fbpx
Now Reading
Israel Diserang Wabak Maut, Ragut 8 Nyawa Bayi & Jangkiti 5,000 Individu

Israel Diserang Wabak Maut, Ragut 8 Nyawa Bayi & Jangkiti 5,000 Individu

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Israel, kesemua lapan kanak-kanak yang maut itu tidak menerima vaksin dan kebanyakannya berumur dua tahun setengah ke bawah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Israel kini berdepan dengan wabak campak yang telahpun meragut lapan nyawa bayi walaupun pihak berkuasa mereka sedang mengekang penularan virus itu.

Menurut Harian Metro yang memetik Media Ibrani, virus yang sangat mudah berjangkit itu kini dilaporkan merebak ke sembilan kawasan penempatan di seluruh Israel.

Menurut laporan pada Ahad (26 Oktober) lalu, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun meninggal dunia selepas 10 hari dirawat akibat komplikasi jangkitan di Pusat Perubatan Universiti Hadassah, Ein Kerem.

Kematian itu merupakan yang kelapan sejak wabak tersebut bermula pada April lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Israel, kesemua lapan kanak-kanak yang maut itu tidak menerima vaksin dan kebanyakannya berumur dua tahun setengah ke bawah.

Penularan semasa wabak itu pada awalnya tertumpu kepada kawasan yang mempunyai liputan vaksin rendah seperti Jerusalem, Beit Shemesh dan Bnei Brak. Namun kini, ia dilaporkan merebak dengan ketara.

5,000 Orang Mungkin Dah Dijangkiti Virus Campak

Data rasmi menunjukkan lebih 1,700 pesakit telah disahkan dijangkiti virus campak ini.

Walau bagaimanapun, model statistik menganggarkan seramai 5,000 individu mungkin telah dijangkiti.

“Kami tahu penyakit ini masih banyak yang tidak didiagnosis dan terdapat beberapa ribu lagi pesakit yang dijangkiti,” jelas Ketua Epidemiologi Israel, Sharon Alroy-Preis.

Penularan wabak itu memberi tekanan dan beban yang besar kepada sistem kesihatan Israel di mana 468 pesakit memerlukan rawatan dengan 93% daripadanya merupakan kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 70,000 Tentera Israel Hilang Upaya Dengan 9,539 Alami Gangguan Mental Akibat Perang

Baca Artikel Berkaitan: Semakin Banyak Negara Eropah Iktiraf Palestin, Perancis Paling Baharu

Baca Artikel Berkaitan: Mayat Bayi Pramatang Mereput Ditemukan Dalam Hospital Di Gaza Selepas Berapa Minggu Dikosongkan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tentera Israel Mula Pam Air Laut Ke Dalam Terowong Hamas Di Gaza

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.