fbpx
Now Reading
“Dah Salah, Lagi Nak Baran” – Pemandu Myvi Berang Kena Hon Selepas Halang Laluan Dikecam [Video]

“Dah Salah, Lagi Nak Baran” – Pemandu Myvi Berang Kena Hon Selepas Halang Laluan Dikecam [Video]

Pemandu Myvi itu dipercayai berang kerana ruang jalan di sebelah kirinya masih luas dan boleh dilalui kenderaan lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak dinafikan, isu parkir haram atau memberhentikan kereta secara sesuka hati bukanlah sesuatu yang asing lagi di Malaysia, bahkan sehingga hari ini ia masih berlaku.

Kebanyakan pemandu melakukan tindakan sedemikian apabila ingin berhenti sebentar sahaja di kawasan yang padat atau mempunyai kotak parkir yang terhad.

Meskipun berhenti hanya seketika, ia tetap akan mendatangkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain kerana laluan terhalang khususnya di kawasan yang sesak. Lebih teruk lagi, ada yang berang apabila ditegur.

Baca Artikel Berkaitan: Nurse Selamba Halang Laluan Depan Sekolah, Siap Tunjuk Jari Tengah Lepas Dihon [Video]

Tular lelaki halang laluan bengang dihon

Seperti semalam (26 Oktober), tular di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan seorang lelaki berang selepas dihon kerana memarkir kenderaan di tepi jalan sehingga menghalang laluan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bendabolehgaduh1, kejadian dipercayai berlaku pada baru-baru ini di sebuah kawasan jalan berhampiran Jalan Telawi, Bangsar, Kuala Lumpur.

Difahamkan, pemandu yang juga pemilik dashcam itu membunyikan hon kerana laluannya terhalang oleh lelaki yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu.

Bukannya alih kereta, tapi turun marah pemandu lain konon hanya berhenti sekejap sahaja

Bagaimanapun, lelaki terbabit bukanlah mengalihkan kenderaannya, sebaliknya keluar daripada kereta dan memarahi pemandu tersebut.

“Orang lain semua boleh lalu sini kan? Aku berhenti sekejap je. Yang kau buat perangai (hon) buat ape? Kau tak puas hati apa dengan aku? Tak aku tanya kau ni boleh lalu ke tak?” kata lelaki itu.

Lelaki itu dipercayai berang kerana ruang jalan di sebelah kirinya masih luas dan boleh dilalui kereta, namun pemilik dashcam menyatakan bahawa dia ingin membelok ke kanan selain kawasan terbabit bukanlah tempat memberhentikan kereta atau ruang menunggu.

“Aku nak belok kanan, jalan ini mana boleh tunggu (letak kereta),” balas pemilik dashcam.

Dalam video berkenaan, jelas kelihatan kawasan terbabit bukanlah tempat memberhentikan kereta, sebaliknya terdapat 2 laluan untuk kenderaan memandangkan di hadapannya terdapat simpang tiga untuk kenderaan membelok ke kiri atau ke kanan.

@bendabolehgaduh1 #bangsar ♬ original sound – Benda Boleh Gaduh 🤣🥹

Ramai kecam tindakan lelaki berhenti halang laluan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang berhenti di tempat tidak sepatutnya sehingga mendatangkan kesusahan kepada pemandu lain.

Pun begitu, ada juga yang memberi pandangan bahawa isu terbabit tidak sepatutnya dibesarkan memandangkan pemandu berkenaan boleh sahaja melalui ruang di sebelah kiri Myvi tersebut.

“Sendiri salah, sendiri mengamuk”

“Sudah salah jalankan, apa mau gaduh lagi”

“Footage ada, nombor plate ada, report JPJ je bang”

“Boleh je elak, tapi pilih untuk bergaduh”

Baca Artikel Berkaitan: “Melampau!” – Peniaga Parkir Van Tengah Jalan Turunkan Barang Hingga Halang Laluan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Jalan Lah B*doh” – Tular Lelaki ‘Sound’ Pemandu Double Park Hingga Halang Laluan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.