“Boleh Kena Kereta & Motor” – Tular Lori PBT Didakwa Bawa Muatan Tanah Tak Bertutup [Video]
Lori milik PBT yang membawa muatan itu dikatakan sepatutnya ditutup dan tidak dibiarkan terbuka kerana berisiko membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pemandu dan penunggang motosikal sentiasa diingatkan untuk mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya demi keselamatan.
Bagaimanapun, masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan sehingga mendatangkan bahaya atau kemalangan kepada individu lain.
Undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 ini bukan hanya terpakai buat orang awam, malah pihak penguatkuasa dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turut perlu mematuhinya.
Tular lori PBT didakwa tak patuh peraturan jalan raya
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki tidak berpuas hati dengan sebuah lori milik PBT yang didakwanya tidak mengikuti peraturan semasa berada di atas jalan raya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@zuanhardie_family), kelihatan lori terbabit yang tertera perkataan DBKL seakan membawa muatan tanah berwarna hitam.
Lelaki terbabit berkata lori berkenaan seharusnya ditutup dan tidak dibiarkan terbuka kerana muatan tanah yang dibawa boleh terjatuh ke atas jalan raya sekali gus membahayakan penunggang motosikal atau pemandu kereta.
“Tak bertutup pun dia bawa tanah, ini kalau kena motorsikal atau cermin kereta (macam mana) aduhai,” katanya.
@zuanhardie_family kau buat boleh je kann… kalu org lain mampus kena dahhh…
♬ original sound – Encik Bob
Muatan tanah yang dibawa tak lebih paras dinding, hanya tak bertutup
Bagaimanapun, berdasarkan rakaman itu, kelihatan paras muatan tanah yang dibawa lori PBT berkenaan tidak melebihi paras dinding, namun ia tidak ditutup dengan kanvas atau jaring.
Mengikut peraturan, pemandu wajib memastikan muatan diangkut dengan selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya.
Jika didapati melanggar peraturan, pihak polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) boleh mengeluarkan saman atau kompaun sehingga RM300.



