fbpx
Now Reading
Betul Ke Bersenam Malam Punca Mati Mengejut? Ini Penjelasan Dr Say [Video]

Betul Ke Bersenam Malam Punca Mati Mengejut? Ini Penjelasan Dr Say [Video]

Menurut Dr Say, 90% kes kematian mengejut ketika bersukan adalah disebabkan oleh masalah jantung tersembunyi yang tidak pernah dikesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Demi menjalani gaya hidup sihat dan mengisi masih lapang, sesetengah individu gemar bermain sukan seperti badminton, futsal dan pickleball.

Namun baru-baru ini, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan secara tiba-tiba ketika bermain badminton di waktu malam.

Situasi ini membuatkan timbulnya pendapat bahawa kematian boleh berlaku akibat bersukan pada waktu malam sehingga menyebabkan ‘fear mongering’ dalam kalangan orang ramai.

Tapi betul ke yang boleh bersukan di sebelah malam ini ada risiko kematian mengejut?

Baca Artikel Berkaitan: “Jogging Sampai Malam!” – Suasana Masyarakat Hartamas Bersukan Pada Waktu Malam Raih Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: Penat Kerja Seharian, Lelaki Maut Lepas 2 Jam ‘Workout’ Tanpa Henti Di Gym

Baca Artikel Berkaitan: Terlalu Fokus Bersenam Setiap Hari Boleh Jejas Kesihatan! Ini Risiko Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Dr Say Jelaskan 4 Perkara Boleh Sebabkan Kematian Mengejut Sewaktu Bersukan

Sehubungan itu, doktor perubatan Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dikenali sebagai Dr Say, telah tampil memberi penjelasan mengenai isu ini.

“Kononnya bersukan pada waktu malam boleh tingkatkan kortisol dan buat jantung terkejut,” dia berkongsi apa yang dipercayai oleh orang ramai.

Dia kemudiannya menjelaskan dari sudut kesihatan mengapakah kematian mengejut boleh berlaku sewaktu seseorang sedang bersukan.

Katanya ia bukan hanya disebabkan oleh memilih jenis sukan yang berbahaya, sebaliknya terdapat gabungan pelbagai faktor.

#1. Serangan Jantung Tiba-tiba

Salah satu masalah kesihatan yang boleh membuatkan seseorang mengalami kematian mengejut adalah serangan jantung.

Sebenarnya serangan ini bukanlah berlaku secara tiba-tiba, namun seseorang yang mengalaminya mungkin sudah mempunyai masalah jantung tersembunyi yang tidak pernah didiagnosis sebelum ini.

Gambar sekadar hiasan

#2. ‘Weekend warrior effect’

Pada masa kini, boleh dikatakan rata-rata golongan pekerja bekerja di pejabat jarang meluangkan waktu untuk bersenam, apatah lagi jika tinggal jauh dengan tempat kerja.

Seperti nama ‘weekend warrior effect’, kebiasaannya orang ramai hanya dapat bersukan pada hujung minggu.

Namun Dr Say berkata, bersukan secara gigih dengan tiba-tiba boleh menyebabkan jantung terkejut.

#3. Sukan Yang Berintensiti Tinggi

Pemilihan sukan mempunyai intensiti tinggi seperti badminton dan bola sepak juga boleh membawa kesan kepada tubuh badan jika seseorang tidak biasa melakukannya.

Keadaan ini akan menyebabkan kadar degupan jantung naik mendadak, berbanding sukan seperti joging dengan kadar degupan stabil.

Gambar sekadar hiasan

#4. Tak Lakukan Warm Up & Cool Down

Setiap kali sebelum bersenam, mestilah kena buat ‘warming up’ dahulu agar otot dan jantung tidak terkejut dengan gerakan intensif yang dilakukan.

Dr Say menjelaskan bahawa kegagalan melakukan warm up ini akan membuatkan otot dan jantung seolah-olah dipaksa bekerja dengan maksimum.

Seusai bersukan pula, aktiviti ‘cool down’ dapat membantu tubuh badan untuk kembali ke keadaan berehat dan mengelakkan sengal otot.

