Ahli Parlimen Segamat ‘Bertekak’ Dengan Rakyat Gaza Curi Perhatian
Segalanya bermula apabila seorang rakyat Palestin menzahirkan rasa kecewa melihat aksi Donald Trump menari ketika disambut oleh PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim di KLIA sempena ASEAN baru-baru ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump baru-baru ini ke Sidang Kemuncak ASEAN 2025 yang diadakan di Kuala Lumpur bukan sahaja menjadi bualan rakyat Malaysia bahkan mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia.
Apatah lagi ketika ketibaannya, Trump yang disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat bersahaja menari bersama penari yang menyambutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Gaya dan aksi pemimpin paling berpengaruh di dunia serta Anwar yang merupakan Pengerusi ASEAN nyata mendapat perhatian malah masih hangat lagi diperkatakan sehingga kini.
Bukan sahaja dalam negara malah pengguna media sosial di luar negara turut mengulas mengenai perkara itu.
Rakyat Palestin Kecewa Lihat Trump Menari Ketika Tiba Di Kuala Lumpur
Terbaharu, seorang rakyat Palestin menzahirkan rasa kecewa dengan aksi berkenaan.
Menerusi hantaran di X, dia yang dikenali sebagai Dr Ghada Sasa menjelaskan rakyat Palestin sama sekali tidak akan melupakan apa yang telah dilakukan oleh Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terhadap masyarakat di negaranya.
“Kami rakyat Palestin tidak akan lupa apa yang dilakukan oleh Trump dan Netanyahu yang melakukan Holocaust (genosida) terhadap kami.
“Orang Islam menari untuk mereka, dari UAE sehingga ke Malaysia. (Seolah) ketawa dengan kematian dan penindasan kejam yang kami alami,” tulisnya.

MP Segamat Bidas Kenyataan, Tegas Malaysia Dah Buat Terbaik Untuk Rakyat Palestin
Kenyataan itu nyata mendapat perhatian Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran yang menegaskan Malaysia telah buat yang terbaik untuk rakyat Palestin.
Malah, dia berpendapat negara-negara Arab yang lain sepatutnya lebih bertanggungjawab.
“Malaysia mengutamakan kepentingan negara dan rakyatnya. Kita menyambut tetamu dengan penuh hormat, mencerminkan identiti negara yang berbilang kaum dan budaya.
“Kita mempunyai tanggungjawab moral dan politik terhadap rakyat Malaysia, ekonomi, serta hal ehwal politik negara.
“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut dalam ucapannya kepada Presiden Trump tentang usaha membangunkan semula Gaza.
“Ini bukan soal tunduk dengan apa yang berlaku atau menyambutnya secara berlebihan tetapi tentang diplomasi. Berhenti mengajar sebuah negara yang berdaulat,” balas MP dari PKR itu.
Malaysia has done its utmost for Palestine and its people, but Arab states should take more responsibility.
— Yuneswaran Ramaraj (@r_yuneswaran) October 27, 2025
Malaysia prioritizes its national interests and citizens. We welcome guests respectfully, reflecting our multiracial, multicultural nation.
We have moral and political… https://t.co/dAp13uZLB7
Kenyataan MP Dibidas Seorang Lagi Rakyat Gaza, Anggap Pertolongan Kepada Palestin Satu Tanggungjawab
Pun begitu, kenyataan Yuneswaran dibidas oleh seorang lagi rakyat Palestin yang dipercayai menetap di Gaza.
“Tindakan kau seolah-olah apa yang kau berikan kepada kami adalah satu jasa. Itu benar-benar menyedihkan,” tulisnya.
Tegas pengguna berkenaan, pertolongan yang diberikan kepada rakyat Palestin bukanlah hadiah sebaliknya ia adalah tanggungjawab dan kewajipan yang perintahkan oleh Allah SWT.
“Dan jika kamu bermegah dengan apa yang kamu sudah berikan kepada kami, maka lebih baik jangan beri apa-apa langsung. Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah pelindung kami,” balasnya.
Namun, luahan balas itu turut diselitkan dengan bahasa kesat yang mungkin terkeluar kerana terlalu kecewa.

