fbpx
Now Reading
ASEAN 2025: “Lagi Bersih Dari California” – Warga AS Puji Kebersihan Lebuh Raya Di Malaysia

ASEAN 2025: “Lagi Bersih Dari California” – Warga AS Puji Kebersihan Lebuh Raya Di Malaysia

Menerusi video tular, kelihatan deretan kenderaan rombongan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berada di atas Lebuhraya MEX untuk menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui, Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 kini berlangsung bermula semalam (26 Oktober) sehingga esok (28 Oktober).

Bersempena acara besar ini, pusat bandar akan ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh sidang kemuncak, melibatkan penutupan jalan penuh dan secara bergilir, serta pelaksanaan sekatan pergerakan yang ketat.

Sehubungan itu, seramai kira-kira 16,000 anggota polis digerakkan ke seluruh negara, khususnya negeri-negeri bersempadan dengan Kuala Lumpur bagi melakukan pemantauan sepanjang persidangan berlangsung.

Baca Artikel Berkaitan: KL ‘Total Lockdown’ Sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, Ini Info Anda Patut Tahu

Lebuhraya MEX Bersih Sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN

Semalam (26 Oktober), tular satu hantaran di laman X (Twitter) apabila Pembantu Khas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump iaitu Margo Martin menunjukkan keadaan lebuh raya di Malaysia semasa dalam perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Lebuhraya Maju Expressway (MEX) itu lengang tanpa banyak kenderaan susulan penutupan sementara Kuala Lumpur (lockdown) pada hari tersebut bagi memberi laluan kepada konvoi delegasi dan pemimpin negara termasuklah Trump.

“Konvoi rombongan Presiden Trump di Malaysia dalam perjalanan menuju ke Sidang Kemuncak ASEAN,” kata Margo.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan deretan kenderaan hitam rombongan Presiden AS dengan kawalan ketat pihak keselamatan.

Jalan Raya Di Malaysia Lebih Bersih Berbanding Di AS?

Namun perkara yang mencuri perhatian ramai khususnya penduduk Amerika Syarikat (AS) adalah kebersihan jalan terbabit.

“Jalan diorang (di Malaysia) lebih bersih berbanding kami punya di California,” kata seorang wanita.

Malah ada juga netizen yang berkata masih ada segelintir individu khususnya dari negara membangun yang menganggap Malaysia masih mundur.

“Lebuh raya tu nampak jauh lebih bersih daripada sebahagian lebuh raya dan jalan utama di Charlotte. Tapi semua orang masih fikir Malaysia ni masih negara dunia ketiga,” kata seorang individu.

“Nampak macam Amerika tanpa grafiti (lukisan, tulisan atau coretan) dan lubang jalan,” tambah seorang pengguna X.

Sumber: X

Lebuh Raya Bersih Bukan Hanya Disebabkan Sidang Kemuncak ASEAN

Seorang warga Nigeria yang kini tinggal di Malaysia berkata budaya penyelenggaraan jalan di negara ini sangat baik.

“Saya lalu jalan ni sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, dan sebagai rakyat Nigeria yang tinggal di Malaysia, saya boleh cakap mereka bukan bersihkan sebab Trump datang.

“Jalan ni memang sentiasa bersih. Saya selalu tanya teman wanita saya kenapa asyik bina jalan baru. Hampir setiap hari ada kerja baiki atau bina jalan. Budaya penyelenggaraan di sini memang lain,” katanya.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Nampak Sampah Di Stesen MRT, YouTuber US Kagum & Puji Kebersihan Malaysia

Rakyat Malaysia Patut Bersyukur Dengan Kemudahan Disediakan

Pujian-pujian itu turut dipersetujui penduduk Malaysia yang pernah tinggal di luar negara sebelum ini.

“Tengok komen orang Amerika tentang jalan raya kita di Malaysia. Saya pernah tinggal di Kanada, dan saya rasa rakyat Malaysia kurang bersyukur dengan keadaan jalan raya. Kita sepatutnya lebih hargai jalan raya yang kita ada. Malaysia boleh!” kata pengguna Threads, Chris Lim.

Foto: Lebuh raya di Malaysia
Sumber: Malay Mail

Jelas lelaki itu lagi, pihak berkuasa tempatan memandang serius terhadap sebarang kerosakan yang berlaku di jalan raya.

“Ramai rakyat Malaysia tak sedar jalan raya kita sebenarnya bagus dan cepat dibaiki kalau rosak. Saya pernah lapor lubang besar yang rosakkan kereta saya, dalam masa dua hari sahaja, jalan tu dah dibaiki,” kongsinya.

View on Threads

Pembangunan pesat infrastruktur di Malaysia bukan sahaja menarik perhatian dunia, malah menafikan persepsi bahawa negara ini masih tertinggal jauh ke belakang sebagai contoh stereotaip, “Korang tinggal atas pokok ke?” atau, “Korang duduk dalam gua ke?”

Malaysia Dipuji Tunjuk Prestasi Baik Sebagai Tuan Rumah Sidang ASEAN 2025

Selain infrastruktur yang cemerlang, Malaysia juga mendapat pujian kerana menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio berkata ASEAN merupakan forum utama yang menjadi saluran penting bagi AS untuk berinteraksi dengan rantau ini.

“Saya berpendapat Malaysia telah melaksanakan tugas dengan baik sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

“Kami menggunakan peluang daripada kepengerusian itu untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi meredakan dan akhirnya menamatkan konflik antara Kemboja dan Thailand.

“Malah, kami berharap sesuatu akan dapat dimeterai di sini,” ujar beliau, lapor Berita Harian.

Baca Artikel Berkaitan: Jika Malaysia Tarik Balik Jemputan, Trump Boleh Bertindak Balas, Kata KJ

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.