fbpx
Now Reading
Wanita Kecewa Cermin Kereta Civic Retak Gara-Gara Individu Baling Cawan Kaca Dari Tingkat Atas Rumah

Wanita Kecewa Cermin Kereta Civic Retak Gara-Gara Individu Baling Cawan Kaca Dari Tingkat Atas Rumah

Menerusi hantaran di Facebook, wanita yang dikenali sebagai Ika itu meluahkan rasa kecewa apabila cermin kereta jenis Honda Civic miliknya retak dan pecah gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab individu membaling cawan kaca.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sejak belakangan ini, ada sahaja isu mengenai tindakan tidak bertanggungjawab segelintir penduduk yang tinggal di kediaman tinggi (high rise).

Manakan tidak, ramai yang menjadi mangsa perbuatan golongan sebegini, malah lebih teruk hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Selain isu parkir kenderaan, antara yang paling biasa di dengar adalah sikap mereka yang suka membuang sampah merata atau objek dari atas hingga menyusahkan penduduk lain.

Bahkan sebelum ini, seorang remaja maut selepas ditimpa kerusi yang dilempar dari tingkat atas sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Berang, Ibu Jadi Mangsa Individu Selamba Buang Sampah Dari Tingkat Atas Flat PPR

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Sedih Kereta Dirosakkan Hanya Kerana Salah Parkir Di PPR

Wanita Dakwa Ada Orang Baling Cawan Kaca Hingga Retak Cermin Kereta

Semalam (12 Oktober), tular di media sosial luahan seorang wanita mengenai sikap segelintir penduduk di kediamannya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Kumpulan Facebook Komuniti Bandar Seri Alam, wanita yang dikenali sebagai Ika Nahar itu meluahkan rasa kecewa apabila cermin kereta jenis Honda Civic miliknya retak dan pecah gara-gara perbuatan tidak bertanggungjawab seorang individu.

Melalui perkongsian tersebut, Ika mendakwa dia menjadi mangsa individu yang membaling cawan kaca dari tingkat atas kediaman ke arah kenderaannya.

Pernah Jadi Mangsa Sebelum Ini, Kereta Rosak Gara-Gara Sisa Batu Pecah Rumah

Kongsi Ika lagi, kejadian ini bukanlah kali pertama. Sebelum ini dakwanya, kenderaannya pernah dibaling dengan sisa batu pecah rumah.

Malah, dia pernah menyuarakan perkara ini namun dianggap sebagai kurang ajar.

“Cermin pecah parking kereta dekat blok A, Jalan Tasek 64, sebelah klinik. Memang perangai apa ye orang-orang ini.

“Dulu kereta kena baling dengan sisa-sisa batu pecah rumah, ini cermin pula dibalingnya cawan kaca.

“Pernah bersuara tetapi sebaliknya kata kita kurang ajar. Kereta cermin pecah atas bumbung, kereta lekuk calar nak diamkan diri ke? Mesti orang blok ni, takkan orang blok lain yang buat sebab semua terjadi baling tu dari dalam rumah. Bila tanya kita pulak kena sound,” kongsinya.

Turut Titipkan Nasihat Agar Jaga Perilaku Anak-Anak

Menerusi perkongsian itu juga, Ika turut menitipkan nasihat buat penduduk berkenaan agar menjaga perilaku khususnya anak-anak dari membuat perkara yang tidak sepatutnya.

“Jaga anak-anak. Jangan sampai anak-anak suka buang barang keluar dari rumah. Hari tu lalu habis baju basah kena simbah air manis,” katanya lagi.

Difahamkan, kejadian berlaku di salah sebuah pangsapuri di Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Tersendiri

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Menjengah ke ruangan komen, masing-masing memberi pendapat tersendiri mengenai kejadian tersebut.

Majoriti pengguna media sosial bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita berkenaan.

Malah, ada yang meluahkan rasa marah serta geram dengan tindakan si pelaku kerana merosakkan harta benda.

Pun begitu, ada yang berpendapat agar wanita berkenaan seharusnya berpindah dan duduk di kediaman yang mempunyai kawasan persekitaran yang lebih baik.

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Aduh Kak, Tengok Gaya Baling Ni Macam Sengaja Je, Jarak Kereta Dengan Bawah Balkoni Jauh”

“Kadang Budak Main Baling Barang Sebab Saya Pernah Kena, Kita Lalu, Dia Baling Batu Sambil Pandang Parent Dia”

“Flat Ke Apartment Ke Semua Sama Je, Sebab Tu Aku Tak Suka Duduk Rumah Macam Ini”

“Pergi Check Rumah Sorang-Sorang Tengok Cawan Mesti Ada Sama Dengan Yang Pecah Tu”

Baca Artikel Berkaitan: “B*d*h Takda Sivik” – Wanita Kesal, Cermin Kereta Pecah Angkara Individu Buang Sampah Dari Atas Rumah Flat [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Bengang Cermin Kereta Pecah Selepas Jiran Baling Plastik Sampah Dari Tingkat Atas Flat [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.