Kerap Bergurau Tapi Sebenarnya Berjiwa Pejuang! Ini Sejarah PM Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão
Bakat kepimpinan Kay Rala Xanana Gusmão mula terserlah selepas beberapa siri serangan tentera Indonesia pada 7 Disember 1975 apabila menjadi antara barisan hadapan gerakan penentangan terhadap kehadiran tentera Indonesia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui pada ketika ini sedang berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN kali ke-47 di Kuala Lumpur.
Ia mula mendapat perhatian dan menjadi bualan hangat di media sosial dek kerana kedatangan pemimpin paling berpengaruh di dunia, Donald Trump.
Selain itu, ada seorang lagi pemimpin yang dinanti-nantikan iaitu Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão.
Manakan tidak, lagak dan gayanya yang bersahaja melayan petugas khususnya pengamal media di persidangan tersebut nyata mencuit hati ramai termasuk momen memberikan candy.
Gemar melawak, peramah dan sikap rendah dirinya membuatkan ramai yang terpesona dengan keperibadian Xanana Gusmão sehingga ada yang menggelarkannya sebagai pemimpin berjiwa rakyat.
Namun jangan tidak tahu, perjalanan Xanana Gusmão untuk mencapai sehingga ke tahap ini bukanlah satu perkara yang mudah.
Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi beliau sebelum berjaya menjadikan Timor-Leste sebagai anggota ASEAN yang ke-11 secara rasmi pada Ahad (26 Oktober).
In a historic occasion for the region, the Signing of the Declaration on the Admission of Timor-Leste into ASEAN took…
Posted by ASEAN on Saturday 25 October 2025
Dari Bidang Guru & Wartawan Ke Sektor Ketenteraan Sebelum Masuk Dunia Politik
Xanana Gusmão sebenarnya dilahirkan pada 20 Jun 1946 di Manatuto, Timor-Leste.
Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah katolik Manatuto Nossa Senhora de Fátima yang terletak di Dare sebelum menyambung pengajian menengah di Sekolah Tinggi Dr. Francisco Machado di Díli.
Xanana Gusmão yang merupakan anak kepada guru sekolah mula menceburi bidang pentadbiran awam pada tahun 1966 sebelum berkhidmat dengan tentera Portugis pada tahun 1968 sehingga 1970.
Pada tahun 1974, beliau berkhidmat sebagai staf akhbar “A Voz de Timor” (the Voice of Timor) sebelum melibatkan diri dalam dunia politik dengan menyertai parti “Associação Social Democrata” ASDT (Social Democrat Association) yang kemudiannya dikenali sebagai FRETILIN iaitu Revolutionary Front for an Independent Timor-Leste.
Bakat Politik Terserlah Ketika Mula Pimpin FRETILIN, Sebelum Jadi ‘Panglima Perang’
Dengan latar belakangnya sebagai seorang wartawan dan jurugambar, beliau memegang jawatan Timbalan Pengarah bagi Jabatan Penerangan dalam FRETILIN.
Namun 1975 menyaksikan Portugal memulakan proses dekolonisasi setelah pemerintahan Perdana Menteri, Marcelo Caetano tumbang.
FRETILIN kemudiannya mengambil peluang untuk mengisytiharkan kemerdekaan dari Portugis. Namun sayangnya, tidak sampai sembilan hari – tanggal 7 Disember 1975, Indonesia menerusi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) melancarkan operasi pencerobohan besar-besaran ke Timor Timur, dikenali sebagai operasi ‘Indonesian invasion of East Timor’.
Pencerobohan ini mencetuskan perang yang hebat antara kedua-dua pihak khususnya di pihak Timor Timur. Xanana Gusmão juga tidak terkecuali apabila menjadi salah satu barisan hadapan yang menentang pencerobohan tentera Indonesia sekaligus menyerlahkan bakat kepimpinannya.
Pun begitu, tentera Indonesia lebih gah apabila berjaya menguasai perang sekaligus secara rasmi menjadikan Timor Timur sebagai provinsi ke-27 nya pada 17 Julai 1976 dengan pendudukan berlaku selama 24 tahun.
