Tular Frozen Meat Sebenarnya Daging Kerbau, Ini Perbezaannya Dengan Daging Lembu [Video]
Orang ramai turut mendakwa bahawa kebanyakan daging sejuk beku yang dijual di kedai adalah daging kerbau dan bukannya lembu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Daging lembu menjadi pilihan segelintir individu kerana mengandungi jumlah protein tinggi dan sedap.
Di pasaran, pelbagai jenis daging yang ditawarkan dalam bentuk sejuk beku atau frozen, memudahkan pelanggan untuk memilih bahagian bersesuaian dengan jenis masakan.
Namun segelintir individu mungkin berasa terkejut apabila mengetahui terdapat daging sejuk beku yang dijual sebenarnya bukanlah potongan bahagian lembu.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Yang Geli, Tapi Hati Lembu Sebenarnya Banyak Khasiat
Baca Artikel Berkaitan: Daging Korban Tak Sesuai Buat Stik, Rupanya Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kongsi Kepentingan Daging Lembu Buat Bayi, Boleh Diberi Seawal 6 Bulan
Daging Shabu-Shabu Jenama Terkenal Bukan Lembu, Tetapi Kerbau
Terdahulu, tular di TikTok (@farz_1997) apabila seorang individu menyedari bahawa daging sejuk beku dari satu jenama terkenal sebenarnya bukanlah daging lembu seperti yang disangkakan.
Berdasarkan video yang dikongsi, dia telah membeli daging jenis shabu-shabu yang kebiasaannya dimakan bersama steamboat.
Katanya, dia menyemak bahagian label setelah menyedari terdapat bau yang kuat ketika menjamah daging tersebut.
Tertera pada ruangan label bahan-bahan bahawa daging itu sebenarnya ialah bahagian striploin kerbau tanpa tulang.

@farz_1997 Dah banyak kali buat shabu2 kat rumah, ingat kan daging lembu rupanya… lain kali semak dulu lah nana oii #shabushabu #dagingshabushabu ♬ original sound – Meme Template And Sound
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Tahu Banyak Frozen Meat Sebenarnya Daging Kerbau
Menjenguk ke ruangan komen, beberapa individu termasuk seorang penyelia kedai berkata bahawa kebanyakan daging bahan beku merupakan daging kerbau.
Ada juga yang berpendapat bahawa daging yang diimport dari India selalunya daripada bahagian kerbau, manakala daging lembu pula dari Australia. Malah daging kerbau juga adalah lebih murah.
Dalam masa sama, ramai juga yang berkata bahawa mereka menggemari rasa daging kerbau yang sedikit berbeza berbanding lembu.
“Daging kerbau sedaplah. Saya mula-mula tak pernah rasa taknak juga. Bila dah rasa, syahdu. Lagi-lagi rendang kerbau,” kata seorang pengguna media sosial.







Daging Kerbau Ada Kandungan Protein Lebih Tinggi
Kelihatan seperti daging lembu, daging kerbau sebenarnya boleh dikatakan sebagai pilihan yang lebih sihat.
Berdasarkan maklumat di laman web Healthline, daging kerbau mempunyai kalori rendah serta protein dan zat besi lebih tinggi berbanding daging lembu.
Malah, kerbau juga mempunyai protein berkualiti tinggi dengan kesemua sembilan asid amino yang diperlukan untuk tumbesaran dan pemuliharaan tubuh badan.
Selain itu, daging kerbau mengandungi zat besi, fosforus, niasin, selenium serta vitamin B6 dan B12 sama seperti lembu.

Kandungan Lemak Tepu Daging Kerbau Kurang, Marbling Lebih Halus
Berbanding lembu, kandungan lemak dalam daging kerbau adalah sedikit kurang, menjadikannya pilihan yang lebih sihat.
Kalori dalam daging kerbau pula adalah 25% lebih sedikit berbanding lembu dengan kandungan lemak keseluruhan dan lemak tepu yang kurang.
Disebabkan oleh kandungan lemak rendah, daging kerbau mempunyai marbling yang lebih halus, menjadikannya lebih lembut.
Dari segi rupanya pula, daging kerbau kelihatan sedikit gelap berbanding daging lembu memandangkan ia mempunyai kandungan zat besi lebih tinggi.
Daging kerbau juga dikatakan mempunyai rasa yang lebih kuat dan manis dibandingkan dengan lembu.

Baca Artikel Berkaitan: “Masukkan Garfu Dalam Masakan” – Lelaki Ini Persoal Petua Aneh Lembutkan Daging
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi Tips Bersihkan Perut Lembu Guna Sikat. Nampak Senang Je!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Raya Makin Dekat, Ini 5 Potongan Daging Lembu Terbaik Untuk Masakan Rendang