Warga Emas Zahir Rasa Syukur, Pesawat Selamat Mendarat Selepas Hadapi Detik Cemas Ketika Penerbangan [Video]
Dalam pada itu, Malaysia Aviation Group (MAG) dalam satu kenyataan mendedahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines mengalami masalah tekanan kabin ketika di udara sewaktu penerbangan dari KL ke Bintulu namun pesawat mendarat dengan selamat tanpa sebarang insiden.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan orang sering menjadikan kereta, motosikal mahupun pengangkutan awam seperti bas dan kereta api untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.
Namun, tidak semua destinasi mempunyai akses menggunakan jalan darat. Ada yang memerlukan individu menggunakan laluan udara seperti menaiki pesawat untuk sampai ke lokasi yang dituju.
Sama seperti kenderaan darat yang lain, ada ketikanya penggunaan pesawat juga tidak terlepas dari insiden atau detik mencemaskan.
Warga Emas Kongsi Detik Cemas, Dakwa Ada Bunyi Ganjil & Pesawat Turun Menjunam
Itulah yang dihadapi oleh seorang warga emas apabila dia berdepan dengan detik cemas ketika menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Sarawak.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, Abdul Jalil dan isteri serta penumpang lain pada mulanya sedang memakai alat bantuan pernafasan.
Kongsi pengguna berkenaan, penerbangan yang dinaikinya pada jam 8.20 pagi pada mulanya kelihatan lancar sebelum bunyi ‘ganjil’ muncul secara tiba-tiba pada jam 10.00 pagi.
Malah dakwanya, dia terasa seolah kapal terbang yang dinaiki turun menjunam dan terasa seperti hilang kawalan.
Kapten Isytihar Kecemasan & Nasihat Penumpang Pakai Alat Bantuan Pernafasan
Malah, dia mendakwa, juruterbang turut mengisytiharkan detik kecemasan dan menasihati penumpang untuk memasang alat bantuan pernafasan.
“Apabila keluar alat bantuan penafasan dan kapten mengisytiharkan ‘Emergency’ menasihati penumpang untuk memasang alat bantuan penafasan. Confirm ada sesuatu yang kurang elok berlaku sepertimana yang saya sangkakan,” katanya.
Pada ketika itu, dia turut terasa panik apatah lagi alat pernafasannya yang tersangkut sewaktu detik mencemaskan itu.
“Walaupun setiap kali naik pesawat pramugari memberi taklimat mengenai penggunaan alat kecemasan, selalunya diambil ringan sahaja.
“Tapi pada masa berlakunya kecemasan dan memerlukan kepada alat bantuan tersebut agak kelam kabut juga. Kebetulan alat penafasan kami untuk dikongsi oleh 3 orang tersangkut. Panik juga,” kongsinya lagi.
Ambil Video Sebagai Kenangan Terakhir Suami Isteri, Zahir Rasa Syukur Pesawat Selamat Mendarat
Namun sebaik kapten membuat pengumuman kecemasan, dia membuat keputusan untuk mengambil video sebagai kenangan terakhir suami isteri dan untuk tatapan ahli keluarga jika berlaku perkara tidak diingini.
Walau bagaimanapun, keadaan kemudiannya kembali seperti biasa pada paras 10,000 kaki.
“Sehinggalah Kapten mengumumkan pesawat sedang terbang pada aras 10,000 kaki. Barulah ada rasa ketenangan.
“Pesawat pun sudah terasa balik ada kawalan. Kerisauan dan kegelisahan masih terasa. Sehingga ada pramugari berjalan-jalan. Keyakinan selamat sudah datang kembali,” kongsinya lagi.
Pada masa yang sama, Abdul Jalil menzahirkan rasa syukur apabila pesawat yang dinaikinya selamat mendapat di Lapangan Terbang Bintulu kira-kira jam 10.35 pagi.
Kongsi Abdul Jalil, dia ada bertanyakan kepada pramugari yang bertugas tentang detik mencemaskan itu.
“Semasa keluar pesawat saya sempat bertanya dan pramugari menjawab ringkas ‘pressure drop’.
“Ada beberapa pegawai menunggu depan pintu pesawat, bukan seperti biasa. Mungkin mereka juga telah dimaklumkan sebelum pesawat mendarat. Alhamdulillah. Kami selamat mendarat,” tulisnya lagi.
Kali pertama dalam sejarah menaiki kapal terbang. Saya rasa seolah-olah pesawat turun menjunam dan menyangka ada…
Posted by Abdul Jalil on Monday 20 October 2025
Malaysia Airlines Mohon Maaf, Alami Masalah Tekanan Kabin Secara Tiba-Tiba
Dalam pada itu, Malaysia Aviation Group (MAG) dalam satu kenyataan mendedahkan sebuah pesawat Malaysia Airlines ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Sarawak semalam (21 Oktober) mengalami masalah tekanan kabin ketika di udara.
Namun jelas MAG, tiada penumpang yang cedera dalam insiden tersebut malah krew penerbangan telah menjalankan prosedur kecemasan dengan menurunkan ketinggian pesawat ke paras yang lebih rendah serta mengaktifkan topeng oksigen.
Merujuk FMT yang memetik Star Online, syarikat penerbangan tersebut telah menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit.
Pada masa yang sama, Malaysia Airlines turut memohon maaf kepada penumpang yang terjejas dan menjelaskan penerbangan Malaysia Airlines MH2742 telah mendarat dengan selamat kira-kira jam 10.31 pagi.
“Keselamatan serta keselesaan pengguna dan krew sentiasa menjadi keutamaan kami. Kami sedang menjalankan kajian menyeluruh bagi memahami punca dan mengelakkan kejadian ini daripada berulang,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Influencer Kongsi Detik Cemas Dalam Pesawat Yang Nyaris Tergelincir Di Indonesia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pintu Pesawat Alaska Airlines Yang Tercabut Sah Buatan Malaysia – NTSB



