Tular Dakwaan Kereta Mewah Yang Disorok 2 Tahun Di Gaza Kembali Dikeluarkan [Video]
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman Threads, kelihatan beberapa kenderaan mewah seperti Volkswagen Golf R dikeluarkan daripada garaj bawah tanah dalam keadaan penuh debu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Fasa pertama perjanjian gencatan senjata antara pejuang Hamas dan Israel berkuat kuasa pada Jumaat lalu (10 Oktober) menyaksikan rakyat Gaza yang sebelum ini terpaksa melarikan diri daripada peperangan mula pulang ke kediaman masing-masing.
Fasa pertama perjanjian tersebut turut menggariskan pembebasan dan pertukaran tahanan Palestin serta tebusan Israel selain tentera rejim zionis yang berada di sana perlu beredar.
Apa yang lebih penting, bantuan-bantuan kemanusiaan yang selama ini disekat secara haram sudah kembali boleh memasuki Gaza.
Tular kereta-kereta mewah di Gaza kembali dikeluarkan
Terbaharu, tular pula di media sosial beberapa video yang memaparkan kereta-kereta mewah yang dipercayai disorok selama lebih kurang dua tahun sejak peperangan tercetus pada 7 Oktober 2023 kembali dikeluarkan.
Menerusi hantaran video yang dikongsikan di laman Threads @shxhwayne, kelihatan beberapa kenderaan mewah seperti Volkswagen Golf R dikeluarkan daripada garaj bawah tanah.
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan, turut kelihatan tiga buah Mercedes-Benz dipercayai model C-class dan E-class yang turut berada dalam keadan penuh debu.
“Macam mana lah diorang tahan sorok kereta semua ini selama dua tahun,” tulis di kapsyen.
View on Threads
BMW dan Merc nampak berkilat baru lepas dicuci
Satu lagi video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Threads sama juga memaparkan sebuah BMW model M Series berwarna putih dan Mercedes E63 AMG berada dalam keadaan berkilat dipercayai baru sahaja dibersihkan.
Namun yang menakjubkan, latar belakang video itu memaparkan keadaan sekeliling yang rosak teruk dipercayai kerana serangan rejim zionis.
View on Threads
Netizen terkejut, tak sangka rakyat Palestin ada yang kaya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dari Malaysia turut terkejut dan tidak menyangka bahawa ada rakyat Palestin yang kaya.
Ini sebenarnya tidak mustahil memandangkan gambar-gambar sebelum ‘genocide’ tercetus memaparkan gaya hidup rakyat Palestin yang tidak mundur.
Pun begitu, tidak kurang juga yang menuduh bahawa video-video terbabit adalah palsu dan hanyalah ciptaan Kecerdasan Buatan (AI).
Ada juga netizen yang tidak terkejut kerana telah mengetahui bahawa negara Palestin sememangnya sudah maju sebelum kehadiran pendatang yahudi.




Baca Artikel Berkaitan: Kabinet Israel Lulus Gencatan Senjata Selepas Rundingan 24 Jam Dengan Pihak Perantara



