fbpx
Now Reading
Hasrat Teman Anak Lapor Diri Di PPD Kuantan Tak Kesampaian, Wanita Meninggal Dunia Di Hotel

Hasrat Teman Anak Lapor Diri Di PPD Kuantan Tak Kesampaian, Wanita Meninggal Dunia Di Hotel

Menurut pengasas UKVJ, Wan Cai, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian Almarhumah disebabkan kompilkasi akibat penyakit darah tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap ibu bapa pasti ingin melihat anak-anaknya berjaya dalam hidup, kerana itulah impian dan harapan mereka sejak anak masih kecil.

Kejayaan anak menjadi bukti doa dan pengorbanan ibu bapa selama ini membuahkan hasil. Hati mereka pula sudah pasti penuh rasa bangga dan syukur melihat detik itu.

Disebabkan itu, mereka sentiasa berusaha untuk ada bersama pada hari kejayaan anak, kerana ia merupakan saat paling manis dalam hidup mereka.

Ibu meninggal di hotel, tak sempat lihat anak lapor diri di PPD

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan seorang wanita ini apabila hasrat untuk melihat anak lelakinya melaporkan diri di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan, Pahang tidak kesampaian apabila ajal yang menjemputnya dahulu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook akaun Mr Wan Cai Official, Allahyarhamah Jemilah Md. Nor yang berusia 64 tahun dikatakan meninggal dunia secara mengejut pada Rabu lalu (29 Oktober).

“Wanita itu menghembuskan nafas terakhir ketika menginap bersama suami dan anak lelakinya di sebuah hotel di Jalan Mahkota, Kuantan,” kata pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Cai.

Meninggal dunia kerana penyakit darah tinggi

Menurut Wan Cai, pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kematian Almarhumah disebabkan kompilkasi akibat penyakit darah tinggi.

Jelasnya lagi, siasatan juga mendapati arwah sememangnya mempunyai sejarah perubatan berkaitan penyakit berkenaan.

“Memandangkan Almarhumah mempunyai rekod perubatan, pihak polis telah mengeluarkan permit kematian tanpa perlu menjalani proses bedah siasat.

“Harapan seorang ibu untuk melihat anaknya menabur bakti sebagai kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah tidak sempat direalisasikan. Perginya sebelum sempat menyaksikan kejayaan yang diimpikannya,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.