Lelaki Mahu Jual Semua Koleksi Kad Pokemon Pada Harga RM1.87 Juta Raih Perhatian [Video]
Selain menawarkan harga RM1.87, kesemua koleksi kad Pokemon itu juga boleh ditukar beli (trade-in) dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, ada individu-individu yang gemar mengumpul barangan yang diminatinya seperti die-cast HotWheels, kad Pokemon dan bermacam lagi.
Hobi sebegini memerlukan kesabaran dan ketelitian kerana proses mencari koleksi ‘rare’ bukanlah mudah. Para collector juga biasanya mempunya komuniti yang berkongsi minat yang sama.
Malah, ada juga yang mengumpul barangan-barangan sedemikian untuk dijadikan sebagai pelaburan jangka panjang. Hal ini kerana nilai barangan terbabit mungkin meningkat dari masa ke semasa.
Tular lelaki ingin jual semua koleksi kad Pokemon pada harga RM1.8 juta
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki ingin menjual kesemua koleksi kad Pokemon miliknya yang bernilai lebih RM2 juta pada harga RM1.87 juta.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia), lelaki yang dikenali sebagai Damiral Imran itu turut berkongsi gambar-gambar koleksi kad berkenaan berserta kotak-kotaknya yang tersusun rapi.
Difahamkan, pada ketika ini sudah ada tiga individu yang ingin membelinya dengan tawaran harga paling tinggi RM1.68 juta.
Boleh trade-in 911 Carrera 4S dan tambah RM1 juta tunai
Selain menawarkan harga RM1.87, kesemua koleksi kad Pokemon itu juga boleh ditukar beli (trade-in) dengan Porsche 911 Carrera 4S berserta wang tunai RM1 juta.
Malah, mana-mana individu yang dapat membantunya mencari pembeli juga akan diberi komisen sebanyak RM50,000.
Selain itu, pembeli koleksinya itu juga akan menerima kad One Piece yang bernilai lebih RM50,000 secara percuma.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang berseloroh
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat hantaran itu.
Kebanyakan pengguna Facebook terkejut dengan nilai kad-kad terbabit selain berseloroh ingin membuat pembayaran secara ansuran selama 35 tahun.
Tidak kurang juga yang dilihat seakan-akan berminat untuk membelinya dengan menawarkan harga RM1.6 juta.










