Banjir Di Perak Makin Buruk, Lebih 2000 Mangsa Terjejas & R&R Taiping Ditutup [Video]
Ketika ini, 22 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di daerah Manjung, Larut, Matang dan Selama bagi menempatkan 2,171 mangsa banjir di Perak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hujan lebat berterusan sejak semalam (23 Oktober) menyebabkan beberapa negeri iaitu Pulau Pinang, Kedah dan Perak dilanda banjir.
Hujan lebat berterusan juga menyebabkan beberapa sungai di Kedah melepasi tahap bahaya sekali gus menjadi punca kawasan berdekatan ditenggelami air.
Pada ketika ini, lebih 25 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di ketiga-tiga negeri ini di mana Perak yang mencatatkan jumlah tertinggi.
Banjir di Perak semakin buruk, lebih 2,100 mangsa dipindahkan ke PPS
Lebih membimbangkan, keadaan banjir di Perak semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS terus meningkat kepada 2,171 mangsa daripada 756 keluarga setakat jam 8 pagi tadi (24 Oktober).
Difahamkan, kesemua mangsa ini menetap di daerah Manjung, Larut, Matang dan Selama (LMS).
22 PPS dibuka di Perak, berikut kawasan-kawasan dilanda banjir
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam satu kenyataan, tiga PPS dibuka di daerah Manjung, sementara 19 PPS beroperasi di daerah Larut, Matang dan Selama.
Antara kawasan yang terjejas di daerah Larut, Matang dan Selama adalah seperti berikut:
- Kampung Simpang Halt
- Kampung Sungai Baru
- Kampung Salak Baru
- Kampung Sungai Lubok
- Kampung Masjid
- Kampung Batu 8
- Kampung Batu 9
- Kampung Ulu Sepetang
- Kampung Jelapang Jaya
- Taman Simpang Makmur
- Kampung Sungai Batu Teguh
- Taman Simpang
- Kampung Baru Simpang
- Kampung Batu 27 Hampar
- Kampung Jawa
- Kampung Kelubong
- Taman Kota Wira
- Taman Kamunting Tiara
- Taman Larah Aman
- Taman Larah Damai
- Kampung Changkat Larah
- Kampung Paya
- Kampung Tengah
Berikut kawasan yang terjejas di daerah Manjung:
- Kampung Nelayan
- Kampung Sungai Batu
- Taman Pantai Wang
- Kampung Lorong Masjid
- Pantai Tin
- Kampung Padang Serai
- Kampung Tersusun
- Taman Anggerik
- Kampung Pulau Kabung
R&R Taiping ditutup kerana dilanda banjir
Sementara itu, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Taiping arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) ditutup sementara akibat hujan berterusan yang menyebabkan air bertakung di kawasan berkenaan.
PLUS menerusi kenyataan di akaun rasmi X berkata, penutupan itu perlu bagi memastikan keselamatan semua pengguna lebuh raya.
Pengguna lebuh raya juga dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing dengan baik dan menggunakan kemudahan berhampiran seperti di R&R Bukit Gantang atau R&R Bukit Merah buat sementara waktu.
08:01hrs Status terkini, Hentian sebelah Taiping arah Selatan masih ditutup. Rancang perjalanan anda. Harap maklum.@llmtrafik https://t.co/8TNDuSgA3C pic.twitter.com/u5RzE9LRFV
— plusline1800880000 (@plustrafik) October 24, 2025



