Isu Jual Topi Fake RM100, Pelakon Akui Salah & Mohon Maaf [Video]
Menerusi akaun TikTok yang dipercayai milik pelakon drama Budak Tebing itu, dia memohon agar pihak The Cap City memberi budi bicara untuk menyelesaikan isu topi fake terbabit secara baik dengan pihaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, ketika ini semakin ramai rakyat Malaysia yang mula menunjukkan sokongan terhadap barangan-barangan lokal terutamanya dalam dunia fesyen seperti baju, topi dan sebagainya.
Salah satu jenama yang begitu mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya golongan muda adalah The Cap City milik TikTokers terkenal, Nigel Sparks.
Setiap kali adanya topi baharu yang dikeluarkan, pasti ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk memilikinya.
Tular pemuda terbeli topi The Cap City yang tak ori
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial seorang pemuda telah terbeli topi The Cap City yang palsu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nigelsparks, perkara itu diketahui selepas pemuda terbabit mengambil gambar bersama Nigel.
Salah seorang rakan Nigel telah menegur pemuda itu mengapa topi yang dipakainya mempunyai pelekat dan setelah mereka memeriksa ternyata ia bukanlah original.
“Ini bukan ori, kita tak pernah ada sticker bro. Ini kawan jual dekat awak ke,” tanya rakan Nigel.
Topi fake dibeli daripada pelakon dengan harga RM100
Pemuda itu kemudiannya menyatakan bahawa topi terbabit dibelinya daripada seorang pelakon bernama Yoyol yang pernah membintangi drama bersiri ‘Budak Tebing’.
Dakwanya, topi terbabit dibeli semasa pelako itu bersiaran langsung di TikTok dengan harga RM100.
“Dah lah RM100, kalau RM35 aku cakap biar je bro, ini RM100 baik kau beli dengan kita. Takpa santai, tapi next time beli terus dengan kita,” ujar Nigel.
Menerusi ruangan komen, netizen mula memetik nama pelakon tersebut iaitu Fariz Isqandar.
@nigelsparks budak ini kena scam! 😔 pelakon jual topi fake the cap city‼️
♬ Everything In Its Right Place – SAD
Fariz akui kesalahan dan mohon maaf
Tidak lama selepas itu, Fariz tampil menerusi satu hantaran di TikTok mengakui kesalahannya dan memohon maaf kepada Nigel serta The Cap City atas kesilapan dirinya.
Menurutnya, topi berkenan dibeli olehnya pada harga RM80 sebelum menjualnya semula kepada pemuda itu dengan harga RM100.
“Mohon budi bicara pihak The Cap City untuk selesaikan (perkara ini) dengan baik dan kami tiada niat untuk ‘copyright’ mana-mana barangan dari pihak The Cap City.
“Kami akan cuba perbaiki kesilapan ini dengan sebaik mungkin. Dan kepada local fans saya mengakui kesilapan saya dan tindakan saya ini buruk dari semua segi,” tulisnya di kapsyen.
Bagaimanapun, di ruangan komen, ada yang percaya ini hanyalah marketing atau konten seolah-olah memberi ‘hint’ yang kononnya Yoyol akan berkolaborasi bersama The Cap City.
Namun, sekiranya benar, ada yang merasakan pelakon itu perlu mengganti semula cap pelanggan terbabit.



Untuk carousel klik di [SINI]