Untuk info, antara aktiviti cool down adalah seperti memperlahankan rentak dan gerakan serta melakukan regangan bermula dari bahagian bawah ke atas.

Dr Say Jelaskan Kortisol Bukan Punca Kematian Mengejut

Dalam masa sama, Dr Say turut menerangkan serba ringkas mengenai pendapat bahawa senaman pada waktu malam boleh meningkatkan kortisol.

Katanya kortisol merupakan hormon stres yang akan berkurangan secara semula jadi pada waktu malam agar tubuh badan bersedia untuk tidur.

Walaupun kadar kortisol akan meningkat jika melakukan sebarang senaman, namun Dr Say menegaskan bahawa kenaikan kadar kortisol bukanlah punca kematian secara mengejut.

“Tak ada kajian sahih yang kata senaman waktu malam boleh sebabkan kematian sebab kortisol,” ujarnya.

Sebaliknya, dia berkata kajian mendapati bahawa kematian mengejut sewaktu bersukan adalah lebih berkait dengan masalah jantung yang tidak disedari.

“90% mati mengejut ketika bersukan adalah sebab masalah jantung tersembunyi yang tak pernah dikesan,” jelasnya.

Ini dilihat selari dengan nasihat yang pernah diberikan oleh Public Health Malaysia bahawa risiko sebenar mati mengejut datang dari penyakit jantung dan darah tinggi yang tidak dikawal

Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Walaupun Tampak Sihat Jika Umur Sudah Cecah 30an

Tambahnya lagi, walaupun ramai lelaki berusia 30 ke 40 tahun kelihatan sihat, namun mereka mungkin mengalami masalah kesihatan yang tidak dapat dilihat antaranya:

  • Kadar kolesterol tinggi.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Diabetes.
  • Arteri tersumbat.

“Kes yang biasa kita nampak, tak pernah check jantung. Tak pernah ada simptom, tiba-tiba rebah dekat court,” katanya.

Dr Say sekali lagi menegaskan bahawa bersukan pada waktu malam tiada masalah jika seseorang telah melakukan persediaan dengan betul, termasuklah:

  • Mendapatkan tidur yang mencukupi.
  • Melakukan warm out dan cool down.
  • Mempunyai garis asas kecergasan.
  • Tidak main secara ekstrim dengan tiba-tiba.
  • Mengetahui status kesihatan jantung sendiri.

Dia juga mengingatkan bahawa tubuh badan yang tidak menunjukkan mana-mana simptom tidak bermakna dia bebas daripada mengalami sebarang penyakit.

Sumber: PHM

Doktor Jelaskan Jangan Ambil Makanan Tinggi Kalori Lepas Bersukan Pada Malam

Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Sukan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, Dr Azhar Yaacob, sebelum ini juga telah mengulas mengenai isu bersenam pada sebelah malam.

Dia menegaskan bahawa perkara ini tidaklah memudatkan kesihatan terutamanya bagi mereka yang sihat fizikal dan biasa bersenam.

“Bagi mereka yang biasa melakukan senaman pada waktu malam, rutin itu menjadi ‘jadual’ harian walaupun terbatas dengan kesibukan, dia tetap dapat meluangkan masa untuk bersenam.

“Selepas melakukan aktiviti terbabit, melalui rehat atau tidur ia akan menggalakkan proses pemulihan badan,” jelasnya dipetik Berita Harian.

Namun katanya, keburukan timbul apabila seseorang yang selesai bersenam pada waktu malam mengambil makanan tinggi kalori dan terus tidur.

Di samping itu, Dr Azhar turut mengingatkan orang ramai agar menilai tahap kesihatan dan kecergasan sendiri sebelum bersukan.

Gambar sekadar hiasan

Baca Artikel Berkaitan: Nak Bersenam Ketika Bulan Puasa? Ini 3 Waktu Yang Sesuai Untuk Anda

Baca Artikel Berkaitan: Kerap Bersenam, Banyak Minum Air & 7 Lagi Tips Sihat Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah

Baca Artikel Berkaitan: Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Nasi Dengan Betul, Boleh Elak Gemuk!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.