fbpx
Now Reading
Anak Suka Main Game Online Guna Gajet? Pakar Perjelas Boleh Wujud Risiko Gangguan Mental [Video]

Anak Suka Main Game Online Guna Gajet? Pakar Perjelas Boleh Wujud Risiko Gangguan Mental [Video]

Di zaman moden ini, segelintir ibu ayah membenarkan anak-anak mereka menggunakan peranti canggih seperti telefon pintar atau tablet bagi mengisi masa lapang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Semakin hari, isu anak-anak yang bertindak luar kawalan dilihat semakin membimbangkan. Dalam kes terbaharu, seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikelar ketika sedang tidur di sebuah rumah sekitar Kampung Parit Nipah Laut, Parit Raja, Johor.

Siasatan awal mendapati kecederaan dialami oleh kanak-kanak itu berkemungkinan dilakukan oleh abangnya yang berusia sembilan tahun disebabkan permainan dalam talian popular, Roblox.

Menurut Ketua Polis Johor, mangsa dipercayai telah merosakkan telefon abangnya dan menyebabkan point dalam permainan Roblox yang telah dikumpul itu hilang.

Baca Artikel Berkaitan: Hilangkan 1 Juta ‘Point’ Roblox Mungkin Punca Adik Berusia 6 Tahun Dikelar Abang

Baca Artikel Berkaitan: Kes Budak 6 Tahun Dikelar Ketika Tidur, Ibu Bapa Ditahan Polis

Isi Waktu Anak Dengan Aktiviti Untuk Elak Ketagihan Main Telefon Pintar

Mengupas lebih lanjut mengenai insiden itu, pakar psikologi Amirul Ramli, menerusi hantaran di TikTok (@amirul.ramli) mendedahkan bahawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak sepatutnya diberikan akses kepada penggunaan gajet sendiri terutamanya telefon pintar.

Hal ini kerana ia boleh mengundang risiko gangguan kesihatan mental yang serius sewaktu di zaman remaja dan berkemungkinan bertindak agresif.

“Jadi bagi dia phone atau tablet ke yang dia boleh guna sesuka hati tu, tak boleh,” ujar pakar itu.

Sumber: Freepik

Bagaimanapun, jika ibu ayah memilih pendekatan tersebut iaitu tidak membenarkan anak menggunakan gajet, penjaga perlulah memainkan peranan mendedahkan si kecil dengan aktiviti-aktiviti bagi mengisi masa lapang mereka.

Jika tidak, si kecil ini berkemungkinan akan mempertikaikan golongan ibu ayah yang banyak menggunakan gajet mereka dalam rutin harian.

“Anak-anak ni membesar cepat, kita (ibu ayah) kena rela korbankan masa rehat dengan bermain dengan mereka,” kata Amirul.

Tetapkan Masa Jika Mahu Beri Anak Main Game Di Telefon Pintar

Tidak dapat dinafikan, bukan semua jenis permainan atas talian bahaya dan berunsur kegananasan sehingga mendorong tingkah laku tidak baik.

Jelas Amirul, sesetengah game boleh mengembangkan otak si kecil sebagai contoh puzzle yang melibatkan penyelesaian masalah, kreativiti dan berfikiran kritikal.

“Sama ada tak bagi langsung main game, dalam masa sama kena sediakanlah aktiviti yang anak ni boleh buat. Main sekali dengan anak tu secara fizikal ke. Ataupun bagi main game tapi terhadkan masa itu dan awasi game apa yang dia main,” tambahnya di akhir perkongsian.

@amirul.ramli

♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Banyak Pendapat Tentang Ibu Ayah Yang Berikan Anak Main Telefon

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan Amirul. Kongsi seorang ibu, permainan atas talian membuatkan anaknya lebih ganas.

“Anak saya mula marah-marah bila main game. Bila tak lepas level baru, dia hentak-hentak telefon. Saya terus tak bagi main dah. Asyik bergaduh je. YouTube pun saya dah tak bagi. Terlalu banyak suntingan AI yang bukan-bukan,” kata si ibu.

“Sekarang ni kenapa nak main game dalam telefon? Bagilah buku warna, buku puzzle atau blocks. Banyak dah mainan murah-murah sekarang. Boleh sibukkan budak dengan cara yang sihat. Telefon alat perhubungan bukan alat main,” jelas seorang lagi pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga berkongsi cara mereka mendidik dan menguruskan masa anak dalam rutin harian.

“Awal tahun ni saya sekat anak saya umur 10 dan 7 tahun pakai telefon sampai masa yang sesuai. Hari sekolah hanya buku dan belajar. Saya belikan Nitendo Switch untuk main game Animal Crossing di hujung minggu. Ini cara saya setakat tujuh ke lapan bulan. Sikap dan personaliti mereka semakin baik,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@amirul.ramli)

Idea Aktiviti Untuk Mengisi Masa Lapang Anak

Buat ibu ayah yang mahu mula menetapkan peraturan baru di rumah iaitu dengan tidak membenarkan anak bermain dengan telefon pintar atau gajet canggih, di sini kami kongsikan idea aktiviti boleh dilakukan.

  • Aktiviti seni dan kraf seperti melukis
  • Permainan berasaskan pendidikan iaitu sudoku, puzzle dan board games
  • Aktiviti memasak bersama ibu ayah
  • Menonton filem dengan unsur pendidikan
  • Lakukan rutin senaman di rumah
  • Projek mini DIY (Do-It-Yourself)
  • Membaca buku cerita
  • Belajar kemahiran baharu seperti berenang atau taekwondo
Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: “Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.