Siap Cucuk Kereta Depan! Toyota Supra Dipandu Melulu Sebelum Terbabas Masuk Longkang [Video]
Berdasarkan butiran pada rakaman dashcam, difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 4.02 petang semalam (2 November) di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap hari, ada sahaja gelagat pengguna jalan raya yang dikongsikan di media sosial.
Kebanyakan hantaran itu pula memaparkan sikap tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri sesetengah pengguna jalan raya.
Kadangkala, sikap negatif mereka itu akhirnya memakan diri apabila berlakunya kemalangan jalan raya.
Toyota Supra Dipandu Melulu Siap ‘Cucuk’ Kenderaan Lain
Semalam (2 November), tular di media sosial rakaman sebuah kereta Toyota Supra dipandu secara melulu dan laju sebelum mengalami kemalangan jalan raya.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang dikongsikan di Facebook, terdapat sebuah kereta Supra yang berwarna merah dipandu secara melulu malah dilihat cuba ‘mencucuk’ kenderaan pemilik dashcam berkenaan.
Kereta tersebut kemudiannya dilihat memotong kenderaan pemilik dashcam dan terus memecut laju ke hadapan.
Masuk Longkang Gara-Gara Elak Kereta Keluar Simpang
Namun setelah beberapa ketika, kereta Supra itu dilihat tiba-tiba terbabas masuk ke dalam longkang yang terdapat pada bahagian kiri jalan di sebuah persimpangan.
Berdasarkan rakaman tular, dia dilihat cuba mengelak sebuah kereta utiliti sukan (SUV) dipercayai jenis Nissan X-Trail yang keluar dari persimpangan tersebut.
Berdasarkan butiran pada rakaman dashcam, difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 4.02 petang semalam (2 November) di Taman Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.
Walau bagaimanapun, status dan keadaan pemandu Toyota Supra terbabit tidak diketahui.
Dalam masa sama, turut tular beberapa lagi video insiden serupa dari sisi yang berbeza.
Ramai Puas Hati Lihat Toyota Supra Terbabas Masuk Ke Longkang
Perkongsian yang telah mendapat lebih 2.5 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati melihat ‘pengakhiran’ Toyota Supra berkenaan apatah lagi tindakan sebegitu akhirnya memakan dirinya sendiri.
Malah, ada yang mempersoalkan cara pemanduan pemandu Toyota Supra berkenaan yang dilihat membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Pada masa yang sama, ada yang menzahirkan rasa lega apabila kemalangan itu tidak melibatkan pengguna yang lain.
Pandu Secara Melulu Adalah Satu Kesalahan
Tahukah anda, individu yang memandu secara melulu dan berbahaya boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987?
Jika disabitkan kesalahan buat kali pertama, pemandu boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun serta didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000.
Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun serta denda tidak kurang daripada RM10,000 dan tidak lebih daripada RM20,000.
Pandu Secara Melulu Hingga Sebabkan Kematian Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun
Manakala, bagi individu yang memandu melulu hingga menyebabkan kecelakaan dan kematian kepada orang lain adalah satu kesalahan?
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi hantaran di Facebook, apabila kemalangan yang berlaku melibatkan kematian pengguna jalan raya lain, individu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu melulu dan membahayakan.
“Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara boleh dikenakan tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan didenda tidak kurang RM20,000 sehingga RM50,000 serta hilang kelayakan lesen memandu tidak kurang lima tahun,” jelas mereka.
#SembangTrafik PENJARA MINIMUM LIMA TAHUN SERTA DENDA SEHINGGA RM50,000 JIKA MEMANDU SECARA BERBAHAYA DAN MENYEBABKAN…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Friday 22 July 2022
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Too Fast To Parit”

“Memandu Macam Tu Kan Dah Mendapat, Yang Mana Berhenti Tengok Tu, Tolong Jerit ‘Bang Tak Boleh Parkir Situ'”

“Jalan Bandar Atau Kampung Tak Patut Potong & Bawa Laju”

“Nasib Baik Tak Langgar Orang, Kalau Tidak Menyusahkan Orang Lain, Memandu Kereta Tapi Tidak Bawa Otak”

“Dia Punya Laju Tu, Sampai Hilang Sekelip Mata, Tahu-Tahu Tak Nampak Dah”

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kenari Dipandu Melulu Hingga Langgar Beberapa Kenderaan Lain, Pemandu Rupanya Positif Dadah [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tular Mercedes Dipandu Melulu, Warga Emas Ditahan Kurang 24 Jam Selepas Diburu Polis [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rakan Maut Selepas BWM Biru Dipandu Melulu Terbabas Di Lebuhraya MEX



