fbpx
Now Reading
Isteri Prince Syed Dedah Buat Bariatrik Atas Kerelaan Sendiri, Minta Henti Serang Suami

Isteri Prince Syed Dedah Buat Bariatrik Atas Kerelaan Sendiri, Minta Henti Serang Suami

Prince Syed turut menafikan dakwaan dia menjadikan isteri ‘tikus makmal’ dengan memaksanya melakukan prosedur bariatrik sebaliknya Fatin Syazwani melakukan pembedahan terbabit atas kerelaan sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan ibu mentua kepada influencer dan usahawan, Prince Syed Shahid yang mendakwa lelaki tersebut melarikan anak perempuannya, Fatin Syazwani Ishak, 27, serta menghalang keluarga daripada berjumpa.

Dalam video tular itu, wanita berkenaan mendakwa dia tidak dibenarkan untuk melawat anak perempuannya yang juga isteri kepada Prince Syed di hospital dan pintu turut dikunci.

Selain itu dia turut mendakwa anak perempuannya dijadikan sebagai bahan uji kaji ‘tikus makmal’ dan membuat pembedahan bariatrik untuk menjual produk kurus.

@haiza.zlkfl

Influencer Prince Syed halang family Fatin dari kampung melawat Fatin di Hospital ❗️❗️❗️family nak berbincang pon dia larikan diri, mohon share ❗️❗️ #repost bagi semua orang tahu perangai dia #princesyed #viral #menganiayabini #fyp

♬ bunyi asal – _WifeFaiz🌸 – _WifeFaiz🌸

Isteri Prince Syed selar dakwaan dipaksa buat bariatrik, sebaliknya akui atas kerelaan sendiri

Terbaharu, Fatin Syazwani mendedahkan pembedahan tersebut dilakukan atas kemahuan sendiri dan ia tidak ada kena mengena dengan suami.

“Saya memang buat bariatrik (pembedahan) tapi urusan itu tak ada kena mengena dengan suami.

“Saya yang buat sendiri. Syed tak bagi buat, saya sendiri yang nak buat,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Perkara itu didedahkan ekoran terdapat dakwaan mengatakan dia dipaksa melakukan pembedahan tersebut oleh suaminya.

Dedah suami tak pernah paksa buat bariatrik untuk jual produk kurus seperti yang didakwa

Jelas Fatin Syazwani, pembedahan tersebut dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta di Ipoh, Perak pada 8 Oktober yang lalu dan perkara tersebut diketahui suaminyanya.

Menurut Fatin Syazwani, suaminya itu tidak pernah memaksa untuk melakukan pembedahan tersebut untuk menjual produk pelangsingan seperti tular di media sosial.

Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk berhenti menyalahkan suaminya kerana prosedur itu dilakukan adalah dengan kerelaan diri sendiri.

“Fatin minta Syed kumpul duit (untuk menampung kos pembedahan).

“Tolong jangan serbu (serang) Syed.. tolong sangat. Syed tak ada kena mengena.

“Saya nak tenang-tenang sahaja.”

Selain itu Fatin Syazwani turut menjelaskan dia tidak menyangka isu pembedahan yang dilakukan itu boleh menimbulkan dakwaan dia dan suami mempunyai masalah rumah tangga.

“Kenapa sampai macam itu? Awat (kenapa) lebih sangat.

“Jangan lebih dan melampau sangat. Kenapa orang tak puas hati daripada dulu?

“Penat, sumpah letih, kecewa,” ujarnya lagi.

Nafi jadikan isteri ‘tikus makmal’, antara sebab isteri buat bariatrik kerana tertekan jadi mangsa body shaming

Dalam pada itu, Prince Syed atau nama penuhnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, turut menafikan dakwaan dia menjadikan isteri ‘tikus makmal’ dengan memaksanya melakukan prosedur pembedahan bariatrik.

Malah dia mengatakan isterinya itu melakukan prosedur tersebut dengan kerelaannya serta antara faktor ingin melakukan pembedahan itu disebabkan tertekan menjadi mangsa penghinaan bentuk fizikal (body shaming).

Isteri masuk hospital kerana dehidrasi

Jelasnya dia tidak memaklumkan kepada sesiapa berhubung perkara tersebut kerana menghormati permintaan isteri dan bukan disebabkan ingin melarikan isteri seperti dakwaan yang tular.

“Sebelum ini, isteri pernah luahkan hasrat nak buat (pembedahan bariatrik) dan saya tanya semula adakah dia sudah fikir betul-betul kerana saya tak sokong tapi tak halang.

“Namun isteri nekad dan saya akur malah menemaninya sepanjang di sana (pusat perubatan swasta yang menjadi tempat pembedahan) daripada awal hingga selesai.

“Saya siap solekan wajahnyya di atas katil sebelum nak keluar dari pusat perubatan itu selepas pembedahan jadi memang tak ada isu saya memaksa atau dia dipaksa.

“Cuma isteri saya dimasukkan ke sebuah hospital empat hari lalu kerana dehidrasi dan sudah melakukan satu sesi dialisis. Keadaannya stabil, bacaan pun cantik, tunggu waktu dibenarkan pulang ke rumah saja.”

Dia dalam masa sama turut menafikan dakwaan melarikan anak dan memaklumkan ada membawa anak bertemu dengan keluarga mentua sebelum ini.

“Setiap kali ke utara tanah air, saya, isteri dan anak singgah ke rumah mentua.

“Tak ada isu nak larikan anak dan rumah dalam video tular itu kediaman kakak, bukan rumah saya seperti didakwa,” jelasnya lagi.

Bimbang keselamatan diri, Prince Syed buat laporan polis

Sementara itu, Prince Syed turut memaklumkan dia telah membuat laporan polis pada 2 November berhubung dakwaan diserang dan dipukul hingga cedera di bahagian tangan dan wajah.

Menurutnya dalam insiden yang berlaku jam 2.40 petang semalam (2 November), seramai empat individu dikenalinya telah datang menyerang sewaktu berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang, Selangor.

Katanya, individu itu memukul kepalanya dengan topi keledar sebanyak beberapa kali serta menumbuk pada bahagian wajah.

“Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.

“Saya ada bukti iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan apa yang terjadi berlaku disebabkan mereka anggap saya mengongkong serta menghalang isteri (Fatin Syazwani Ishak, 27) berjumpa mereka.

“Hakikatnya, isteri enggan berjumpa mereka atas sebab tertentu dan saya buat laporan polis untuk keselamatan diri serta bimbang mereka bertindak agresif,” jelasnya.

Individu sama yang didakwa serang Prince Syed minta berpisah dengan isteri dan serahkan 2 orang anak

Dakwa influencer itu, dia membuat satu laporan di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, kelmarin selepas menerima desakan daripada individu yang sama menuntutnya untuk berpisah dengan Fatin Syazwani.

“Individu terbabit juga mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaga mereka.

“Selain itu, ketika di rumah pada Jumaat lalu (31 Oktober), individu sama ada menghubungi kakak dan ibu bagi meminta saya berpisah dengan isteri dan mahu saya membuka sekatan nombor serta memberitahu keberadaan isteri jika tidak mahu diapa-apakan.

“Untuk apa kami berpisah sedangkan membina rumah tangga adalah satu yang mulia dan sebagai suami, saya kena pertahankan perkahwinan sampai akhir hayat.

“Kami ‘hidekan’ video di TikTok pun bukan sebab ada masalah cuma nak tenteram memandangkan isteri pun sebelum ini tak sihat dan pada masa sama, saya kena fokus dengan perniagaan, jadi tak nak mental kami terganggu.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.