fbpx

Pekerja Bank Mohon Maaf Selepas Tular Muat Naik Hantaran Sensitif Berkaitan PMX

Dalam pada itu, RHB Banking Group dalam satu kenyataan di Facebook mendedahkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung tindakan pekerjanya yang didakwa menghina PM Anwar Ibrahim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kecanggihan teknologi pada masa kini diakui sememangnya amat memudahkan. Segala aktiviti harian atau kerja boleh dilakukan hanya dihujung jari sahaja.

Malah, ia membantu seseorang yang tidak mahir sesuatu perkara untuk melakukannya dengan mudah contohnya seperti proses suntingan gambar.

Walau bagaimanapun, ada segelintir individu yang dilihat tidak sensitif dan menyalah gunakan kemudahan sebegini dengan membuat perkara yang tidak sepatutnya khususnya kepada pemimpin negara.

Wanita Mohon Maaf, Muat Naik Hantaran Sensitif Anwar Ibrahim

Semalam (30 Oktober), tular di media sosial permohonan maaf secara terbuka oleh seorang pengguna Facebook gara-gara tindakannya memuat naik hantaran sensitif melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas pengguna berkenaan, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak khususnya Anwar.

“Saya, Siti Nurziswanis, dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf atas satu posting yang telah saya kongsikan baru-baru ini di akaun Facebook peribadi saya.

“Posting tersebut melibatkan repost gambar Perdana Menteri daripada akaun ‘putsz’.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak mempunyai sebarang niat untuk memalukan atau menyinggung mana-mana pihak, terutamanya YAB Perdana Menteri.

“Saya mengakui bahawa tindakan tersebut telah menimbulkan salah faham dan saya amat kesali atas perkara itu,” jelasnya.

Dah Padam Hantaran Berkaitan PMX, Akan Lebih Berhati-Hati Pada Masa Hadapan

Jelas Siti Nurziswanis yang merupakan kakitangan sebuah bank, dia telah memadam hantaran berkenaan dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan.

Tegasnya lagi, hantaran dan pandangan yang dibuat di akaun peribadinya itu tidak mewakili atau mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak khususnya majikan.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa segala pandangan dan posting yang dibuat adalah daripada akaun peribadi saya sendiri dan tidak mewakili atau mempunyai sebarang kaitan dengan pihak majikan saya.

“Sekali lagi, saya dengan tulus hati memohon maaf kepada YAB Perdana Menteri, para penyokong beliau, serta semua pihak yang mungkin terkesan atau berasa kurang senang dengan tindakan saya.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan ini,” terangnya lagi.

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA Saya, Siti Nurziswanis, dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf atas satu…

Posted by Siti Nurziswanis Mohd Zain on Thursday 30 October 2025

RHB Jalankan Siasatan Terhadap Kakitangan Muat Naik Hantaran Sensitif PMX

Dalam pada itu, RHB Banking Group dalam satu kenyataan di Facebook mendedahkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman mengenai isu berkenaan yang melibatkan seorang kakitangan.

Malah, mereka menegaskan pandangan yang dibuat oleh individu terbabit adalah bersifat peribadi dan tidak mewakili atau menggambarkan syarikat.

“RHB berpegang kepada aspek profesionalisma, integriti dan rasa hormat yang tinggi kepada semua pihak tidak kira sama ada di dalam atau di luar tempat kerja.

“Kami memandang serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dalaman.

“Tindakan tatatertib yang sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran Kod Etika dan Tatakelakuan yang ditetapkan,” tulis mereka.

𝗥𝗛𝗕 𝗦𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗦𝘁𝗮𝘁𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁 RHB is aware of social media postings allegedly made by one of our employees. We wish to…

Posted by RHB Group on Thursday 30 October 2025

Sebelum ini, tular hantaran imej melibatkan Anwar Ibrahim yang menampilkan imej pakaian sari dengan bendera Israel.

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian hingga ramai yang menganggap ia satu perbuatan yang biadab.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Dua Lelaki, Disyaki Muat Naik Hantaran Berunsur Ugutan Terhadap PMX & Hina Kerajaan

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Muat Naik Video Hina Anwar Ibrahim Ditahan Polis

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.