Maxis Aktifkan Perkhidmatan Roaming Di Timor-Leste
Terdapat beberapa pas perayauan antarabangsa buat pengguna Maxis dan Hotlink yang tersedia untuk Timor-Leste antaranya Pas Data Tanpa Had Asean, Pas Data Tanpa Had Berbilang Negara, Pas Asean DataRoam dan Pas Pelbagai Negara DataRoam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Maxis menyambut baik pengumuman oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai pengaktifan perkhidmatan perayauan antarabangsa ke Timor-Leste, sehubungan dengan penyertaan rasmi negara tersebut sebagai anggota kesebelas ASEAN.
Sebagai langkah menyokong perkembangan ini, Maxis telah meluaskan perkhidmatan perayauan antarabangsanya ke Timor-Leste melalui semua pas perayauan yang berkaitan.
Menurut Maxis, ini bagi membolehkan pelanggan Maxis dan Hotlink menikmati kesalinghubungan yang lancar ketika berada di negara tersebut.
Semakan kami mendapati Timor-Leste sudah disenaraikan antara negara terlibat bagi beberapa pas roaming.

Semak senarai Pas Perayauan Antarabangsa yang tersedia untuk Timor-Leste di bawah:
| Pas Perayauan Maxis | Harga |
| Pas Data Tanpa Had 1 Hari | RM29 |
| Pas Data Tanpa Had ASEAN 3 Hari | RM39 |
| Pas Data Tanpa Had ASEAN 7 Hari | RM49 |
| Pas Data Tanpa Had Berbilang Negara 15 Hari | RM99 |
| Pas Data Tanpa Had Berbilang Negara 30 Hari | RM149 |
| Pas Perayauan Hotlink | Harga |
| 3 Hari Pas Asean DataRoam | RM25 |
| 7 Hari Pas Asean DataRoam | RM35 |
| 15 Hari Pas Pelbagai Negara DataRoam | RM75 |
| 30 Hari Pas Pelbagai Negara DataRoam | RM100 |
Untuk maklumat penuh mengenai perkhidmatan perayauan, termasuk kadar panggilan dan SMS, layari laman berikut:
Semua Telco Sudah Aktifkan Data Perayauan Antarabangsa Di Timor Leste
Kementerian Komunikasi sebelum ini memaklumkan semua telco utama Malaysia sudah berjaya mengaktifkan perkhidmatan perayauan data di negara termuda ASEAN itu.
CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile berjaya mengaktifkan perkhidmatan perayauan data pada 17 Oktober manakala YTL Communications memulakan perkhidmatannya pada 24 Oktober.
“Inisiatif ini bertujuan memastikan rakyat Malaysia yang berada di Timor-Leste dapat menikmati perayauan data yang lancar pada kadar berpatutan, sama seperti negara-negara anggota ASEAN yang lain,” kata Kementerian Komunikasi.
Perkara ini hasil kerjasama rapat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Autoridade Nacional de Comunicações (ANC) Timor-Leste. Selain itu ia juga hasil sokongan perkongsian perayauan strategik antara pengendali rangkaian mudah alih Malaysia dan penyedia telekomunikasi utama Timor-Leste, iaitu Telkomsel, Telemor dan Timor Telecom.
The name is Ahmed Faez Amir. I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters . Outside of work, I make music, read, and go camping whenever I get the chance.






