Pelakon Malaysia Kongsi Pengalaman Ditahan Di Lokap Arab Saudi Kerana Pakai Baju ‘Save Palestine’
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, pelakon yang juga seorang model, Mutalib Mubin ditahan gara-gara memakai baju t-shirt ‘Save Palestine’ serta mempunyai karikatur Hamas pada 19 September lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin sememangnya membuka mata masyarakat di dunia.
Lihat sahajalah kebanyakan negara termasuk Malaysia giat mengadakan solidariti apatah lagi sikap tidak bertanggungjawab dan kejam rejim zionis itu terserlah dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.
Ramai yang menunjukkan tanda keprihatinan mereka dengan cara tersendiri antaranya seperti memboikot barangan yang didakwa menyokong Israel serta mengenakan pakaian bertemakan solidariti terhadap rakyat Palestin itu.
Namun entah mengapa, ada segelintir pihak yang melihat cara solidariti menerusi pemakaian sebagai satu ‘ancaman’.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Menteri Keselamatan Israel Tuduh Peserta Global Sumud Flotilla Pengganas [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah
Pelakon Ditahan Di Dalam Lokap Di Arab Saudi Gara-Gara Pakai Baju ‘Save Palestine’
Baru-baru ini, seorang pelakon yang juga merupakan seorang model, Mutalib Mubin berkongsi pengalamannya ditahan pihak berkuasa Arab Saudi ketika membawa sekumpulan jemaah negara mengerjakan umrah di Tanah Suci.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Mutalib yang berusia 34 tahun itu ditahan gara-gara memakai baju t-shirt ‘Save Palestine’ serta mempunyai karikatur Hamas pada 19 September lalu.
Memetik Harian Metro, tindakannya itu menyebabkan dia ditahan hingga dimasukkan ke lokap balai polis.
“Saya tak cetuskan provokasi kerana pakai baju itu. Tapi perkara sudah berlaku, jadi saya ambil sebagai pengajaran untuk lebih cakna dengan undang-undang negara luar.” jelasnya.
Kongsi Mutalib, dia yang menjadi seorang petugas agensi pelancongan dan umrah telah berangkat ke Tanah Suci bersama rombongan lain pada 12 September lalu bagi membantu mengendalikan jemaah dari Malaysia.
Terangnya lagi, itu merupakan kali kedua dia berkunjung ke sana selepas menunaikan umrah buat kali pertama beberapa tahun lalu sebelum pandemik COVID-19.
“Semuanya lancar sehingga 19 September iaitu hari saya nak menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram.
“Waktu itu, saya bukan niat umrah tetapi berkain ihram dan disebabkan risau tak selesa ketika solat kerana takut ternampak bahagian badan, saya memakai baju bertulisan ‘Save Palestine’ dengan karikatur Hamas.
“Sementara tunggu khutbah Jumaat, saya berteduh di satu tempat sebelum didatangi seorang individu. Kami bersembang sebelum sekumpulan polis datang ambil gambar.
“Hilang akal juga waktu itu kerana tak tahu kenapa mereka bertindak sebegitu,” terangnya.


Diminta Tunggu Selama 2 Jam & Kaki Turut Digari
Kongsi Mutalib lagi, dia dibawa ke balai polis bagi tujuan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat sebelum diminta membuka baju yang dipakai.
Dia yang sinonim dengan watak antagonis dalam filem Badang itu kemudiannya dibawa ke lokap dan diminta untuk menunggu pihak polis yang menguruskan kes tersebut selama dua jam.
“Tapi selepas dua jam menunggu, saya belum dipanggil malah kaki saya turut digari sewaktu dibawa keluar jam 9 malam untuk urusan dokumentasi.
“Kemudian, saya dibawa anggota polis menaiki pacuan empat roda dan tak tahu nak ke mana sebenarnya.
“Ada tanya tapi anggota berkenaan tak boleh faham bahasa Inggeris, saya pula tak pandai cakap Arab.
“Jadi ikut saja walaupun keadaan dalam pacuan empat roda itu panas. Kiranya tak tahu apa tujuan tapi akhirnya saya dibawa semula kembali ke balai polis. Cuma sampai ke pagi esoknya saya tak dibebaskan,” ujarnya.

Baru Dapat Tahu Tentang Larangan Pemakaian Baju Lambang Bendera Di Tanah Suci
Ceritanya lagi, dia ada ternampak pegawai penyiasat yang mengambil keterangan dan bertanyakan tentang statusnya itu.
Walau bagaimanapun, pegawai penyiasat itu meminta dia menunggu selama 30 minit lagi namun hanya dibebaskan pada jam 11 pagi 20 September.
“Kebetulan, isteri saya ikut sama ke Tanah Suci dan dia juga bantu urusan saya hingga tiga kali ke balai.
“Sebelum dibebaskan, saya diminta menjalani soal siasat akhir dan waktu itu diberitahu pegawai bertugas mengenai larangan memakai baju tertera bendera dan seperti yang saya pakai.
“Saya beritahu saya tak tahu larangan itu kerana ingatkan ia bukan satu kesalahan.
