Remaja Meninggal Dunia Ketika Hari Jadi Adik, Sempat Hadiahkan iPhone Buat Ramai Sebak [Video]
Allahyarham Muhammad Zafran Hadi telah menghembuskan nafas terakhir pada semalam (21 Oktober) sewaktu hari ulang tahun adiknya pada jam 1.45 pagi beberapa hari selepas memberikan hadiah tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Kehilangan insan tersayang khususnya ibu bapa, pasangan mahupun ahli keluarga sememangnya amat memeritkan.
Manakan tidak, insan yang selama ini menjadi tempat bergantung dan menjadi peneman telah pergi selamanya.
Lebih memeritkan jika mereka pergi pada hari istimewa atau ketika seseorang itu masih belum puas untuk bersama.
Abang Hidap Kanser Tulang Beri Hadiah Hari Jadi
Baru-baru ini, tular di media sosial detik menyentuh hati seorang remaja yang menghidap kanser tulang sejak 18 Mac 2023 memberi hadiah sempena hari jadi adik kesayangannya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @zfrn_had18, momen indah itu dirakam ketika si abang yang dikenali sebagai Muhammad Zafran Hadi terbaring di katil dan sedang menghulurkan bungkusan hadiah kepada adiknya, Aidil Haziq.
Apa yang menjadi perhatian hadiah tersebut berupa sebuah iPhone baharu. Aidil yang terkejut dengan pemberian iPhone kemudiannya dilihat menyalam dan mengucup dahi abangnya itu.
Lebih menyentuh hati, si adik dilihat mengesat air mata tanda terharu dengan pemberian hadiah berkenaan.
Kongsi pentadbir akaun tersebut, Zafran sememangnya berniat mahu menghadiahkan Aidil telefon bimbit baru sebagai tanda kasih terhadap adiknya itu.
“Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang, geng sembang pasal bola, geng main game, geng segalanya.
“Abang selalu sebut, ‘abang sayang Aidil dan semua adik-adik abang.’ Tahun ini, Zafran nak sangat hadiahkan Aidil telefon baru sebagai tanda kasih untuk adik yang tak pernah berkira yang selalu ada bila abang perlukan teman.
“Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih, kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil, sangat-sangat,” tulisnya.
Difahamkan, detik terindah itu dirakamkan oleh ahli keluarga mereka pada 16 Oktober lalu.
@zfrn_had18 Video ni hari khamis lepas 16/10 Esok 21/10 Hari lahir Aidil haziq, satu-satunya adik lelaki Zafran. Selepas mama dan abah, Aidil lah yang paling banyak teman dan jaga abang. Geng tidur abang… geng sembang pasal bola… geng main game… geng segalanya. Abang selalu sebut, “Abang sayang Aidil, dan semua adik-adik abang.” ❤️ Tahun ni, Zafran nak sangat hadiahkan Aidil telefon baru sebagai tanda kasih untuk adik yang tak pernah berkira, yang selalu ada bila abang perlukan teman. Happy birthday Aidil Haziq, terima kasih, kerana sentiasa jadi adik yang kuat, penyayang, dan setia dengan abang. Abang sayang Aidil… sangat-sangat. ❤️
♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18
Tonton video penuh [DI SINI]
Abang ‘Pergi’ Pada Hari Jadi Adik
Namun beberapa hari selepas menghadiahkan telefon berkenaan, pentadbir akaun berkenaan memaklumkan si abang telah menghembuskan nafas terakhir pada semalam (21 Oktober) sewaktu hari ulang tahun adiknya pada jam 1.45 pagi.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Melayu, Seri Kundang selepas solat Zuhur.
@zfrn_had18 إِنَّا لِلّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ Dengan penuh dukacita dan reda terhadap ketentuan Ilahi, kami memaklumkan bahawa Muhammad Zafran Hadi bin Mohd Fitrahaizul telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Selasa, 21 Oktober 2025, jam 1.45 pagi. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Seri Kundang selepas solat Zuhur. Mohon doa agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh. 🤍
♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18
Tonton video penuh [DI SINI]
Lebih menyentuh hati, dalam hantaran berasingan, si adik dilihat menangis di pusara abangnya sambil dipujuk oleh beberapa ahli keluarga yang lain.
Malah, ahli keluarga yang lain tetap menyambut hari lahir Aidil walaupun kesemua mereka sedang dalam kesedihan.
@zfrn_had18 Happy birthday Aidil Haziq. Terima kasih sebab dah jadi adik terbaik untuk abang zafran🤜🏼🤛🏼
♬ original sound – ying nyl – ying nyl
Tonton video penuh [DI SINI]
Happy Birthday Aidil Haziq❤️ Abang zafran mesti bangga ada adik hebat macam aidil.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Zahir Rasa Sedih
Video yang telah mendapat lebih 3.1 juta tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial,
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa sedih melihat momen terakhir di antara adik dan abang.
Apatah lagi, si abang sempat memberikan hadiah telefon bimbit buat si adik sebelum pemergiannya pada hari istimewa itu.
Arwah Merupakan Pemain Bola Sepak Dibawah PLD, Faisal Halim Turut Ziarah Di Hospital
Sebelum ini, Muhammad Zafran turut menerima kunjungan daripada pemain bola sepak Harimau Malaya dan Selangor, Faisal Halim pada Ahad (19 Oktober) lalu.
Memetik Majoriti Official, Allahyarham pernah bermain bola sepak di bawah Program Latihan Daerah (PLD) Tunku Ampuan Durah, Negeri Sembilan dan menjadikan Faisal Halim sebagai idolanya.
@zfrn_had18 Terima kasih Abang Alieff Firdaus kerana telah merealisasikan impian Zafran untuk berjumpa dengan pemain bola sepak kegemarannya, Faisal Halim. Terima kasih juga buat Tengku Zatashah serta semua yang sudi hadir menziarahi Zafran Hadi. Mohon jasa baik kalian untuk terus mendoakan agar segala urusan Muhammad Zafran Hadi dipermudahkan. Semoga Allah SWT membalas segala jasa dan kebaikan kalian semua. 🫶🏻 #cancerfighter #cancerosteosarcoma #faisalhalim #07
♬ original sound – zfrn_had18 – zfrn_had18
Tonton video penuh [DI SINI]
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Baru Je Tengok Dia Bagi Telefon Dekat Adik Dia, Yang Lagi Sedih, Dia Pergi Tarikh Hari Jadi Adik Dia. Semoga Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Yang Beriman”

“Allah, Baru Tengok Video Faisal Halim Pergi Melawat, Syurga Buatmu, Insya-Allah”

“Telefon Tu Ada Sentimental Value, Jaga Elok-Elok Adik, Sampai Ada Iphone 25 Pun Jangan Jual Atau Bagi Orang”

“Maaf Saya Tak Kenal Siapa Zafran Ni Tetapi komen Kata Dia Dah Pergi, Semoga Arwah Tenang Disana”

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Buat Putera Sulungku”- Anak Menangis Tersentuh Ibu Beri Hadiah Kerana Banyak Bantu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian



