fbpx
Now Reading
Media Argentina Dakwa Dokumen Kelahiran Datuk Garces Tiada Darah Malaysia

Media Argentina Dakwa Dokumen Kelahiran Datuk Garces Tiada Darah Malaysia

Berdasarkan dokumen terbabit, datuk kepada pemain warisan itu dilahirkan pada 29 Mei 1930 di Santa Fe, Argentina dan bukannya di Pulau Pinang seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kontroversi melibatkan pemain pertahanan Harimau Malaya, Facundo Garces kini semakin hangat selepas sijil kelahiran datuknya, Carlos Rogelio Fernandez mula tular di media sosial sejak semalam (30 Oktober).

Dokumen itu menunjukkan bahawa keluarga Garces sebenarnya berasal dari Argentina dan bukannya mempunyai darah keturunan Malaysia seperti yang didakwa sebelum ini.

Datuk Graces dilahirkan di Santa Fe, bukan Pulau Pinang

Menurut laporan portal Argentina, Capital de Noticias, yang mendedahkan dokumen itu, mereka memperoleh salinan asal sijil kelahiran Fernandez daripada Arkib Negara Argentina.

Berdasarkan dokumen terbabit, datuk kepada pemain warisan itu dilahirkan pada 29 Mei 1930 di Santa Fe, Argentina dan bukannya di Pulau Pinang seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Portal tersebut juga menjelaskan bahawa alamat pada dokumen itu sepadan dengan sistem penomboran jalan yang digunakan di kawasan utara Salvador del Carril, Santa Fe pada era 1930-an.

FIFA sahkan dapatan berkenaan, moyang Graces juga warganegara Argentina

Kesahihan dokumen itu pada awalnya belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa tempatan mahupun antarabangsa. Namun tidak lama kemudian, Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan telah mengesahkan dapatan berkenaan selepas menyemak semula rekod daripada Pejabat Pendaftaran Awam Wilayah Santa Fe.

Hasil siasatan FIFA mendapati Fernandez memang dilahirkan di Villa Maria Selva, Santa Fe tidak seperti yang pernah dinyatakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Rekod rasmi juga menunjukkan bahawa ibu Fernandez, Sebastiana Justa Fernandez merupakan warganegara Argentina yang menetap di kawasan sama. Ini sekali gus menafikan sepenuhnya dakwaan bahawa Garces mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

7 pemain warisan Harimau Malaysa terkait isu pemalsuan dokumen

Terdahulu, selain Garces, enam lagi pemain warisan turut terkait dengan isu pemalsuan maklumat salasilah keluarga untuk membolehkan mereka mewakili skuad kebangsaan.

Enam pemain warisan itu adalah:

  • Gabriel Palmero
  • Rodrigo Holgado
  • Imanol Marchuca
  • Joao Figueiredo
  • Jon Irazabal
  • Hector Hevel

Susulan perkara itu, FIFA telah mengenakan denda sebanyak CHF350,000 (kira-kira RM1.9 juta) terhadap FAM selain tujuh pemain itu turut digantung selama 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak dan dikenakan denda tambahan sekitar RM10,860 setiap seorang.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai isu ini dan menyerahkan kepada FIFA untuk tindakan seterusnya.

Baca Artikel Berkaitan: FIFA Dedah Asal Usul Datuk Nenek 7 Pemain Warisan Bukan Dari Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Didakwa Kemuka Dokumen Palsu, FIFA Denda FAM & 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.