fbpx
Now Reading
Susulan Isu Peribadi & Dakwaan Bekas Isteri, Bendahari Pemuda BN ‘Direhatkan Sementara’

Susulan Isu Peribadi & Dakwaan Bekas Isteri, Bendahari Pemuda BN ‘Direhatkan Sementara’

Kontroversi membabitkan Shahrul Nasrun tercetus selepas bekas isterinya, Datin Amyera Zainal membuat beberapa dakwaan yang mengejutkan ramai melalui Instagram Story di akaun miliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Bendahari Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Shahrul Nasrun Kamarudin direhatkan sementara daripada tugasnya susulan penularan dakwaan kontroversi oleh bekas Isterinya di media sosial pada baru-baru ini.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada semalam (29 Oktober) berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Shahrul untuk menyelesaikan urusan peribadinya selepas isu berkenaan mendapat perhatian umum.

“Buat masa ini, Datuk Shahrul direhatkan sementara daripada tugasnya sebagai Bendahari Pemuda BN bagi membolehkan beliau menumpukan perhatian kepada urusan peribadinya.

“Mengenai hal peribadinya, kami tidak akan campur tangan dan akan memberinya ruang yang diperlukan untuk menyelesaikannya,” katanya kepada sebuah portal berita dipetik Berita Harian.

Bekas isteri Shahrul buat beberapa dakwaan melalui media sosial

Kontroversi membabitkan Shahrul tercetus selepas bekas isterinya, seorang usahawan dikenali sebagai Datin Amyera Zainal membuat beberapa dakwaan yang mengejutkan ramai melalui Instagram Story di akaun miliknya.

Amyera yang juga seorang influencer itu berkata, beliau berbuat demikian kerana merasakan ada pihak tertentu yang cuba merosakkan reputasinya.

Dakwaan itu tercetus hanya beberapa hari selepas Shahrul Nasrun bertunang pada 25 Oktober lalu sekali gus mencetuskan perbincangan meluas di media sosial mengenai kredibilitinya sebagai seorang ahli politik.

Shahrul tampil beri kenyataan, nafi tunang terlibat dalam isu tular

Cakna mengenai perkara itu, Shahrul kemudiannya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya tampil memberi kenyataan agar tidak timbul lebih banyak kekeliruan dan fitnah.

Beliau mengakui bahawa perkahwinannya bersama bekas isteri telah berakhir secara sah dan rasmi pada 30 Julai 2024 melalui proses perpisahan dengan cara yang sah mengikut undang-undang serta agama Islam.

“Sebagai manusia saya tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam hidup. Saya tidak akan menafikan bahawa saya juga mempunyai kekhilafan yang perlu saya perbetulkan. Apa yang berlaku dalam perkahwinan lalu adalah sesuatu yang saya ambil sebagai pengajaran paling besar dalam hidup.

“Namun begitu, saya amat kesal apabila perkara yang sepatutnya kekal sebagai urusan peribadi dan tertutup kini dijadikan bahan perbualan umum yang boleh menjatuhkan maruah banyak pihak, termasuk diri saya, keluarga dan tunang saya yang tidak terlibat sama sekali,” katanya.

Shahrul juga menegaskan bahawa tunangnya, Meerween Hanees Natasha tidak mempunyai kaitan dengan perkara yang sedang tular ini.

Jelasnya, perkenalan dirinya dengan tunangnya hanya bermula selepas beliau sah bercerai dan berstatus duda.

Susulan itu, beliau memohon agar tunangnya itu tidak lagi dikaitkan dalam apa-apa bentuk tuduhan atau fitnah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.