fbpx
Now Reading
“Hampir Masuk Dalam Mulut Dia” – Wanita Luah Rasa Risau, Anak Beli Jajan Bentuk Deodoran Dari Peniaga Luar Sekolah

“Hampir Masuk Dalam Mulut Dia” – Wanita Luah Rasa Risau, Anak Beli Jajan Bentuk Deodoran Dari Peniaga Luar Sekolah

Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa anaknya itu hampir tersedut bola dari dalam botol gula-gula berbentuk deodoran berkenaan masuk ke dalam mulut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Makanan ringan atau snek seperti keropok mahupun gula-gula sering menjadi kegemaran kanak-kanak.

Jika dapat membeli atau menikmati hidangan ini, makanan lain pun dah tak laku di mata mereka.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah ada sesetengah peniaga yang mengambil peluang dengan menjual makanan sebegini di luar kawasan sekolah.

Namun ada segelintir ibu bapa yang bimbang dengan keadaan ini apatah lagi makanan yang dijual kadangkala dilihat boleh memudaratkan kanak-kanak itu sendiri.

Wanita Luah Rasa Risau, Jajan Bentuk Deodoran Dijual Di Luar Sekolah

Baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang wanita mengenai gula-gula yang sering dibeli oleh anaknya sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @nurfifiliana_, wanita itu mendedahkan jajan berbentuk deodoran itu dibeli oleh anaknya dari peniaga yang berniaga berhampiran pagar sekolah.

Kongsi wanita yang dikenali sebagai Fifi, dia telahpun memberi peringatan kepada anaknya namun tidak diendahkan oleh si kecil itu.

“Semalam waktu ambil anak balik sekolah, tengok dia tengah sedut-sedut benda alah ni.

“Ingatkan dia tengah buat apa. Tengok-tengok ni jajan yang dia beli dekat depan sekolah sementara tunggu saya sampai.

“Bukan tak pernah warning supaya jangan membeli tapi budak-budak ni 1000x kita pesan pun 10 je dia dengar.

“Saya bagi duit pun RM4 je dekat dia. Memang ngam-ngam untuk makan dekat sekolah. Tapi dia memang akan simpan at least RM1 untuk membeli waktu balik,” kongsinya.

Dakwa Anak Hampir Sedut ‘Bola’ Botol Ke Dalam Mulut

Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa anaknya itu hampir tersedut bola dari dalam botol gula-gula berkenaan masuk ke dalam mulut.

Malah, dia juga mendakwa telah pergi berjumpa dengan peniaga terbabit agar tidak menjual gula-gula berkenaan yang dilihat boleh membahayakan kanak-kanak.

“Jajan ni memang sama macam deodoran tau. Dalam tu ada air. Nak minum air ni kena jilat. Semalam anak dok sedut-sedut tu hampir terlepas bola botol tu dalam mulut dia.

“Waktu pergi ambil anak, saya terus ke kedai ni dan sound diorang supaya tak menjual benda yang mengarut macam ni. Kesahihan halal pun tak tahu ada ke tak jajan ni,” kongsinya lagi.

Dakwa DBKL Pernah Datang Serbu Gerai Peniaga, Tapi Tiada Perubahanan

Dakwa wanita itu lagi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga pernah datang beberapa kali membuat serbuan namun peniaga itu tetap berniaga di situ.

“DBKL pernah ambush juga tapi lepas sejam diorang niaga balik. Yang niaga ni bukan orang kita tapi orang Indonesia.

“Dia ada jual megi, corndog, sosej semua juga. Jajan-jajan ni memang bermacam jenis jajan viral dia jual.

“Entahlah pening dah kepala mak-mak dalam group PIBG sekolah nak buat report pasal ni dekat DBKL,” tulisnya lagi.

View on Threads

Ramai Terkejut Gula-Gula Bentuk Deodoran Dijual Pada Kanak-Kanak

Perkongsian yang telah mendapat lebih 66,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka gula-gula sebegitu dijual kepada murid di luar kawasan sekolah.

Bukan itu sahaja, majoriti pengguna media sosial rupanya baru mengetahui jajan sebegitu ada dijual di pasaran malah berpendapat ia membahayakan kanak-kanak.

Pada masa yang sama, ada pengguna media sosial yang berniaga turut mengakui terdapat banyak gula-gula pelik yang dijual di pasaran.

Namun, dia akan melihat bahan serta status halal barang tersebut sebelum dijual kepada orang ramai.

Kanak-Kanak Meninggal Dunia Kerana Gula-Gula Gummy Mata

Sekitar awal tahun ini, seorang kanak-kanak sekolah rendah meninggal dunia selepas tercekik gummy mata yang dimakan olehnya.

Mangsa yang berusia 10 tahun pada mulanya pengsan selepas tersedak lalu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Dia yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Pulau Pinang (HPP) kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 11 malam 20 Februari.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Jajan Apa Tu? Sumpah Tak Pernah Tengok”

“First Time Tengok Anak Beli Lepas Tu Hisap, Saya Dah Kembang Tekak Teringat Deodoran Yang Dekat Rumah Pakai Dekat Ketiak”

“Bahayanya Ya Allah, Kalau La Terlepas Bola Tu Dalam Mulut, Boleh Tercekik”

“Peniaga Tepi Jalan Kebanyakan Jual Barang Yang Datang Dari China, Tak Ada Tanda Halal”

“Saya Jual Jajan Dekat Rumah, Memang Betul, Jajan Sekarang Pelik-Pelik Bentuknya”

Baca Artikel Berkaitan: Elak Beli Gula-gula Tiada Jenama & Label, Pakar Mohon Ibu Ayah Lebih Peka Isu Kandungan Snek Anak

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Kanak-kanak Tercekik ‘Gummy Mata’ Hilang Semangat Lihat Anak Kritikal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.