Lelaki Sandar Kerusi Bas Hingga Kaki Penumpang Belakang Terkepit Cetus Perdebatan Ramai
Tindakan lelaki terbabit melaraskan penyandar kerusi bas ke bawah menyebabkan kaki penumpamg belakang terkepit sehingga menjadi ‘cramp’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, ada individu yang lebih memilih menggunakan pengangkutan awam seperti bas berbanding memandu kenderaan sendiri untuk mengembara.
Antara faktor utama adalah kerana tidak mahu kepenatan memandu terutamanya apabila melibatkan perjalanan yang jauh.
Pun begitu, pemilihan bas sebagai satu pengangkutan ke destinasi kadang-kala boleh menjadi tidak menyenangkan.
Baca Artikel Berkaitan: “Pemandu Ikut Perasaan” -Penumpang Bas Ditinggalkan Hanya Kerana Lewat Seminit [Video]
Lelaki didakwa pentingkan diri, sandar kerusi bas hingga terkena kaki penumpang belakang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang penumpang bas yang dikenali sebagai Azizul Zukefli meluahkan kekecewaannya apabila mendakwa ada individu bersikap mementingkan diri sendiri dengan menyandarkan kerusi bas sehingga terkena kakinya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, kelihatan jelas gambar kaki Azizul yang tersepit di belakang kerusi bas yang diduduki seorang lelaki itu.
“Memang wujud manusia yang jenis pentingkan diri macam ini ya,” tulisnya di dalam video.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Isnin lalu (20 Oktober) ketika Azizul menaiki sebuah bas daripada Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Melaka.
Kaki cramp gara-gara penumpang hadapan sandarkan kerusi
Menurut Azizul, dia yang kerap menaiki pengangkutan awam mengakui bahawa pelbagai kerenah manusia yang telah ditemuinya.
Pun begitu, tindakan lelaki terbabit melaraskan kerusinya sedemikian menyebabkan kaki Azizul sehingga menjadi kejang (cramp).
“Bila kerap naik public transport ini macam-macam jenis manusia yang aku jumpa. Dia sedap menyandar, habis aku yang dekat belakang ini macam mana? Sampai cramp kaki aku,” katanya.
Sampai penumpang lain terpaksa tegur
Menurutnya lagi, tindakan lelaki berkenaan menyebabkan para penumpang lain terpaksa bertindak menegurnya.
Dakwa Azizul, lelaki tersebut perlu ditegur berkali-kali sebelum menyedari tentang tindakannya menyandarkan kerusi itu menyebabkan kaki penumpang belakang terkepit.
“Terima kasihlah kepada penumpang lain yang tolong tegur lelaki ini tadi. Selepas berkali-kali ditegur baru faham bahasa,” katanya lagi.
Untuk lihat carousel klik di [SINI]
Cetus perdebatan di TikTok, ada yang tak salahkan lelaki itu kerana itu haknya
Posting terbabit kemudiannya mendapat perhatian ramai di TikTok sekali gus mencetuskan perdebatan pengguna-pengguna media sosial.
Kebanyakan pengguna TikTok mengecam tindakan lelaki itu yang menyandarkan kerusinya sehingga terkena kaki penumpang belakang.
Mereka menyifatkan tindakan sedemikian sebagai pentingkan diri dan tiada ‘common sense’ terhadap penumpang-penumpang lain.
Bagaimanapun, ada pula yang tidak menyalahi lelaki terbabit kerana menyatakan bahawa kerusi bas sememangnya dicipta dengan bahagian penyandarnya boleh laras.
Bagi mereka, itu adalah hak penumpang untuk menurunkan penyandar kerusinya ataupun tidak.
Namun, ada juga yang mempersoalkan reka bentuk bas yang mana kerusi itu dilihat terlalu rapat sekali gus menyukarkan penumpang untuk berehat.





Baca Artikel Berkaitan: “Aircond Bang, Semua Orang Bau” – Pemandu Tegur Warga Emas Didakwa Merokok Dalam Bas [Video]



