Penantian Berakhir! Suami Isteri Dikurniakan Cahaya Mata Selepas 19 Tahun Menanti
Apa yang menjadikan detik itu lebih istimewa adalah bayi yang diberi nama Sheikh Muhammad Mohd Khairuddin dilahirkan pada 25 Rabiulakhir iaitu sama dengan tarikh lahir bapanya mengikut kalendar Islam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan suami isteri menganggap cahaya mata merupakan penyeri dalam kehidupan berumah tangga.
Namun tidak semua dikurniakan rezeki mendapat anak dengan cepat. Ada yang terpaksa berkorban wang ringgit dan masa sepanjang tempoh tersebut.
Malah, ada segelintir yang memilih untuk menggunakan kaedah persenyawaan yang lain seperti Inseminasi Dalam Rahim (IUI) atau Persenyawaan In-Vitro (IVF) asalkan hasrat untuk mendapat zuriat tercapai.
Pasangan Suami Isteri Dapat Anak Selepas Menanti Hampir 20 Tahun, Anak Lahir Tarikh Sama Dengan Bapa Dalam Kalendar Islam
Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan suami isteri ini apabila penantian mereka memperolehi zuriat selama 19 tahun akhirnya tercapai apabila dikurniakan anak lelaki pada 17 Oktober lalu.
Memetik Harian Metro, pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Mohd Khairuddin Ahmad dan Noorul Izzah Marzuki telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006.
Apa yang menjadikan detik itu lebih istimewa adalah bayi yang diberi nama Sheikh Muhammad Mohd Khairuddin dilahirkan pada 25 Rabiulakhir iaitu sama dengan tarikh lahir bapanya mengikut kalendar Islam.
Isteri Pernah Hamil Tahun 2007 Namun Alami Keguguran
Jelas Khairuddin, isterinya pernah hamil pada tahun 2007 namun tiada rezeki dikurniakan cahaya mata selepas isterinya itu mengalami keguguran sewaktu kandungan berusia enam bulan.
“Tapi kami tak putus asa kerana yakin ada harapan jadi selain berdoa, kami terus berusaha,” terangnya.
Cubaan IVF 2 Kali Tidak Berhasil, Berjaya Perolehi Zuriat Selepas Lakukan IVF Buat Kali Ke-3
Apa yang menjadi perhatian adalah mereka dikurniakan rezeki anak setelah isterinya berjaya hamil selepas membuat IVF buat kali ketiga.
“Kami pun pernah dua kali cuba buat rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini namun tak berhasil. Pernah juga ditolak untuk buat IVF sebab kami obesiti.
“Tapi rezeki kami apabila isteri hamil dan dapat zuriat selepas buat IVF kali ketiga. Macam tak percaya, ibaratnya fantasi jadi kenyataan bila tengok anak dalam dakapan,” kongsinya lagi.
Tak Pernah Terfikir Untuk Berkahwin Lagi
Jelas Mohd Khairuddin, sepanjang tempoh perkahwinannya dan isteri, dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi kerana baginya itu bukan alasan untuk mencari pasangan.
“Orang terdekat dengan saya pun tak ada bagi cadangan itu (berkahwin lagi) dan bagi saya, belum tentu dapat zuriat.
“Tapi ada yang cadang ambil anak angkat cuma saya dan isteri tetap nak usaha.
“Tahun lalu pun, saya dan isteri dapat peluang ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji. Jadi waktu di Arafah, itu yang kami doakan (dapat zuriat) dan syukur kerana Allah SWT makbulkan.
“Sebagai bapa, saya akan besarkan anak dan didik dia dengan sebaiknya serta berharap anak dapat jaga isteri andai saya tiada nanti,” katanya.
Isteri Luah Rasa Syukur Dapat Bergelar Ibu Setelah Lama Menanti
Pada masa yang sama, Noorul Izzah meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk bergelar ibu akhirnya tercapai dengan kehadiran zuriat sendiri.
“Susah nak gambarkan perasan itu malah waktu dapat tahu saya mengandung pun macam tak percaya.
“Alhamdulillah, sepanjang tempoh kehamilan semuanya okay, tak ada masalah dan syukur Allah SWT mudahkan.
“Tekanan tak ada anak sebelum ini ada tapi saya anggap mereka yang bertanya (soal zuriat) itu semua mendoakan buat pasangan di luar sana yang belum ada rezeki, jangan putus asa dengan rahmat Allah SWT tapi kena ikhtiar juga,” jelasnya.
Assalamu’alaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, saya & Yoy Khairuddin…
Posted by Noorul Izzah Marzuki on Sunday 19 October 2025
Baca Artikel Berkaitan: “Alhamdulillah Allah Dengar Doa”- 19 Tahun Menanti, Pasangan Suami Isteri Syukur Dikurnia Zuriat Pertama
Baca Artikel Berkaitan: “Penantian 20 Tahun Berakhir Jua”- Pasangan Syukur Dikurniakan Anak Selepas Lama Menanti



