fbpx
Now Reading
Pendakwah Dedah Remaja 15 Tahun Di Ipoh Murtad Gara-gara Terhasut Rakan Dalam ‘Online Game’

Pendakwah Dedah Remaja 15 Tahun Di Ipoh Murtad Gara-gara Terhasut Rakan Dalam ‘Online Game’

Remaja berkenaan bagaimanapun akhirnya sedar mengenai kesilapannya dan kembali memeluk Islam selepas segala persoalannya dijawab oleh Ustaz James.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Di zaman ini, terdapat pelbagai permainan dalam talian (online game) yang ditawarkan secara percuma sekali gus menarik minat ramai orang terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya.

Tidak dinafikan, online game sememangnya menyeronokkan, tetapi boleh mengganggu tumpuan belajar dan membuatkan kanak-kanak kurang bergaul di dunia sebenar.

Malah, pendedahan kepada unsur ganas dalam permainan juga boleh memberi kesan buruk selain mudah terpengaruh dengan rakan maya yang tidak dikenali.

Baca Artikel Berkaitan: Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

Tular remaja murtad termakan hasutan rakan dalam game online

Seperti baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di Ipoh, Perak yang didakwa telah murtad akibat terhasut ajakan rakan yang dikenalinya dalam satu permainan dalam talian.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Pengerusi Madrasah Ashabus Suffah Ummi Hasanah (ASUH), Ustaz Muhammad James Baven pada 29 Oktober lalu selepas beliau diminta untuk membantu remaja tersebut.

“Saya diminta oleh Pihak Berkuasa Agama untuk membantu kes murtad melibatkan pelajar lelaki Tingkatan Tiga,” katanya menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook.

Remaja terhasut konon Islam agama ganas, siap hafal ayat-ayat dalam bible

Menurutnya, beliau telah menemui remaja itu sebanyak tiga kali di mana pertemuan kali pertama dan kedua hampir 20 soalan tentang ayat-ayat perang di dalam al-Quran telah diajukan kepadanya.

Jelas beliau, soalan-soalan terbabit ditanya oleh remaja itu dengan niat untuk menunjukkan kononnya Islam adalah agama yang ganas

Ujar Ustaz James, remaja terbabit juga telah menghafal petikan ayat-ayat di dalam Bible melalui internet dengan bantuan rakan-rakan mayanya itu.

Ustaz James jawab semua soalan, remaja itu akhirnya sedar dan kembali peluk Islam

Pun begitu, Ustaz James berkata beliau telah menjawab satu persatu soalan yang diajukan melalui petikan bible bahasa Ibrani sehingga remaja itu akhirnya sedar mengenai kesilapannya itu.

Remaja itu kembali memeluk Islam dengan mengucap Kalimah Syahadah pada pertemuan kali ketiga bersama Ustaz James.

Berkongsi lanjut, beliau berkata air mata kesyukuran mulai jatuh di pipi ibu bapa remaja itu tatkala melihat anak mereka mula kembali ke pangkal jalan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.