Xanana Gusmão kemudiannya mengambil alih tampuk pemerintahan barisan hadapan Gerakan penentangan ekoran kematian Presiden FRETILIN pada tahun 1978.
Beliau kemudiannya menganjurkan Persidangan Kebangsaan pertama FRETILIN pada tahun 1981 dan dipilih sebagai Ketua Penentangan serta sebagai ketua komander bagi FALINTIL (Pasukan Bersenjata Pembebasan Nasional Timor-Leste).
Jika diringkaskan, peranan beliau pada waktu itu adalah sebagai pemimpin tertinggi tentera Gerila AKA Panglima Perang.
Lebih menarik pada Mac 1983, Xanana Gusmão telah mengadakan rundingan rasmi bersama tentera Indonesia yang membawa kepada gencatan senjata. Namun, ia hanya bertahan sehingga bulan Ogos pada tahun sama.
Malah, beliau turut menggubal dan melaksanakan Dasar Perpaduan Nasional menerusi pembangunan ‘Frente Clandestina’ serta menubuhkan Majlis Nasional Penentangan Maubere yang kemudian dikenali sebagai Majlis Nasional Penentangan Timor (CNRT).
Ramai ingat askar penentang sudah lenyap sebelum wartawan sambilan ABC News temui Xanana Gusmao
Pada waktu itu sehinggalah tahun 1988, ramai masyarakat dunia yang menyangkakan pasukan FRETILIN dan tentera FALINTIL telah terkubur. Namun hakikatnya Xanana mengamalkan konsep kepimpinan bawah tanah (underground) dan terus menyusun semula gerakan secara rahsia.
Beliau dikatakan menyorok dan beroperasi di kawasan pergunungan seperti Matebian dan Ainaro dan terus mengetuai perang gerila menentang askar Indonesia.
Perkara itu hanya diketahui selepas seorang wartawan sambilan ABC, Robert Domm ‘diseludup masuk’ dan berjaya menemuramah beliau.
Sepanjang pertemuan tersebut, banyak gambar dan kisah-kisah mengenai tentera gerila yang berjaya dikongsikan kepada dunia.
Pada saat itu, Xanana sudah menjadi simbol utama penentangan terhadap pendudukan Indonesia.
Bagaimanapun buku Robert Domm yang bertajuk East Timor: A Western Made Tragedy hanya dikeluarkan pada tahun 1992.

Pernah Dipenjara, Tetap Fikirkan Kemerdekaan Timor Leste Sepanjang Dalam Penjara
Setelah 17 tahun berjuang sebagai gerila, Xanana Gusmão akhirnya ditangkap oleh tentera Indonesia setahun selepas peristiwa pembunuhan beramai-ramai, Santa Cruz Massacre pada tahun 1991.
Pada tahun 1993, beliau berhadapan dengan perbicaraan yang tidak adil (kangaroo court) dan kemudiannya dipenjara di Semarang, Indonesia sebelum dipindahkan ke penjara Cipinang, Jakarta Timur, Indonesia.
Sepanjang tempohnya di penjara, Xanana Gusmão menghabiskan masa dengan merancang strategi perjuangan sambil mempelajari bahasa Indonesia dan Inggeris serta undang-undang selain turut melukis dan menulis puisi.
Menariknya sewaktu menjadi tahanan di penjara, Xanana Gusmão dipilih sebagai Ketua Penentangan Timor dan Presiden CNRT dalam Konvensyen Nasional Timor-Leste pada tahun 1998. Malah beliau pada waktu itu digelar sebagai simbol perjuangan kemerdekaan Timor-Leste.
Akhirnya selepas B.J. Habibie mengambil alih tampuk kepimpinan Indonesia pada 1999 ekoran kejatuhan presiden terdahulu, Suharto, beliau mula melonggarkan kawalan terhadap Timor-Leste yang pada ketika itu dikenali sebagai Timor-Timor.
Dari situ bermulalah kerjasama Indonesia dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berhubung referendum masa depan Timor-Leste – satu perkara yang tidak pernah berlaku sejak pendudukan Indonesia yang akhirnya menjadi punca kemerdekaan negara termuda di Asia Tenggara itu.