Sebelum beredar, saya cuba cari beg berisi barangan peribadi tapi tak jumpa dan terpaksa bergegas pulang ke hotel dengan isteri kerana nak kejar penerbangan jam 4 petang hari berkenaan,” katanya lagi.
Kali Pertama Tidur Di Lokap, Tak Sangka Berdepan Dengan Situasi Sedemikian
Terang Mutalib lagi, insiden itu merupakan pengalamannya bermalam di lokap. Malah, dia sendiri tidak menyangka akan berhadapan dengan situasi sebegitu.
“Tapi saya fikir, mereka mungkin tak nak ada jemaah pakai baju dengan lambang bendera mana-mana negara kerana tak nak ada rusuhan atau sebarang bentuk solidariti demi menjaga kesucian Tanah Haram.
“Dalam erti kata lain, semua datang dengan tujuan beribadah saja dan mungkin itu yang mereka nak sampaikan.
“Saya pula tak ambil tahu peraturan baru kerana fikir apa saya buat itu bukan satu kesalahan jadi selepas ini kena patuh.
“Niat saya kongsi pun bukan nak burukkan kerajaan Arab Saudi kerana di sana, jemaah Malaysia dihormati sebab ada reputasi baik tapi peringatan kepada orang lain supaya tak buat perkara sama.
“Saya pun ada sahabat dari Arab Saudi yang pernah berkunjung ke Malaysia dan sudah dianggap keluarga kerana ada membantu ketika di sana,” terangnya lagi.
Saudi pernah tahan jemaah Mesir kibar bendera Palestin & wanita bawa beg tertera bendera
Sekitar Julai lalu, pasukan keselamatan Arab Saudi pernah menahan seorang jemaah dari Mesir di Masjidil Haram, Mekah selepas dia mengibarkan bendera Palestin di sebelah Kaabah dan menyeru supaya penindasan serta kebuluran di Gaza dihentikan. Tindakan pihak berkuasa Saudi itu mencetuskan kecaman meluas.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan lelaki itu menjerit “Wa Islamah!” — yang difahamkan adalah laungan popular yang sering digunakan dari dahulu sekiranya terdapat penganut Islam yang berada dalam bahaya — sambil merayu agar ada tindakan segera untuk membantu rakyat Gaza yang sedang kelaparan.
Malah perkara sama juga pernah menimpa seorang jemaah wanita berketurunan Palestin di kota suci Mekah pada bulan April 2025 selepas didakwa mengibarkan bendera Palestin dan mengeluarkan kenyataan berunsur politik.
Difahamkan penahanan itu dilakukan selepas dia didapati memakai beg sandang yang memaparkan bendera Palestin lapor MintPress News.
Tambah laporan itu lagi, polis Arab Saudi kemudiannya memaklumkan bahawa membawa bendera Palestin di kawasan tersebut dianggap sebagai tindakan “mengeluarkan kenyataan politik.”
Dia kemudian membantah dan berkata bahawa jemaah negara lain seperti Maghribi dan Turki bebas membawa bendera negara mereka. Tegasnya dia seorang rakyat Palestin — jadi bendera itu hanyalah lambang kewarganegaraannya.
Saudi police detain a Palestinian woman in Mecca for displaying the flag of Palestine
— MintPress News (@MintPressNews) April 7, 2025
The woman explained that she was informed not to make political statements, to which she explained that others were displaying the flags of countries like Morocco and Türkiye, arguing that she… pic.twitter.com/K3hL2LDmD2
Menteri Agama pernah beri peringatan
Sekitar 2023, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar pernah mengingatkan jemaah umrah Malaysia agar mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan negara berkenaan, terutamanya membabitkan pemakaian baju, mafla atau mengibarkan bendera Palestin.
Jelau beliau, perkara berkenaan membabitkan undang-undang dan peraturan yang dilaksanakan kerajaan Arab Saudi.
“Di Malaysia pula, kerajaan berpandangan untuk tidak ada sebarang masalah untuk perkara berkenaan (solidariti palestin) dan itu merupakan pendekatan dan dasar yang diambil oleh kerajaan Malaysia.
“Namun, tidak dapat dipastikan bagaimana pula pendirian kerajaan Arab Saudi terhadap perkara berkenaan.
“Saya syorkan dan menasihatkan kepada rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah di Madinah dan Makkah untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Arab Saudi,” katanya dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian selepas seorang rakyat Malaysia, Masnira Ramli yang menetap di Arab Saudi menitip pesanan kepada jemaah umrah Malaysia supaya tidak sesekali memakai baju atau mafla ‘Free Palestine’ ketika berada di negara itu kerana ia salah di sisi undang-undang.
Baca Artikel Berkaitan: Lagu Assalamualaikum Versi ‘Remake’ Gabungkan Artis Tempatan Demi Solidariti Terhadap Palestin
Baca Artikel Berkaitan: “The Last Man Standing” – Lelaki Jepun Dipuji, Konsisten 2 Bulan Solidariti Untuk Palestin Seorang Diri [Video]
Baca Artikel Berkaitan:



