung minggu perlumbaan MotoGP Malaysia 2025. 

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengurus Jenama Suzuki Malaysia Encik Leong Kam Yew bersama-sama Pengerusi Kumpulan AFY Mobility Industries Sdn Bhd, Encik Ahmad Faez Bin Tan Sri Yahaya, dan Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Jeffrey Lim,

Pelancaran ini turut disaksikan oleh Encik Ichiro Kondo daripada Suzuki Motor Corporation  (SMC) Jepun, yang menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha Suzuki Malaysia memperkukuhkan rangkaian motosikal berkuasa tinggi  serta kerjasama rapat dengan pengeluar utama dari Jepun. 

Dikuasakan enjin 776cc Parallel-Twin DOHC

Menurut Suzuki, kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin 776cc Parallel-Twin DOHC yang dibangunkan di bawah platform generasi baharu Suzuki.

Ini bagi menawarkan prestasi cekap, kawalan mudah dan keselesaan tunggangan  harian. GSX-8T dan GSX-8TT direka berteraskan falsafah “Retro Spirit, Next  Generation Performance”, yang menggabungkan gaya klasik dengan  teknologi moden.

T500 Titan jadi inspirasi Suzuzki GSX-8T

Model GSX-8T diinspirasikan daripada Suzuki T500 Titan, motosikal naked berprestasi tinggi era 1960-an. Reka bentuknya diserlahkan dengan tangki bahan api yang kontras bersama bahagian belakang berwarna hitam  matte, serta logo timbul 3D pada fairing sisi yang diinspirasikan daripada  simbol “eight ball”.

Hasilnya ialah rekaan yang mengekalkan semangat  retro tetapi tampil moden dan kemas. Ia turut dilengkapi dengan sistem Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.), Ride-by-Wire throttle, Bi directional Quick Shifter, dan Dual ABS bagi memastikan tunggangan lebih  responsif dan selamat.

Design GSX-8TT berasaskan model 8T namun dengan sentuhan motosikal seperti GS750 dan GS1000

Sementara itu, GSX-8TT pula dibangunkan berasaskan model 8T dengan sentuhan rekaan motosikal perlumbaan jalanan Suzuki dari era  1970-an dan 1980-an seperti GS750 dan GS1000.

Ia menampilkan cowl lampu hadapan dan bahagian bawah (Under Cowl) yang menyerupai model klasik Suzuki, manakala fork hadapan hitam, rel tempat duduk kelabu, serta  hiasan jalur berwarna kontras sekaligus memberi imej premium dan sporty. 

Huruf “TT” membawa maksud “Timeless”, menggambarkan kebangkitan  semula gaya klasik dalam bentuk moden. GSX-8TT juga turut dilengkapi  dengan pilihan mod tunggangan sistem SDMS dengan kawalan cengkaman  (traction control), serta tangki bahan api 16.5 liter bagi memenuhi  keperluan tunggangan jarak jauh mahupun jalanraya luar bandar. 

Harga bermula dari RM59,600

Bagaimana dengan harga pula? Jom semak harga di bawah:

Suzuki GSX8T: RM59,600
Suzuki GXS8TT: RM63,600

Bagaimanapun harga ini tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Kedua-dua model Suzuki GSX-8T dan GSX-8TT kini boleh didapati di  semua Suzuki Big Bike World di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut layari laman Suzuki di [SINI]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.