fbpx

Remaja OKU Lembam Niat Datang KL Cari Kerja Jadi Mangsa Samun Buat Ramai Sebak [Video]

Remaja itu menjadi mangsa samun selepas menaiki motosikal bersama seorang individu semasa dia berada di Terminal Bersepadu Selatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, sehingga hari ini masih ada individu-individu yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Ada yang harus menempuh berjalanan beratus kilometer dan ada pula yang terpaksa menaiki pesawat, apa sahaja mereka sanggup lakukan demi mencari rezeki di ibu kota.

Pun begitu, tidak semuanya berakhir seperti apa yang telah dirancang apabila ada yang terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian serta masalah.

Remaja OKU lembam datang KL cari kerja jadi mangsa samun

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang remaja lelaki dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) lembam yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan didakwa telah menjadi mangsa samun.

Kisah remaja itu dikongsikan oleh pemilik restoran Oppa Zuzu, Mohamad Ezzuan Hariff Agus Sharif di akaun TikTok miliknya (@ezzuchang) yang kebetulan bertemu dengan mangsa.

“Kesian budak India OKU datang Kuala Lumpur nak cari kerja, tapi kena samun di Terminal Bersepadu Selatan (TBS),” tulis di kapsyen.

Jadi mangsa samun selepas naik motosikal dengan lelaki tak dikenali di TBS

Menurut remaja itu, semasa di TBS, dia telah menaiki motosikal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali.

Dakwanya, lelaki itu kemudian membawanya ke sebuah lorong sebelum bertindak memukul dan menyamun beg yang dibawanya.

Dalam video terbabit, kelihatan remaja sehelai sepinggang itu seperti berada dalam keadaan kelaparan dan kehausan.

Lebih menyentuh hati, ketika ditanya mengenai ibu bapanya, remaja itu mendakwa bahawa kedua-dua orang tuanya telah tiada selain dirinya juga mempunyai kad OKU.

Pemilik restoran bantu beri makan, minum dan wang

Susulan itu, Mohamad Ezzuan membantu remaja terbabit dengan memberikannya minuman dan makanan sebelum menghantarnya semula ke TBS dengan menaiki teksi.

Mohamad Ezzuan juga memberi sedikit wang kepada mangsa untuk membeli tiket bas bagi pulang semula ke kampung halamannya.

“Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada semua yang tengok, bantulah sesiapa yang ada di depan mata kita yang memerlukan pertolongan tanpa mengira bangsa,” tulis di dalam video.

@ezzuchang Kesian budak India OKU datang KL nak cari kerja. Tapi kena samun dekat TBS😢 #ezzuchang #oppazuzukl #fyp ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Netizen sebak dengan nasib remaja OKU jadi mangsa samun di TBS

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak dengan nasib remaja OKU itu yang menjadi mangsa samun.

Mereka turut mengecam tindakan individu yang menyamun remaja itu kerana tergamak mengambil kesempatan terhadap mangsa yang kurang upaya.

Tidak kurang juga segelintir netizen yang mendakwa kawasan di sekitar TBS sememangnya bahaya terutamanya ketika waktu malam.

“Kesian dia nak cari kerja kena samun pula”

“Sampai hati samun budak OKU”

“Terima kasih orang baik yang membantu”

“Lelaki ataupun lebih-lebih lagi perempuan hati-hati lah di kawasan TBS”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.