fbpx
Now Reading
Lelaki Tegur Pekerja Servis Aircond Buang Sampah Tepi Jalan Raih Perhatian Ramai [Video]

Lelaki Tegur Pekerja Servis Aircond Buang Sampah Tepi Jalan Raih Perhatian Ramai [Video]

Lebih teruk lagi, pekerja berkenaan juga seakan tidak memahami bahasa Melayu selepas ditegur oleh lelaki terbabit kerana dia tetap mengangkat guni berkenaan dan meletakkannya di tepi jalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak kecil lagi kita sebagai rakyat Malaysia sudah diajar untuk tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan kebersihan alam sentiasa terpelihara.

Hal ini kerana kebersihan merupakan antara perkara paling penting dan perlu diamalkan oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian.

Bagaimanapun, masih ada segelintir individu yang tidak bertanggungjawab sesuka hati meninggalkan sampah di merata tempat.

Tular lelaki tegur dua individu buang sampah tepi jalan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosal satu video yang memaparkan seorang lelaki bertindak menegur dua individu yang didakwa membuang sampah di tepi jalan raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aki_amin90, kedua-dua individu terbabit dipercayai pekerja sebuah syarikat servis penyaman udara.

“Ikut suka tangan je buang sampah merata, apalah jenis orang macam ini,” tulis di ruangan kapsyen.

Berguni-guni sampah buang tepi jalan, siap buat tak tahu bila ditegur

Dalam video tersebut, kelihatan bukan sedikit sampah yang dibuang di tepi jalan itu, sebaliknya berguni-guni dipercayai sisa bahan pembinaan.

Lebih teruk lagi, pekerja berkenaan juga seakan tidak memahami bahasa Melayu selepas ditegur oleh lelaki terbabit kerana dia tetap mengangkat guni berkenaan dan meletakkannya di tepi jalan.

Lelaki terbabit kemudiannya meminta agar guni-guni itu diambil semula dan dibuang di tempat yang sepatutnya.

“Tak boleh ini bukan tempat buang sampah bang, abang kena cari tempat buang sampah yang betul-betul, kena faham tepi jalan memang tak boleh buang sampah, abang kena cari tempat buang sampah lah, kerja pembinaan sepatutnya kena ada (tong) roro,” tegur lelaki itu.

@aki_amin90 Ikut suka tgn jer buang sampah merata. Apalah jenis orang ni! kredit: abg owner video #fyp #buangsampah ♬ original sound – Aki_ Amin

Netizen pakat kecam, minta buat laporan kepada pihak berwajib

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan dua individu terbabit yang sengaja membuang sampah sisa pembinaan di tepi jalan raya.

Kebanyakan orang juga meminta agar lelaki terbabit membuat laporan kepada pihak berwajib agar tindakan susulan dapat diambil selain untuk memastkan kejadian sama tidak berulang.

Malah, ada juga yang memuji cara lelaki terbabit menegur yang disifatkan mereka sebagai sopan tanpa perlu meninggikan suara atau mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya.

“Tahniah encik kerana tegur”

“Hantar rakaman ke pihak berkuasa”

“Ni baru namanya warga yang prihatin”

Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Luah Rasa Kecewa, Persoal Sikap Segelintir Warga Kelantan Buang Sampah Merata [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kelantan Kenakan Denda Maksimum RM2,000 Jika Ada Yang Buang Sampah Di Luar Tong

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.