fbpx
Now Reading
Tuan Rumah Terkejut Lihat Rumah Sewa Dihias Cantik Kini Jadi Tempat Timbunan Barang & Sampah [Video]

Tuan Rumah Terkejut Lihat Rumah Sewa Dihias Cantik Kini Jadi Tempat Timbunan Barang & Sampah [Video]

Lebih menyedihkan, rumah berkenaan pada awalnya dihias cantik malah dipenuhi dengan perabot antaranya seperti katil, televisyen, peti ais, mesin basuh, kabinet dan pendingin hawa sebelum disewakan kepada penyewa terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Ada pemilik kediaman pada masa kini dilihat lebih memilih untuk menyewakan rumah mereka kepada orang lain.

Kebiasaannya, rumah yang disewakan berada dalam keadaan kosong bagi memudahkan penyewa membawa atau membeli perabot mereka sendiri.

Namun, ada juga segelintir tuan rumah yang baik hati mencantikkan serta menghias rumah terlebih dahulu bagi keselesaan penyewa malah lengkap dengan perabot atau untuk menaikkan nilai sewa bulanan.

Namun entah mengapa, ada segelintir penyewa dilihat tidak menghargai keistimewaan sebegini hingga mengubah rupa asal rumah terbabit.

Rumah Penuh Dengan Barang Sampai Sukar Untuk Lalu

Baru-baru ini, tular di media sosial keadaan sebuah rumah sewa yang dipenuhi dengan longgokan barang dan sampah gara-gara sikap tidak bertanggungjawab penyewa.

Menerusi video yang dikongsikan seorang wanita, Wanie di TikTok (@ftnramlie), dapat dilihat keadaan rumah milik suaminya yang tidak terurus malah hampir tidak dapat dilalui gara-gara dipenuhi dengan barang.

Bukan hanya ruang tamu, kawasan bilik serta dapur juga berada dalam keadaan kotor.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat terdapat barang seperti kotak, botol-botol kosong, dan timbunan kain memenuhi ruang tersebut.

Malah, dapur dan bahagian mesin basuh juga dilihat tidak terurus apabila ada takungan air di kawasan tersebut.

Suami Berang Dengan Sikap Penyewa, Dakwa Penyewa Suka Putar Belit Cerita

Menerusi hantaran berasingan, kelihatan suami Wanie kelihatan berang dan memarahi penyewa terbabit.

Manakan tidak, penyewa berkenaan seolah-olah menguji kesabaran suaminya malah mempersoalkan mengapa dia dimarahi.

“Husband saya bukan jenis lelaki yang marah-marah, selagi boleh cakap elok, cakap elok lagi.

“Tapi sebelum pada video ni dia banyak pusing (putar belit cerita) lagi. Dia cakap barang-barang ini baru keluarkan untuk pindah padahal barang ni memang duduk dekat sini sebab dua bilik memang tak boleh nak buka langsung sebab penuh dengan barang-barang dia,” tulis Wanie di ruang kapsyen.

@ftnramlie

Replying to @ANUAR IBRAHIM Husband i bukan jenis laki yang marah2, selagi boleh cakap elok, cakap elok lagi. Tapi sebelum pada video ni dia banyak pusing lagi. Dia cakap barang2 ni baru keluarkan untuk pindah, padahal barang ni mmg duduk kat sini sebab 2bilik mmg tak boleh nak buka langsung sebab penuh dengan barang2 dia😵‍💫💔

♬ Sad Music – Max-Music

Tonton video penuh [DI SINI]

Rumah Dihias Dengan Cantik & Siap Perabot Ketika Diberi Sewa

Lebih menyedihkan, rumah berkenaan yang disewa secara fully furnished dihias cantik malah dipenuhi dengan perabot antaranya seperti katil, televisyen, peti ais, mesin basuh, kabinet dan pendingin hawa sebelum diberikan kepada penyewa terbabit.

Pendek kata, penyewa hanya masuk dengan mencuci kaki dan bawa badan sahaja di rumah yang terletak di Lembah Klang itu.

Namun, segalanya berubah apabila penyewa itu langsung tidak menjaga kebersihan dengan memenuhi kediaman berkenaan dengan timbunan barang serta sampah.

@ftnramlie

Replying to @ana.. Ni la rumah asal sebelum penyewa dari neraka tu duduk. Rumah ni semua fully furnished. Tapi bila dia duduk nauzubillah☹️

♬ original sound – only_ayyaa – only_ayyaa

Tonton video penuh [DI SINI]

Rumah Disewa RM1,500 Sebulan, Kantoi Lepas Penyewa Tak Bayar Bil Utiliti

Kongsi Wanie kepada BuzzKini, mereka menyewakan rumah tersebut dengan harga RM1,500 sebulan.

Perbuatan penyewa itu terungkai selepas pasangan suami isteri berkenaan pelik melihat bil air yang tertunggak sehingga RM200 dan bil elektrik sebanyak RM350.

Difahamkan, penyewa berkenaan telah menyewa rumah tersebut sejak dua tahun yang lalu.

Kongsi Wanie lagi, dia telah meminta penyewa tersebut untuk keluar pada hujung bulan ini namun penyewa berkenaan enggan keluar dari kediaman tersebut.

Keadaan itu menyebabkan suaminya telah membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

Ramai Geram Dengan Sikap Penyewa, Tak Hargai Keselesaan Yang Disediakan Tuan Rumah

Video yang telah mendapat lebih 2.6 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan penyewa terbabit yang langsung tidak menjaga kebersihan serta tidak menghargai kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah.

Malah, ada yang meluahkan rasa pelik dan hairan bagaimana penyewa terbabit boleh tinggal dalam keadaan sedemikian rupa.

Seorang netizen berpendapat mungkin dia sebenarnya menghidap hoading disorder yang merupakan salah satu penyakit mental yang dikategorikan dalam ‘Diagnostic Manual and Statistical Manual of Mental Disorder’ (DSM-5).

Namun, ada juga yang mencadangkan agar Wanie dan suaminya selepas ini menjadikan rumah itu sebagai inap desa (homestay) dek kerana rumah yang telah dihias cantik.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Kepada Penyewa, Tolonglah Jaga Rumah Sewa Elok-Elok Walaupun Bukan Rumah Korang”

“Kalau Ada Perjanjian, Halau Je Keluar Dan Guna Wang Deposit Untuk Clearkan Rumah”

“Macam Mana La Dia Boleh Duduk Dalam Keadaan Macam Ini”

“Saranan Saya, Kalau Rumah Jenis Dah Siap Renovate & Ada Kelengkapan Better Buat Homestay”

“Ini Dinamakan Hoarder, Semua Benda Dia Nak Simpan & Tak Nak Buang”

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Dari Neraka” – Sangat Pengotor & Selalu Kencing Di Sinki, Lelaki Nekad Halau Housemate [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Puaka!” – Lelaki Geli Tengok Keadaan Rumah Sewa Kotor Didiami Geng Pelajar Perempuan

Baca Artikel Berkaitan: “Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.