Bukan Tak Pandai Teran, Ada Wanita Sukar Bersalin Normal Mungkin Kerana Bentuk Pelvisnya
Di Threads, para wanita turut berkongsi pengalaman mereka terpaksa melahirkan anak secara czer walaupun sudah terdapat bukaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Boleh dikatakan banyak wanita hamil yang ingin melahirkan bayi secara semula jadi tanpa perlu menggunakan sebarang alat bantuan atau menjalani pembedahan caesarean (czer).
Namun bukan semua ibu hamil berpeluang mendapatkan kelahiran secara semula jadi dan bayi terpaksa dikeluarkan secara czer akibat komplikasi tertentu.
Baca Artikel Berkaitan: “Czer Ke Normal?” – Uyaina Arshad Kongsi Perkara Tak Patut Ditanya Pada Ibu Baru Bersalin
Baca Artikel Berkaitan: Siapa Yang Sebenarnya Perlukan Suntikan Epidural Ketika Bersalin?
Baca Artikel Berkaitan: Tips Buat Wanita Yang Bersalin Normal Agar Tiada Koyakan
Kapasiti Pelvis Boleh Mempengaruhi Jika Ibu Boleh Bersalin Normal
Seperti yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi hantaran di Threads, sesetengah ibu hamil mungkin sukar untuk bersalin secara semula jadi.
Dia yang telah mendapatkan penjelasan doktor pakar mengenai kapasiti pelvis, memahami bahawa bukan semua ibu hamil boleh bersalin secara semula jadi dengan mudah.
“Tak ada istilah tak pandai teran, cuma kita punya kapasiti pelvis tak sama,” katanya.
Dalam bahasa mudahnya, laluan yang sempit pada bahagian tulang pinggul wanita boleh menyebabkan kesukaran ketika proses kelahiran bayi.
Di ruangan balas, beberapa wanita turut berkongsi pengalaman mereka terpaksa melahirkan anak secara czer walaupun sudah terdapat bukaan.
Seorang wanita juga berkata pakar terapi ketika penilaian pengurusan postur dapat mengetahui bahawa dia telah melahirkan bayi dengan mudah, mungkin berdasarkan kapasiti pelvisnya.
View on Threads


Komplikasi CPD Berlaku Apabila Kepala Bayi Tak Muat Keluar Di Pelvis
Di samping itu, ada antara mereka juga yang berkongsi berdepan masalah cephalopelvic disproportion (CPD) sehingga perlu bersalin secara czer setiap kali.
Untuk info, CPD merupakan komplikasi bersalin yang amat jarang berlaku iaitu apabila kepala bayi tidak muat untuk melalui pelvis ibu. Antara perkara yang boleh menyebabkan komplikasi ini adalah:
- Kepala bayi terlalu besar.
- Kedudukan bayi yang tidak betul, seperti mengiring ke tepi sewaktu memasuki pelvis.
- Bentuk pelvis ibu yang kecil atau tidak normal.
Kebiasaannya komplikasi ini dikesan apabila proses kelahiran mengambil tempoh lebih lama berbanding biasa dan mungkin perlukan alternatif lain, termasuklah:
- Proses bersalin buat pertama kali yang melebihi 20 jam.
- Ibu yang pernah melahirkan bayi dengan proses bersalin melebihi 14 jam.
Tanda-tanda lain yang menunjukkan kelahiran secara semula jadi mungkin tidak boleh diteruskan adalah:
- Kepala bayi tidak menghampiri bukaan pelvis.
- Penguncupan (contraction) tidak cukup kuat untuk menolak bayi menerusi laluan kelahiran.
- Serviks lambat atau tidak terbuka.

Ini 4 Jenis Pelvis Wanita Yang Utama, Boleh Pengaruhi Kemampuan ‘Natural Birth’
Menurut Healthline, bentuk pelvis wanita dikatakan boleh mempengaruhi kesenangan atau kesukaran sewaktu melahirkan bayi secara semula jadi.
Secara umumnya, terdapat empat jenis pelvis wanita utama.
#1. Ginekoid
Secara umumnya dianggap sebagai bentuk pelvis wanita yang lazim dan paling biasa. Bentuk keseluruhannya adalah bulat, pendek (shallow) dan terbuka.
Jenis pelvis ini juga dianggap sebagai bentuk paling bagus untuk kelahiran secara normal.
Ini kerana bentuknya yang luas dan terbuka boleh dilalui oleh bayi dengan mudah.
#2. Android
Jenis pelvis ini dikatakan lebih menyerupai pelvis lelaki dengan ruangnya yang sempit berbanding ginekoid dan seperti bentuk hati.
Bentuknya yang sempit boleh menyukarkan kelahiran memandangkan bayi mungkin bergerak dengan perlahan menerusi saluran tersebut.
Sesetengah ibu hamil dengan bentuk pelvis ini mungkin perlu melalui pembedahan czer. Malah mereka juga lebih cenderung mengalami CPD.
#3. Antropoid
Jenis pelvis ini adalah sempit dan dalam, dengan bentuk bujur seakan-akan telur menegak.
Walaupun bentuk bujurnya menghasilkan ruang yang luas dari depan ke belekang berbanding pelvis android, namun kelebarannya sedikit kecil berbanding pelvis ginekoid.
Sesetengah wanita dengan bentuk ini boleh melahirkan bayi secara normal, tetapi prosesnya mungkin lebih lama.
#4. Platypelloid
Juga dikenali sebagai pelvis rata, bentuk platypelloid adalah yang paling jarang ditemui.
Dengan bentuk seperti telur yang dibaringkan, ia mempunyai ruang yang lebar tetapi tidak dalam.
Jenis pelvis ini boleh menyukarkan kelahiran secara semula jadi memandangkan bayi mungkin sukar untuk melepasi bahagian inlet pelvis.
Banyak ibu hamil dengan bentuk pelvis ini perlu melalui pembedahan czer dan mereka juga lebih cenderung mengalami CPD.

Bentuk pelvis ini boleh dianggarkan melalui pemeriksaan fizikal oleh doktor, imbasan ultrasound atau imbasan lain seperti sinar-X ketika wanita tidak hamil.
Pun begitu, ibu harus ingat bahawa kelahiran bayi secara normalnya juga boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain dan bukan berdasarkan bentuk pelvis semata-mata.
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Jerit, Jangan Tidur.” – Wanita Ini Kongsi Tips Bersalin Untuk Bantu Si Ibu. Penting Ya!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tiada Istilah ‘Jahit Hidup-hidup’ Lepas Bersalin. Doktor Ini Beri Penjelasan
Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Penjagaan Luka Jahitan Bersalin Buat Para Ibu
