fbpx

“Itu Bukan Tugas Mereka” – Ramai Geram Lelaki Persoal Pramugari Tak Bantu Penumpang Angkat Beg

Apa yang menjadi perhatian adalah lelaki itu turut menasihatkan agar pramugari yang dikatakannya sedikit ‘berumur’ itu untuk bertukar ke bahagian lain disebabkan insiden yang berlaku di hadapan matanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui syarikat penerbangan di seluruh dunia ada menyediakan perkhidmatan pramugari atau pramugara istimewa buat pelanggan.

Perkhidmatan itu disediakan bagi memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang sepanjang perjalanan.

Buat mereka yang biasa travel ke luar negara dengan menggunakan jalan udara, pasti sudah terbiasa dengan perkhidmatan serta layanan sopan dari krew penerbangan ini.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat masih tidak berpuas hati dengan sikap dan servis yang diberikan hingga kadangkala mempunyai pemahaman yang salah tentang tugas sebenar seorang pramugari atau pramugara.

Lelaki Persoal Tugas Pramugari ‘Berumur’, Tak Bantu Penumpang Angkatkan Beg

Semalam (16 Oktober), kecoh di media sosial perkongsian seorang pengguna Threads mengenai sikap seorang pramugari.

Menerusi luahan yang dikongsikan olehnya, dia mempersoal tindakan seorang pramugari yang disifatkan telah berumur dan enggan membantu mengangkat beg seorang penumpang yang sudah berusia.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia turut menasihatkan agar pramugari berkenaan untuk bertukar ke bahagian lain disebabkan insiden yang berlaku di hadapan matanya.

“Saya nasihat kepada stewardess (pramugari) yang dah berumur tu lebih baik anda tukar department (bahagian) sahaja dan tak perlu melawa ikut flight lagi, kena sedar sebab dah tua.

“Sebab apa aku cakap macam ni, sebab benda berlaku depan mata aku hari ini. Seorang mak cik tua minta kamu bantu angkat beg dan macam-macam alasan kamu dan salah satu alasan kamu, minta tolong penumpang lain nanti angkat, what da h*ll ko punya service?” kongsinya.

Anggap Bayaran Yang Dibayar Penumpang Termasuk Servis Dari Pramugari

Lebih mengejutkan, dia mendakwa bayaran tiket yang dibayar oleh penumpang adalah termasuk servis yang disediakan oleh pramugari.

“Penumpang tu semua bayar ticket including korang punya service beb, bukan nak tengok kau melawa je,” tulisnya.

Ramai Geram Dengan Kenyataan Lelaki, Dakwa Bukan Tugas Pramugari Angkat Beg Penumpang

Perkongsian yang telah mendapat lebih 307,000 tontonan nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyangkal dan mempersoal kenyataan pengguna terbabit.

Ini kerana jelas mereka, bukanlah menjadi tugas krew penerbangan untuk mengangkat beg penumpang sebaliknya penumpang bertanggungjawab untuk mengangkat dan meletakkan beg mereka sendiri.

Jelas segelintir pengguna media sosial, jika ada sekalipun pramugari mahupun pramugara yang menolong mengangkatkan beg penumpang, ia dilakukan atas dasar ihsan.

Bukan hanya itu, ada yang tertanya mengapa dia sendiri tidak menolong penumpang berusia berkenaan untuk mengangkat beg berbanding menyalahkan pramugari ‘berumur’ itu walhal tugas utama mereka adalah mengutamakan keselamatan penumpang.

Malah, ada yang menyangkal kenyataannya harga tiket penerbangan termasuk servis angkat barang.

Tugas Angkat Beg Penumpang Bukan Tugas Pramugari

Untuk info, seorang juruterbang sebelum ini pernah berkongsi pendapat di TikTok @mrturboprop mengenai isu pramugari atau pramugara yang tidak membantu penumpang mengangkat beg.

Jelas juruterbang tersebut dalam videonya, bukanlah menjadi tugas krew penerbangan untuk mengangkat beg penumpang.

“Kepada siapa yang mungkin tidak tahu, bukan tugas cabin crew untuk angkat korang punya beg masukkan ke dalam overhead cabin.

“Kalau korang naik mana-mana flight yang korang nampak cabin crew tolong penumpang angkat barang tu, itu semua atas budi bicara sahaja.

“Bergantung kepada krew sama ada dia nak tolong ataupun tidak. Ia bukan requirement untuk diorang tolong, tak wajib ye.

“Korang pula sebagai penumpang, kalau korang rasa tak cukup tangan atau beg terlampau berat, tolonglah check in korang punya beg masuk ke dalam kargo.

“Bayangkan kalau setiap penumpang nak cabin crew tu angkatkan beg korang masuk dalam kabin, saya rasa tak sampai setahun patah pinggang cabin crew itu,” katanya.

@mrturboprop

Yela bukan ringan bag you all, entah apa yg disumbat masuk beg korang 😅 #edutok #cabincrew #flyingetiquette #travel #aviationtravel #learnontiktok

♬ Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf

Tonton video penuh [DI SINI]

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Dah Nampak Depan Mata Tu Tolong Sedara, Bukan Tulis Kecam Gini”

“Harga Tiket Tak Termasuk Servis Angkat Barang Tahu, Sendiri Punya Beg, Sendiri Kena Angkat”

“Saya Yang Muda Pun Takkan Angkat Bag, Assists Saja, 20 Orang Minta Angkat Beg Mampus Wei”

“Itu Bukan Tugas Mereka, Cabin Crew Uruskan Keselamatan Bukan Beg Anda”

“Ini Mesti Kali Pertama Naik Flight, Untuk Pengetahuan, Pramugari Uruskan Keselamatan Kita Je, Beg, Kain Baju Ke Apa Itu Urusan kita”

“SOP Cabin Crew Tiada Suruh Tolong Penumpang Angkat Beg, Kalau Hari-Hari Tolong, Slip Disc La, Badan Nak Pakai Lama”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Borak Dengan Kawan” – Pilot Batik Air Dipuji, Beri Pengumuman Secara Santai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Bosan Dalam Pesawat, Lelaki Sempat Buat ‘Strawberry Cheese Cracker’ Untuk Pramugari & Rakan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.