Nampak Sama Tapi Lain Fungsinya! Jom Kenali Jenis Bra Sesuai Dengan Aktiviti Harian
Selain dari meningkatkan keyakinan, pemilihan dan pemakaian bra yang tepat boleh membuat sesorang itu berasa selesa dan tidak sakit apabila melakukan aktiviti tertentu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baju dalam atau juga dikenali sebagai bra sememangnya menjadi pakaian wajib golongan wanita.
Sama seperti pakaian yang lain, kalau tiada baju dalam, memang tak lengkap rasanya gaya pemakaian pada hari itu.
Namun tidak semua coli mempunyai fungsi yang sama dan sesuai dipakai ketika menjalani aktiviti dalam kehidupan seharian.
Lihat sahajalah di pasaran, terdapat pelbagai jenis baju dalam yang dijual sesuai mengikut gaya hidup atau keselesaan kaum Hawa itu sendiri.
Kenapa Kena Pilih Bra Yang Sesuai?
Bagi sesetengah wanita, ada yang lebih gemar menggunakan satu jenis bra sahaja untuk melakukan pelbagai aktiviti.
Itulah yang digunakan untuk membuat aktiviti seharian, itu jugalah yang digunakan untuk bersukan.
Sebenarnya, korang perlu memilih dan memakai bra mengikut jenis situasi itu sendiri.
Kenapa? Selain dari meningkatkan keyakinan, pemilihan dan pemakaian bra yang tepat boleh membuat sesorang itu berasa selesa dan tidak sakit apabila melakukan aktiviti tertentu.
Malah memetik laman Healthline, pemakaian baju dalam tanpa sokongan yang betul juga boleh menyebabkan postur badan seseorang terganggu selain rasa sakit pada bahagian leher, belakang dan bahu.
Jenis Baju Dalam Di Pasaran & Fungsinya
Jom kami kongsikan antara bra yang paling biasa dipakai dan menjadi pilihan ramai berserta fungsinya:
#1 T-Shirt Bra
Baju dalam jenis ini sememangnya sesuai dipakai ketika melakukan aktiviti harian atau duduk santai apabila berada di rumah.
Bentuk cup yang kebiasaanya jenis ‘moulded’ dan tanpa jahitan di tengah membuatkan si pemakai nampak ‘smooth’ lebih-lebih lagi jika memakai T-shirt.
Bentuk cup yang kebiasaanya jenis ‘moulded’ dan tanpa jahitan di tengah membuatkan si pemakai nampak ‘smooth’ lebih-lebih lagi jika memakai T-shirt.
Kebiasaannya bra jenis ini menggunakan kain lembut dan ringan justeru sesuai dipakai untuk tempoh masa yang lama.

#2 Push Up Bra
Push Up Bra merupakan antara yang paling popular dalam pasaran dan sering menjadi pilihan ramai.
Sesuai dengan namanya, bra jenis ini lebih bertujuan untuk estetik (rupa) berbanding keselesaan. Namun pada masa kini sudah banyak push up bra yang selesa dipakai.
Baju dalam jenis ini membantu seseorang untuk menonjolkan ‘aset’ miliknya dengan bahagian cup yang agak rendah dan padding (sponge) yang tebal bagi membuatkan payudara kelihatan penuh.
Malah, ia juga sesuai buat mereka yang tidak mempunyai payudara sama saiz.

#3 Underwire Bra
Selain push-up bra, underwire bra juga mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Manakan tidak, bra yang mempunyai dawai pada bahagian bawah cup ini membantu memberi sokongan kepada payudara korang dari bahagian bawah dan sisi badan selain membuatkan ia lebih nampak ‘firm’.
Namun buat sesetengah individu, jika tidak kena saiznya, ia boleh memberi rasa tidak selesa kepada si pemakai.

#4 Bra Sukan (Sport Bra)
Buat mereka yang aktif bersukan, bra jenis ini sering menjadi pilihan ketika melakukan aktiviti sihat ini.
Ini kerana bra sukan memberi perlindungan dan sokongan penuh serta kebanyakan bahannya yang mudah menyerap peluh.
Memetik laman Womens Health Magazine, terdapat tiga jenis sport bra bergantung kepada jenis aktiviti sama ada yang memberikan impak kecil, sederhana atau tinggi.
Kebiasaannya, pemilihan bahan atau jenis kain, cup serta tali bra (straps) menjadi penentu kepada pemilihan bra sukan mengikut aktiviti yang dilakukan.
Jika korang melakukan aktiviti impak kecil seperti yoga, bra sukan dengan fabrik yang anjal (elastic), boleh bernafas (breathable) dan tali yang nipis boleh memberi keselesaan yang maksimum.
Bukan itu sahaja, kebanyakan sports bra tiada underwired sekaligus dapat mengelakkan rasa mencucuk ketika melakukan aktiviti.

#5 Training Bra
Buat korang yang mempunyai anak atau adik yang bakal menginjak ke alam remaja atau baru berjinak untuk memakai bra, korang tahu tak ada baju dalam yang dipanggil sebagai training bra.
Baju dalam jenis ini direka khas buat remaja yang baru mengalami pertumbuhan payudara.
Biasanya ia kelihatan lebih kecil dari baju dalam biasa dan bukanlah dipakai untuk sokongan sebaliknya untuk keselesaan.
Malah, bahan yang diperbuat bagi bra ini terdiri daripada material yang lembut sebagai melatih individu memakai baju dalam yang betul.

#6 Bra Menyusu (Nursing Bra)
Buat para ibu khususnya yang mempunyai anak kecil seperti bayi, pastinya bra menyusu menjadi antara baju dalam yang wajib ada.
Rekaannya sama sahaja seperti bra lain namun apa yang membezakan adalah terdapat cangkuk atau butang pada bahagian cup hadapan yang memudahkan para ibu untuk menyusu atau mengepam susu anak.

#7 Strapless Bra (Bra Tanpa Tali)
Buat mereka yang tidak bertudung, baju dalam ini sering menjadi pilihan buat mereka yang memilih untuk menggayakan pakaian seperti gaun atau baju tanpa lengan.
Bra tanpa tali ini biasanya sama sahaja seperti bra biasa namun perbezaannya dengan baju dalam yang lain adalah ia datang tanpa tali.
Namun kini, kebanyakan strapless bra di pasaran dijual dengan tali yang memboleh pengguna memasang tali itu semula.

Sebenarnya, banyak lagi jenis bra yang terdapat di pasaran. Ini hanyalah bra biasa yang sering menjadi pilihan ramai dan digunakan dalam aktiviti seharian.
Setiap baju dalam mempunyai rekaan yang berbeza mengikut aktiviti yang dilakukan oleh si pemakai.
Ia penting bagi memastikan keselesaan sekaligus dapat menyokong dada korang. Jadi lepas ni, bolehla pilih baju dalam yang sesuai untuk aktiviti harian. Tapi yang paling, penting pastikan anda menggunakan bra dengan saiz yang betul.
Baca Artikel Berkaitan: Gadis Ini Kongsi Tips Gosok Awning Tudung Bawal Bagi “Menjadi” & Cantik [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kaum Hawa Takkan ‘Moody’ Lagi, Ini 5 Jenis Fabrik Tudung Bawal Yang Mudah Dibentuk
