Permainan Video Ganas Boleh Sebabkan Kanak-kanak Alami Masalah Mental
Tegas Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly setiap individu tanpa mengira usia berpotensi mempunyai masalah kesihatan mental namun terdapat kumpulan rentan yang perlu diberikan perhatian dan empati oleh masyarakat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tak dinafikan kebanyakan kanak-kanak pada hari ini terdedah kepada penggunaan gadget seperti telefon pintar. Tak dinafikan ia sedikit sebanyak dapat memudahkan si kecil dalam mempelajari perkara baharu serta banyak lagi.
Meskipun ia baik namun penggunaannya perlulah dikawal ketat agar si kecil tidak ketagih dan menghabiskan masa dengan telefon pintar kepada perkara salah seperti permainan video yang terlalu lama atau menonton video ganas atau kandungan yang kurang bersesuaian.
Perkara ini amat membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan pemikiran serta tingkah laku kanak-kanak.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Ayah Kena Cakna, Ini 3 Tanda Anak Anda Mungkin Alami Brain Rot [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perkembangan Bayi Terbantut Jika Terdedah Awal Pada Skrin Atau TV? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Kanak-kanak terdedah kepada permainan video ganas boleh alami masalah mental
Terbaharu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly turut memaklumkan kanak-kanak yang suka bermain permainan video khususnya berunsur ganas boleh berisiko untuk mengalami masalah gangguan mental jika tidak dipantau dengan baik.
Kata beliau cabaran dalam dunia digital pada ketika ini menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai pengaruh termasuklah permainan di dalam talian yang boleh menjejaskan kestabilan emosi dan pemikiran mereka.
“(Adakah termasuk kanak-kanak yang kerap bermain permainan video ganas? ) Ya, betul. Itu saya sangat sokong kerana hari ini mereka berdepan pelbagai cabaran dalam bentuk media. Selain dulunya, kita tidak tahu bagaimana permainan dalam talian ini dan sebagainya boleh menjadi cabaran kepada mereka,” jelasnya.
Dr Dzulkefly turut menegaskan setiap individu tidak mengira usia mempunyai potensi untuk mengalami masalah kesihatan mental akan tetapi terdapat kumpulan rentan yang perlu diberikan perhatian dan juga empati oleh masyarakat.
“Setiap daripada kita boleh sahaja terdedah kepada cabaran kesihatan mental apabila emosi menurun atau tekanan meningkat sama ada keresahan dan kemurungan.”
Perlu fahami emosi individu alami masalah mental dan bantu dapatkan rawatan
Oleh itu ujarnya, kita tak boleh anggap mereka yang berdepan dengan masalah terbabit sebagai pesakit yang perlu dipandang serong tetapi memandangnya dengan memahami emosi serta membantu mereka untuk mendapatkan rawatan.
Mengulas langkah yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangani hal itu, Dr Dzulkefly memaklumkan terdapat pelbagai inisiatif yang dilakukan termasuk hotline 15555 serta program K-Mindset yang memperkasakan pemimpin masyarakat dalam mendekati individu berisiko.
“Melalui K-Mindset, kita memperuntukkan sebanyak RM21.6 juta untuk melatih ketua kampung, penghulu serta akan diperluaskan kepada tokoh agama agar memainkan peranan menjaga kesihatan mental masyarakat di kawasan masing-masing,” jelasnya lagi, lapor Kosmo.
Terdahulu Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) mengesa agar industri permainan digital mengambil peranan aktif dalam membentuk persekitaran digital yang lebih selamat bagi kanak-kanak dan pengguna muda.
Sehubungan itu mereka menjemput syarikat permainan tempatan dan antarabangsa untuk menyertai rangka kerja kendiri dan membantu membangunkan standard yang dipimpin oleh industri, yang mengimbangkan inovasi dengan tanggungjawab.
Inisiatif ini akan menggalakkan kerjasama mengenai amalan terbaik yang menguatkan alat bimbingan ibu bapa, jaminan umur, sistem pengawalan kandungan, dan prinsip reka-bentuk yang beretika.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






