Wanita Temui Semula Kucing Yang Hilang Selepas Minta Bantuan Stray Cats [Video]
Wanita dari Thailand itu berjalan ke merata tempat sambil menunjukkan gambar kucingnya kepada kucing jalanan lain dengan merayu agar mereka membantu membawa haiwan peliharaannya itu pulang semula ke rumah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kucing merupakan antara haiwan yang sering mendapat tempat istimewa di hati orang ramai khususnya pada ‘pencinta kucing’.
Bagi golongan sebegini, mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi memastikan kebajikan dan kesihatan kucing jalanan atau yang dipelihara berada dalam keadaan baik.
Jika kucing kesayangan hilang, sudah pasti rasa sedih dan risau akan menyelubungi diri. Malah, ada yang sanggup menawarkan ganjaran yang lumayan sekiranya ada individu yang berjaya menemuinya.
Wanita temui semula kucing hilang dengan cara minta bantuan kucing-kucing jalanan
Pun begitu, siapa sangka seorang wanita di Thailand berjaya menemui semula kucingnya yang hilang hanya dengan meminta bantuan kucing-kucing jalanan.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @thesmartlocalth, wanita terbabit mengesyaki kucingnya yang bernama Lamut telah melarikan diri dari rumah.
Susulan itu, dia telah melakukan pencarian Lamut sepanjang malam namun tidak membuahkan sebarang hasil.
Tunjuk gambar Lamut kepada kucing-kucing jalanan, suruhnya pulang ke rumah
Bagaimanapun, seorang netizen telah mencadangkan cara yang agak pelik iaitu dengan menunjukkan gambar Lamut kepada kucing-kucing di kawasan sekitar dan meminta mereka ‘memberitahu Lamut supaya pulang ke rumah’.
Meskipun kaedah itu kedengaran mustahil dan tidak masuk akal, wanita itu tetap mencubanya.
Dia berjalan ke merata tempat sambil menunjukkan gambar Lamut kepada setiap kucing jalanan yang dijumpainya selain merayu agar mereka membantu membawa Lamut pulang semula ke rumah.
Tak sangka minta bantuan kucing jalanan berkesan, Lamut akhirnya pulang ke rumah
Ajaibnya, kaedah yang digunakan itu akhirnya berjaya apabila kucing kesayangannya itu muncul semula dengan memanjat pagar dan datang menyapanya.
Selepas kucingnya ditemui semula, wanita terbabit menghadiahkan snek dan makanan kepada kucing-kucing jalanan terbabit sebagai tanda terima kasih.
@thesmartlocalth Missing Cat Returns After Woman Asks Stray Cats for Help — and It Actually Works! . Cat lovers’ hearts melted when TikTok user @jen_na1995 shared the story of how she found her missing cat, Lamut, who had escaped from home. After searching all night with no luck, a fellow netizen suggested an unusual method: show photos of her missing cat to stray cats in the area and ask them to “tell Lamut to come home.” . Though it sounded far-fetched, she decided to give it a try. She went around showing Lamut’s photo to every stray cat she encountered, pleading with them to help bring her home as she was so worried. . Her mission to find Lamut continued, powered by love and a “feline task force” of helpful strays — until, miraculously, Lamut appeared, climbing back over the fence to greet her. After the joyful reunion, she treated her feline helpers to snacks and food as a heartfelt thank-you. . So, if any cat owners out there are missing their furry friend, you might just want to try this “stray cat communication method”! . สาวแมวหาย ใช้สูตรวานแมวจรให้ช่วยตามหาแล้วเวิร์กจริง! . ทาสแมวเห็นแล้วใจฟูกันเป็นแถบเมื่อผู้ใช้ TikTok @jen_na1995 ได้แชร์เรื่องราวการตามหา “เจ้าละมุด” หรือแมวของเธอที่หนีออกจากบ้านไป ซึ่งเวลาผ่านไปหนึ่งคืนแล้วแต่ก็ยังหาน้องไปพบ จนกระทั่งมีชาวเน็ตมาแนะนำให้เธอลองเปิดรูปแมวของเธอให้แมวจรในบริเวณนั้นดูและขอให้พวกมันช่วยไปบอกให้เจ้าละมุดกลับบ้าน ฟัง ๆ ดูแล้วไม่น่าจะเป็นไปได้ แต่เธอก็ตัดสินใจลองทำตามวิธีดังกล่าวโดยไล่เปิดรูปเจ้าละมุดให้กับแมวจรทุกตัวที่เธอพบและวานให้พวกมันไปบอกให้เจ้าละมุดกลับบ้านเสียทีเพราะเธอเป็นห่วง ภารกิจการตามหาดำเนินต่อไปด้วยพลังแห่งรักผนวกกับกองกำลังแมวเหมียวที่ช่วยกันออกตามหา จนสุดท้ายเธอก็ได้เจอกับเจ้าละมุดที่ค่อย ๆ เดินปีนรั้วกลับบ้านเข้ามาหาเธอด้วยตัวเองอย่างง่ายดาย โดยหลังจากภารกิจเสร็จสิ้นเธอก็ได้นำขนมและอาหารไปให้ “กองกำลังแมวเหมียว” เพื่อเป็นการตอบแทนอีกด้วย . ทาสแมวคนไหนที่กำลังตามหาลูกอยู่ ก็ลองเอาสูตรนี้ไปใช้ดูได้นะคะ . . 📹 Video courtesy of TikTok @jen_na1995 . Follow us for more news and updates in Thailand🇹🇭 . #TSLTHWUT #WUT #ViralVideos #Thailand #แมวหาย ♬ original sound – The Smart Local Thailand
Baca Artikel Berkaitan: Canggih! Kucing Hilang Berjaya Ditemui Di Tengah Lebuhraya Menggunakan AirTag
Baca Artikel Berkaitan: Hampir Setahun Lebih Hilang, Wanita Ini Tak Sangka Kucing Masih Ingat Padanya [Video]