Referendum itu akhirnya menyaksikan 78.5% penduduk Timor-Leste mahukan kemerdekaan berbanding kekal bersama Indonesia.

Tidak lama kemudiannya, hukuman Xanana Gusmão diubah kepada hukuman tahanan rumah sebelum dibebaskan secara rasmi pada 7 September 1999.
Kongres Kebangsaan Pertama CNRT telah memilih Xanana Gusmão menjadi Presiden CNRT pada tahun 2000 malah beliau turut berkhidmat sebagai Speaker Majlis Kebangsaan iaitu badan perundangan yang dianggotai oleh rakyat Timor-Leste bermula November 2000 sehingga April 2001.
Pegang Jawatan Presiden Pada Tahun 2002 & Perdana Menteri Tahun 2007
Pada tahun 2002, Timor-Leste akhirnya merdeka dari Indonesia dan Xanana Gusmão dipilih menjadi Presiden Republik Timor-Lest. Beliau mengangkat sumpah menjawat jawatan itu pada 20 Mei 2002 serta menjalankan tugasnya sebagai presiden sehingga tamat tempoh perkhidmatan pada tahun 2007.
Pada tahun yang sama, beliau dipilih menjadi Presiden parti politik yang baharu iaitu Kongres Nasional Bagi Pembinaan Semula Timor-Leste (CNRT) pada April 2007.
Parti CNRT mendapat undian kedua tertinggi ketika pilihan raya diadakan pada 30 Jun 2007 dan bergabung bersama Perikatan Majoriti Parlimen (AMP) bersama Parti Demokratik (PD) serta gabungan ASDT-PSD sekaligus mendapat majoriti di Parlimen untuk membentuk Kerajaan Berperlembagaan yang keempat.
Ekoran itu, Xanana Gusmão mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan turut memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamatan Republik Demokratik Timor-Leste.
Sewaktu tempoh itu juga, Timor-Leste memohon menganggotai ASEAN buat kali pertama pada tahun 2011.
Umum Pengunduran Diri Pada Tahun 2014
Kepimpinan Xanana Gusmão yang mendapat kepercayaan rakyat membuatkan beliau sekali lagi dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 2012.
Pada ketika itu, banyak sumbangan yang dibuat oleh Xanana Gusmão dalam mengukuhkan keamanan dan perpaduan nasional, memperkukuh asas demokrasi negara serta melabur dalam sektor utama bagi pertumbuhan ekonomi selain mengetuai rundingan dan penyediaan Pelan Pembangunan Strategik Timor-Leste 2011–2030.
Bagaimanapun, Xanana Gusmão mengumumkan pengundurannya sebagai Perdana Menteri pada Disember 2014.
Kembali Jawat Jawatan Perdana Menteri Pada Tahun 2023
Pun begitu, beliau kembali melibatkan diri dalam kerajaan sebaik munculnya Kerajaan Berperlembagaan yang keenam dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Perancangan dan Pelaburan Strategik sehingga September 2017.
Namun pada tahun 2018, Xanana Gusmão memilih untuk tidak menjawat jawatan Perdana Menteri kerana ingin memberi peluang kepada individu dari gabungan parti lain bagi memegang jawatan tersebut.
Pada masa sama, beliau mahu memberi fokus mengenai isu sempadan maritim di Laut Timor serta pembangunan Greater Sunrise dalam bidang minyak dan gas.
Malah sepanjang tempoh tersebut, beliau banyak mewakili Timor-Leste sebagai wakil khas antaranya bagi rundingan sempadan dengan Indonesia, proses ratifikasi perjanjian antara Timor-Leste dan Australia serta ekonomi biru (Blue Economy).
Pun begitu, pada tahun 2023, beliau dilantik semula menjadi Perdana Menteri selepas parti CNRT memenangi pilihan raya.
Sepanjang menjawat jawatan tempoh tersebut, beliau meneruskan usahanya mengetuai rundingan sempadan maritim dengan Indonesia serta mempromosi inisiatif ekonomi biru Timor-Leste.

