Kes Pendaki Maut Di Gunung Liang: “Saya Tak Berniat Berpisah Dengan Arwah” – Malim Gunung
Terang MGP yang dikenali sebagai Rahimi, sebagai ‘sweeper’, dia tidak mempunyai niat untuk berpisah bersama arwah apatah lagi dia turut menunggu Mustaqqeem di beberapa lokasi sepanjang laluan termasuk di Kem 7E.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kejadian yang menimpa Allahyarham Mustaqqeem Mansoor yang ditemui maut selepas dua hari dilaporkan hilang sewaktu mendaki Gunung Liang, Tanjong Malim, Perak pada 16 Oktober lalu masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.
Manakan tidak, misteri kehilangannya mendapat perhatian hingga ramai yang mempersoal bagaimana pihak penganjur termasuk Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang terdiri daripada lead dan sweeper boleh meninggalkan mangsa sendirian di puncak gunung.
Malah sehingga kini, orang ramai masih tidak henti lagi memperkatakan insiden tersebut malah menuntut mereka yang terlibat untuk memberi penjelasan.
Baca Artikel Berkaitan: “Mana Sweeper?” – Pendaki Maut Di Gunung Liang, Ramai Persoal Kenapa Mangsa Ditinggalkan Sendirian
Malim Gunung Kongsi Detik Akhir Bersama Arwah Mustaqeem, Iringi Pendakian Sejak Hari Pertama Hingga Ketiga
Terbaharu, MGP yang dikenali sebagai Rahimi telah berkongsi kisah dari pihaknya di saat-saaat terakhir bersama Allahyarham Mustaqqeem.
“Sepanjang perjalanan pada hari ketiga, arwah beberapa kali menyatakan dia dalam ketakutan, bagaimanapun tidak dinyatakan apa yang dia ditakutkan,” dakwanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Jelas Rahimi yang berusia 50 tahun, dia mengiringi arwah sejak hari pertama pendakian walaupun arwah pada ketika itu mengalami kekejangan otot.
Katanya lagi, ekspedisi itu juga dilakukan secara compress atau dalam bahasa mudahnya dipercepatkan dari kebiasaannya lima hari menjadi tiga hari.
“Saya mengiringi arwah sejak hari pertama pendakian hingga hari ketiga, walaupun arwah mengalami kekejangan otot namun dia masih boleh berjalan secara perlahan menyebabkan kami jauh ketinggalan dengan kumpulan pertama dan kedua.
“Ekspedisi Trans Temangkok mendaki Gunung Liang dilakukan secara ‘compress’ mengambil masa hanya tiga hari, kebiasaan ekspedisi mengambil masa antara empat hingga lima hari.
“Faktor terlalu mengejar masa mungkin menyebabkan arwah tertekan dan kepenatan.
“Saya bersama arwah di puncak Gunung Liang pada hari ketiga, selepas makan dan minum, kami memutuskan untuk turun kira-kira jam 10.30 malam.
“Keadaan arwah ketika itu agak lemah tapi masih mampu berjalan dengan pelahan,” kongsinya.
MGP Dakwa Arwah Dalam Keadaan Penat & Lemah Serta Berkelakuan Pelik
Dakwanya lagi, arwah berada dalam keadaan penat dan lemah malah turut berkelakuan pelik seperti sedang melihat sesuatu ketika berjalan.
Terang Rahimi, ketika ditanya, arwah menyatakan dia melihat akar pokok bagi mengelak daripada tersangkut kaki.
MGP Turun Dulu Untuk Tinjau Laluan, Yakin Arwah Boleh Turun Dengan Perlahan
Dakwa Rahimi lagi, dia kemudiannya pergi turun terlebih dahulu bagi membuat tinjauan sambil menunggu arwah di laluan.
Kongsinya, keadaan sekeliling agak gelap namun dia dapat melihat dengan jelas lampu arwah bergerak menuruni puncak gunung walaupun pada ketika itu hujan turun dengan lebat dan cuaca sejuk.
Malah dakwanya pada waktu itu, dia bergerak secara perlahan sambil menunggu arwah.
“Saya yakin arwah dapat turun tanpa sebarang masalah. Pada masa sama saya berusaha mencari kawasan terdapat talian telefon untuk menghubungi seorang lagi MGP dan penganjur,” ujarnya.
Tiada Niat Berpisah Dengan Arwah, Tak Sangka Perkara Buruk Boleh Berlaku
Terang Rahimi lagi, sebagai ‘sweeper’, dia tidak mempunyai niat untuk berpisah bersama arwah apatah lagi dia turut menunggu Mustaqqeem di beberapa lokasi sepanjang laluan termasuk di Kem 7E.
“Saya tidak menolak kemungkinan arwah naik semula ke puncak Gunung Liang selepas beberapa meter turun, saya tidak lagi mampu berpatah balik mencari arwah disebabkan terlalu penat selain kecederaan jari kaki hingga terpaksa menggunakan selipar untuk meneruskan perjalanan.
“Saya tidak menyangka perkara buruk boleh berlaku, kegembiraan berjaya menawan puncak Gunung Liang bertukar jadi sejarah hitam dalam hidup saya selepas dua tahun sebagai MGP dan lebih 10 tahun dalam aktiviti pendakian,” katanya.
Dakwanya, dia ada menerima RM850 dari pihak penganjur yang sebelum ini hanya menetapkan ekspedisi selama tiga hari namun dilanjutkan selama lima hari.
Punca Kematian Arwah Mustaqqeem Kerana Hipotermia
Sebelum ini, Arwah Mustaqqeem bersama lapan rakannya serta dibantu dua orang MGP pada 10 Oktober lalu telah memulakan pendakian ke Gunung Liang yang bermula di Bukit Fraser, Bentong.
Walau bagaimanapun, isteri mangsa kemudiannya membuat laporan berhubung kehilangan Mustaqqeem selepas arwah dilaporkan tidak pulang sebaik tamatnya aktiviti pendakian.
Ekoran itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan 22 anggota dari pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilancarkan pada 16 Oktober.
Arwah Mustaqqeem kemudiannya ditemui pada jam 3.30 petang pada hari yang sama di puncak gunung tersebut dan punca kematian disebabkan oleh hipotermia (kesejukan melampau).
Baca Artikel Berkaitan: “Mana Sweeper?” – Pendaki Maut Di Gunung Liang, Ramai Persoal Kenapa Mangsa Ditinggalkan Sendirian
Baca Artikel Berkaitan: Pendaki Ditemui Maut Di Gunung Liang, Polis Tahan 2 Malim Gunung
