fbpx
Now Reading
Tular Lelaki Bergaduh Dengan Pak Guard Masjid Selepas Isteri Ditegur Tak Pakai Tudung [Video]

Tular Lelaki Bergaduh Dengan Pak Guard Masjid Selepas Isteri Ditegur Tak Pakai Tudung [Video]

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit, pihaknya ada menerima laporan dari lelaki berusia 43 tahun berkenaan kira-kira jam 4.13 petang semalam (21 Oktober) namun laporan itu ditarik balik kerana perselisihan faham telah diselesaikan secara baik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Masjid sering menjadi tempat persinggahan khususnya buat penduduk tempatan atau mereka yang bermusafir untuk menunaikan solat.

Sebagai tempat agama yang mulia, setiap pengunjung dinasihatkan untuk menutup aurat dengan sempurna bagi menghormati kemuliaan dan kedudukan masjid itu sendiri.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika pihak pengurusan masjid kebanyakannya akan meletakkan papan tanda sebagai peringatan buat pelawat untuk menutup aurat dengan sempurna.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah masjid mempunyai pengawal keselamatan yang akan mengingatkan pengunjung tentang peraturan sedemikian.

Lelaki Bertengkar Dengan Pengawal Keselamatan, Dipercayai Berang Isteri Ditegur Tak Tutup Aurat Dengan Sempurna

Semalam (21 Oktober), kecoh di media sosial pertengkaran seorang lelaki dengan seorang pak guard di perkarangan Masjid Selat Melaka.

Menerusi video tular, kelihatan berlaku pergaduhan dan provokasi di antara mereka sebelum masing-masing ditenangkan oleh beberapa individu yang melihat kejadian tersebut.

Malah, lelaki berkenaan yang dilihat tidak memakai baju dilihat seolah-olah mencabar seorang lagi pengawal keselamatan lain sebelum ditenangkan oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Difahamkan, lelaki berkenaan didakwa berang selepas pengawal keselamatan menegur isterinya yang memakai seluar dipercayai jenis legging di bawah paras lutut dan tidak memakai pakaian yang sesuai ketika berada di masjid.

Melalui perkongsian di Threads @nursophea_chu, pengawal keselamatan tersebut didakwa hanya menjalankan tugas menasihati pasangan berkenaan agar berpakaian sopan sebelum masuk ke masjid.

View on Threads

Pihak Polis Sahkan Ada Terima Laporan

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, pihaknya ada menerima laporan dari lelaki berusia 43 tahun berkenaan kira-kira jam 4.13 petang semalam (21 Oktober).

Jelasnya, berdasarkan laporan yang dibuat, kejadian berlaku sewaktu pasangan yang datang dari Kuala Lumpur mahu menunaikan solat Zuhur.

Namun, kenderaan mereka ditahan di pintu masuk kerana isteri suspek tidak memakai tudung.

“Pengawal keselamatan menegur pasangan itu kerana wanita tersebut tidak memakai tudung dan memberitahu ia perlu dipakai sekiranya ingin memasuki kawasan masjid, namun pengadu mendakwa isterinya menutup kepala menggunakan sweater.

“Pengawal keselamatan kemudian kembali ke balai pengawal untuk memaklumkan kejadian kepada penyelianya. Pengadu keluar dari kereta dan menghentak bumbung kenderaannya sebanyak tiga kali sambil berkata ‘aku hendak sembahyang ni’,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Berlaku Pertengkaran Mulut, Pengawal Keselamatan Dakwa Ditumbuk

Ekoran terjadinya provokasi, telah berlaku pertengkaran mulut sebelum berlaku kejadian tumbuk dan tendang di pintu masjid berkenaan.

“Pengawal keselamatan kemudian menghampiri pengadu untuk menegur tindakannya, namun dia didakwa ditumbuk sebelum membalas dengan menendang lelaki tersebut.

“Pegawai penyiasat yang tiba di lokasi mendapati adalah menjadi tugas pengawal keselamatan dan amalan biasa bagi pengunjung untuk mematuhi etika pemakaian dan menutup aurat,” terangnya.

Walau bagaimanapun, Christoper memaklumkan pengadu telah menarik laporan polis kerana perselisihan faham berkenaan telah diselesaikan secara baik.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Proton Saga Dikecam, Berang & Acah Samseng Walhal Keluar Di Lorong Salah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Acah Samseng Angkat Jari Tengah Selepas Ditegur Merokok Di Restoran Buat Netizen Berang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.