Dapat Banyak Anugerah & Pengiktirafan
Dek kerana perjuangan Xanana Gusmão demi negara tercinta, pelbagai pengiktirafan dan anugerah yang diperolehi.
Antaranya pengiktirafan yang diperolehi oleh Xanana Gusmão adalah:
- 1975: Timor-Leste Poetry Prize
- 1999: European Parliament Sakharov Prize
- 2000: Kwangju (South Korea) Peace Prize
- 2000: Sydney Peace Prize
- 2002: North-South Prize, North-South Observatory (Council of Europe)
- 2002: UNESCO Félix Houphouët-Boigny Peace Prize
- 2002: ‘Honorary Adult Friend’, Children’s Award, Sweden
- 2003: 2003 Path to Peace Award, Path to Peace Foundation
- 2003: International Herald Tribune “Leadership with Integrity” Award
- 2003: BusinessWeek “Stars of Asia” Award
- 2021: Guerra Junqueiro Lusophony Literary Prize 2021
- 2024: Lusophony Career Award, Lusophony Awards 2024
Manakala, anugerah yang diperolehi beliau adalah:
- 1995: BusinessWeek “Stars of Asia” Award
- 1998: Order of Freedom, Portugal
- 1998: Honorary Citizen of São Paulo, Brazil
- 1999: Honorary Doctorate, Lusíada University, Lisbon, Portugal
- 2000: Order of Merit, New Zealand
- 2000: Honorary Citizen of Lisbon, Portugal (awarded the Gold Key of Lisbon City)
- 2000: Medal of the Vice-Presidency of the Federative Republic of Brazil
- 2000: Grand Officer of the Order of Merit José Bonifácio, University of the State of Rio Janeiro
- 2000: Honorary Doctorate, University of Oporto, Portugal
- 2002: Grand Collar of the National Order of the Southern Cross, Brazil
- 2003: Honorary Degree of Doctorate of Laws, Victoria University
- 2003: Honorary Knighthood of the Grand Cross of the Order of St. Michael & St. George, UK, awarded by Her Majesty Queen Elizabeth II
- 2004: Honorary Degree of Doctorate of Laws, Suncheon National University, Korea
- 2006: Grand Collar of the Order of Prince Henry, Portugal
- 2006: Honorary Degree of Doctorate of Philosophy, University of Takushoku, Japan
- 2011: First Class Medal for Contribution to Humanity, Presidency of the Republic of Vanuatu
- 2011: Honorary Doctorate, Coimbra University, Portugal
- 2012: Honorary Doctorate, Charles Darwin University, Australia
- 2014: Honorary Doctorate, Superior Institute of Political and Social Sciences, University of Lisbon, Portugal
- 2014: Honorary Doctorate in International Relations, Universiti Malaysia Sabah
- 2014: Highest Indonesia Medal of Honour “Bintang Republik Indonesia Adipurna” (awarded by H.E. Susilo Bambang Yudhoyono, President of the Republic of Indonesia)
- 2015: Doctor of Letters, Honoris Causa, University of Melbourne, Australia
- 2016: Honorary Doctorate, Waseda University, Japan
- 2017: Honorary Doctorate, Funchal University, Portugal
- 2017: Honorary Doctorate, Hunan University, China
- 2019: Honorary Doctorate, Cambodia University, Cambodia
- 2021: Honorary Doctorate, Kyoto University of Arts, Japan
- 2021: Honorary Doctorate, Sophia University, Japan
- 2023: Honorary Doctorate, American University of Phnom Penh, Cambodia
Bila dilihat perjuangan Xanana Gusmão sepanjang melibatkan diri demi negara tercinta Timor-Leste, tidak hairanlah jika air mata beliau mengalir setelah Timor-Leste diumum secara rasmi menjadi anggota ASEAN yang ke-11.
Baca Artikel Berkaitan: Maxis Aktifkan Perkhidmatan Roaming Di Timor-Leste
Baca Artikel Berkaitan: KL ‘Lockdown’ Sempena Sidang Kemuncak ASEAN, Ini Info & Maklumat Penutupan Jalan


