fbpx
Now Reading
Kenapa Ibu Hamil 28 Minggu Ke Atas Kena Tidur Mengiring? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Kenapa Ibu Hamil 28 Minggu Ke Atas Kena Tidur Mengiring? Ini Penjelasan Doktor [Video]

Jelas doktor kesihatan wanita yang dikenali sebagai Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, terdapat negara luar yang telah menjalankan kempen bagi menggalakkan ibu hamil 28 minggu ke atas untuk tidur secara mengiring antaranya seperti New Zealand dan United Kingdom.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan pasangan suami isteri mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri dalam kehidupan rumah tangga. Namun, ramai yang tak tahu fasa kehamilan bukanlah satu perkara yang mudah.

Bukan hanya berlaku perubahan pada tubuh badan atau hormon seperti berat naik mendadak dan morning sickness, corak kehidupan juga tidak terkecuali.

Manakan tidak, sering kali kedengaran luahan ibu mengandung yang berasa tidak selesa lebih-lebih lagi ketika waktu tidur.

Malah, setiap perbuatan yang dilakukan perlu berhati-hati kerana boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.

Ibu Hamil 28 Minggu Ke Atas Disaran Tidur Mengiring, Kurangkan Risiko Bayi Meninggal Secara Tiba-Tiba

Tahukah anda, ibu hamil yang kandungannya telah berusia 28 minggu ke atas disarankan untuk tidur secara mengiring?

Menurut Doktor Kesihatan Wanita, Dr Muhammad Izzat bin Abdul Razak menerusi video di TikTok @drizzatwomenshealth, tidur mengiring tidak kira sama ada kiri atau kanan dapat mengurangkan risiko kematian bayi meninggal dunia secara tiba-tiba dalam kandungan sebanyak 50%.

Menerusi perkongsian itu juga, beliau turut berkongsi video dari pemilik asal @tinyheartseducation yang menunjukkan analogi bagaimana darah mengalir dalam saluran apabila si ibu tidur dalam keadaan terlentang atau sebaliknya.

“Begini adalah pengaliran darah yang biasa. Lajukan? Bila dah 28 minggu (kandungan) berat bayi lebih kurang 1 kilogram.

“Lihat bagaimana pengaliran darah di inferior vena cava jika kamu berbaring secara terlentang. Pengaliran darah di inferior vena cava akan berkurangan sebanyak 80%,” terangnya.

Malah terang Dr Izzat pada ruangan kapsyen, apabila si ibu tidur terlentang buat jangka masa yang panjang, tekanan yang diberikan oleh uterus akan mengganggu peredaran darah, mengurangkan peredaran darah kembali ke jantung (venous return) sekaligus boleh mengganggu pengedaran darah kepada plasenta (uri) yang memberi bekalan kepada bayi.

“Mulakan posisi tidur secara mengiring tetapi jika anda bangun secara terlentang, jangan panik, jangan risau, tidur semula dalam keadaan mengiring,” katanya.

Ada Kempen Di Negara Luar Saran Ibu Hamil Tidur Mengiring

Jelas Dr Izzat lagi, terdapat negara luar yang telah menjalankan kempen bagi menggalakkan ibu hamil 28 minggu ke atas untuk tidur secara mengiring antaranya seperti New Zealand dan United Kingdom.

Malah, terdapat kajian yang menunjukkan tidur secara mengiring dapat mengurangkan risiko bayi meninggal dunia secara tiba-tiba.

@drizzatwomenshealth

Anda hamil dah 28 minggu dan ke atas? Tidur mengiring (kiri atau kanan) dapat kurangkan risk kejadian bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan sebanyak 50%. Tinggi tu. Bayi yg berumur 28 weeks dianggarkan beratnya dalam 1-1.2kg. Bila ibu tidur terlentang buat jangka masa yang panjang, tekanan yang diberikan oleh uterus akan ganggu peredaran darah inferior vena cava, reduce venous return sekaligus akan ganggu peredaran darah pada placenta yg supply pada bayi. The Midlands and North of England Stillbirth Study (MiNESS) is indeed a landmark case control study that investigated the relationship between maternal sleep position in late pregnancy and the risk of stillbirth. It was published in BJOG: An International Journal of Obstetrics & Gynaecology in 2018. Key finding of the study : Women who went to sleep on their backs (supine) in late pregnancy had a 2.3-fold increased risk of stillbirth compared to those who went to sleep on their left side. →The absolute risk remains low, but the finding is significant because sleep position is a modifiable behavior. Going to sleep on your side in late pregnancy halves the risk of stillbirth. This message is now part of the UK’s national safer sleep campaigns and has influenced global recommendations. Sleep on your side, when your baby is inside (28 weeks and beyond) Thank you @Tiny Hearts Edu for the marvelous video ! #sidesleep #stillbirth #pregnancy #pregnancyjourney #womenshealth

♬ original sound – drizzatwomenshealth – drizzatwomenshealth

Tonton video penuh [DI SINI]

Posisi Tidur Yang Sesuai Untuk Ibu Hamil

Jadi posisi tidur apa yang sesuai untuk ibu hamil dan bayi dalam kandungan? Laman Hospital Gleaneagles ada mencadangkan posisi tidur yang sesuai untuk ibu hamil mengikut trimester kehamilan.

Ini antara cadangan kedudukan posisi tidur:

  • Trimester pertama: tidur terlentang atau baring seperti biasa masih boleh membuatkan si ibu berasa selesa.
  • Trimester kedua: tidur mengiring boleh menjadi lebih selesa lebih-lebih lagi mengiring ke kiri. Ini kerana mengiring ke kiri dapat melega atau mengurangkan tekanan vena kava sekaligus meningkatkan pengaliran darah dan nutrien kepada bayi. Tidur ke kanan juga dibolehkan asalkan si ibu mengganti posisi tidur bersilih ganti antara sisi bagi mendapatkan keselesaan.
  • Trimester ketiga: Disarankan tidur mengiring.

Posisi Tidur Yang Patut Dielakkan Semasa Hamil

Malah, laman itu turut menjelaskan posisi tidur yang patut dielakkan oleh ibu hamil iaitu tidur terlentang dan meniarap.

Ini kerana apabila bayi semakin membesar, wanita hamil mungkin akan berasa tidak selesa dan sukar untuk tidur lebih-lebih lagi pada trimester ketiga.

Selain itu, kedudukan tidur secara meniarap juga amat tidak sesuai kerana ia boleh memberi ketidakselesaan kepada ibu hamil serta memberi tekanan pada rahim dan organ.

Tips Untuk Dapatkan Tidur Selesa Buat Ibu Hamil

  1. Gunakan banyak bantal untuk menyokong perut, bahagian belakang dan pinggul. Jika mahu lebih mudah, korang boleh gunakan bantal khas yang direka untuk ibu hamil seperti bantal berbentuk U.
  2. Tidur dengan cara seperti berada dalam kedudukan janin sama ada satu atau kedua-dua lutut dibengkokkan. Cara sebegini membantu menyokong dan melegakan sakit pada bahagian belakang.
  3. Tinggikan bahagian atas badan dengan tidur menggunakan bantal yang lebih tinggi. Cara sebegini memudahkan si ibu untuk tidur.

Jadi ibu-ibu yang sedang hamil 28 minggu ke atas, dah boleh cuba ubah posisi tidur masing-masing ye.

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Ada Ibu Mengandung Jadi Cepat Pelupa? Ini Sebabnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Alami Gangguan Emosi Ada Risiko Meroyan? Ketahui Faktor & Cara Mencegah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.