Iklan Tak Sampai 10 Hari, Lelaki Berjaya Jual Semua Koleksi Kad Pokemon Pada Harga RM1.87 Juta
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertarik dengan perkongsiannya itu. Ada yang mengucap tahniah dan ada juga yang berpendapat Damiral telah membuktikan bahawa “koleksi PTCG bukan sekadar kertas bercetak.”
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar minggu lalu, kami ada berkongsi mengenai seorang lelaki, Damiral Imran yang mahu menjual kesemua koleksi kad Pokemon miliknya yangg bernilai lebih RM2 juta pada harga RM1.87 juta.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia) Damiral berkata, dia terbuka dengan dua jenis pembayaran iaitu pembayaran penuh RM1.87 juta, atau cara kedua — tukar beli (trade-in) dengan Porsche 911 Carrera 4S+ wang tunai RM1 juta.
Sewaktu artikel itu ditulis, sudah ada tiga individu yang menzahirkan hasrat ingin membelinya dengan tawaran harga paling tinggi sebanyak RM1.68 juta.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Mahu Jual Semua Koleksi Kad Pokemon Pada Harga RM1.87 Juta Raih Perhatian [Video]
Namun siapa sangka, tidak sampai 10 hari, Damiral yang berasal dari Pulau Pinang memaklumkan dia sudah berjaya menjual keseluruhan koleksi peribadinya pada harga RM1.87 juta.
Menerusi hantaran di laman grup Facebook sama, Damiral berkata kisah ini bukan sekadar tentang kejayaan menjual kad berkenaan sebaliknya ia adalah tentang “semangat, kerja keras dan legasi.”
“Koleksi kad Pokémon saya rasmi TERJUAL pada harga RM1,870,000. Dari sebuah bilik kecil di Shah Alam hingga mencipta sejarah dalam dunia Pokémon.
“Ini lebih daripada sekadar jualan — ia kisah tentang semangat, kerja keras dan legasi. Daripada minat kepada legasi, inilah antara detik terbesar dalam perjalanan saya.”
Tambah Damiral lagi, penjualan itu menandakan kemuncak kepada bertahun-tahun minat dan usaha, namun pada masa sama menjadi permulaan bab baharu dalam perjalanannya.
Sejarah terlakar
Ramai ucap tahniah, Damiral sudah buktikan collector PTCG ‘boleh buat duit’
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tertarik dengan perkongsiannya itu. Ada yang mengucap tahniah dan ada juga yang berpendapat Damiral telah membuktikan bahawa “koleksi PTCG bukan sekadar kertas bercetak.”
Namun ada juga yang merasakan harga yang dibuka pengumpul itu agak rendah memandangkan ada sesetengah kad yang boleh mencecah RM100,000 di Amerika Syarikat.
Untuk rekod, kad Pokémon yang mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1996, kini menjadi fenomena koleksi global, dengan beberapa edisi ‘rare’ pernah dijual pada harga enam angka di pasaran lelong antarabangsa.
Berikut antara komen menarik yang diberikan netizen:
Anggaran US$450k tahniah!

Agak murah berbanding pasaran di AS

Akhirnya, masa untuk tutup mulut orang yang cakap koleksi PTCH sekadar kad yang dicetak




