Kakak Nekad Roboh Rumah Adik Gara-gara Berebut Tanah Pusaka [Video]
Difahamkan, proses perobohan itu dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Negeri Bangkalan mengenai pertikaian tanah yang akhirnya memihak kepada si kakak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, harta pusaka sering menjadi punca pergaduhan segelintir keluarga apabila pembahagiannya dilakukan dengan tidak adil. Peninggalan ibu bapa yang sepatutnya menjadi rezeki itu bertukar menjadi perbalahan dan memutuskan hubungan kekeluargaan.
Pertikaian biasanya timbul apabila tiada wasiat atau ada ahli keluarga yang merasa lebih berhak. Malah, sikap tamak dan rasa tidak puas hati sering memburukkan keadaan hingga menimbulkan salah faham.
Lebih teruk lagi, perebutan harta pusaka boleh menyebabkan adik-beradik bermusuhan dan membawa kes ke mahkamah.
Tular rumah kena roboh keran adik beradik berebut harta pusaka
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah rumah di Indonesia dirobohkan dengan menggunakan jengkaut didakwa kerana isu perebutan harta pusaka.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @ismkhabertana0, kejadian dikatakan berlaku di Desa Dumajah, Kecamatan Tanah Merah, Kabupaten Bangkalan melibatkan seorang wanita dan adik perempuannya.
“Tidak ada istilah saudara jika sudah melibatkan harta pusaka,” tulis di dalam video.
Kakak roboh rumah adik selepas menang di mahkamah
Memetik Detik Jatim, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu (9 Oktober) itu melibatkan perobohan empat bangunan terdiri daripada tiga buah rumah dan sebuah dapur secara paksa dengan menggunakan jentera berat.
Proses perobohan itu dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Negeri Bangkalan mengenai pertikaian tanah yang akhirnya memihak kepada si kakak.
Peguam pihak pemohon perobohan, Bahktiar Pradinata berkata, kes pertikaian tanah ini telah berlangsung sejak tahun 2022 dan selepas melalui proses yang panjang, anak guamnya akhirnya diisytiharkan menang sehingga ke peringkat rayuan.
@lsmkhabertana0 ♬ suara asli – Lsmkhabertana
Proses perobohan tersebut turut disaksikan dan dipantau pihak berkuasa tempatan bagi memastikan ia dijalankan mengikut undang-undang.
Difahamkan, si adik sempat merayu agar rumahnya tidak dirobohkan, namun permintaan itu ditolak memandangkan pelaksanaan perintah telah diluluskan secara sah oleh mahkamah.