Yuneswaran Balas Dengan ‘Keep Fly Kite With Your Thinking Pattern’
Enggan berdiam diri, Yuneswaran kemudiannya terus membalas komen berkenaan. Namun, kenyataan MP tersebut yang menyebut ayat ‘keep fly kite with your thinking pattern’ turut mencuri tumpuan.
“Kamu bercakap tentang Allah tetapi kata-kata kesat keluar daripada mulut anda. Sedih melihat orang seperti ini. Malaysia tidak berhutang apa-apa dengan anda.
“Kami bertindak atas dasar ihsan. Malaysia penting bagi kami sebagaimana negara anda penting bagi anda. So you can keep fly kite with your thinking pattern,” tulisnya.
You talking about Allah yet with so bad words from your mouth. Sad to see people like you. Malaysia owe nothing to you!
— Yuneswaran Ramaraj (@r_yuneswaran) October 28, 2025
We act on kindness! Malaysia matters to us as how your country matters to you. So you can keep fly kite with your thinking pattern.
Balasan MP Segamat Curi Perhatian Pengguna Media Sosial
Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Menjengah ke ruang balasan, ramai yang terkejut dengan kenyataan oleh ahli parlimen berkenaan.
Malah, ada yang menganggap kenyataan yang dikeluarkan Yuneswaran sebagai memalukan Malaysia.
Selain itu, ada yang mempersoalkan kenyataan Yuneswaran ‘berhenti mengajar sebuah negara berdaulat’ kepada seseorang yang sedang berjuang untuk terus hidup di tengah-tengah genosid dan ditindas lebih dari satu abad sebagai begitu angkuh.
Rakyat Palestin Ada Hak Suarakan Kekecewaan
Bahkan ada yang merasakan rakyat Palestin berhak untuk menyuarakan kesakitan dan kekecewaan mereka.
Malah tindakan mengkritik pendirian Malaysia bukan bermaksud mahu mencampuri urusan negara berdaulat tetapi menyuarakan tanggungjawab moral terhadap negara yang sebelum ini menunjukkan solidariti.
Pun begitu, ada segelintir yang menyokong kenyataan Yuneswaran dan berpendapat mereka sudah melakukan yang terbaik.
Malah ada yang secara terus mengkritik kenyataan lantang wanita Palestin itu seolah-olah ada rakyat Malaysia yang mentertawakan genosid yang menimpa mereka walhal Malaysia antara negara yang sentiasa mempertahankan Gaza.
“Kau melihat perkara ini seolah-olah Malaysia sedang mentertawakan kematian beramai-ramai dan penindasan kejam terhadap kamu, sedangkan Perdana Menteri kami secara literal bercakap dengan Trump tentang kebajikan Gaza pada keesokan harinya. Adakah ini cara yang wajar untuk bercakap tentang sebuah negara yang selama ini lantang mempertahankan kedaulatan kamu?”
You saw this as Malaysia laughing at your mass death and brutal oppression, even though our Prime Minister literally spoke to Trump about Gaza’s well-being the very next day. Is this any way to talk about the country that has been loudly defending your sovereignty?
— Lord Reid🫧 (@xshrxv) October 27, 2025
Ini antara komen menarik pengguna X:
“Apa Yang Awak Dah Buat Untuk Hentikan Genosid Yuneswaran? Saya Tanya Sekali Lagi, Apa Yang Awak Dah Buat?

“Sedihnya Malaysia Ada Ahli Parlimen Seperti Anda”




Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sertai Himpunan Aman Di KL, Tuntut Hentikan Genosid & Kebuluran Di Gaza
Baca Artikel Berkaitan: Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia


