fbpx
Now Reading
“Tak Cukup Lagi Kot Usaha Kita Mengajar” – Guru Kecewa Lihat Markah 0 & Cara Murid Jawab Exam

“Tak Cukup Lagi Kot Usaha Kita Mengajar” – Guru Kecewa Lihat Markah 0 & Cara Murid Jawab Exam

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, guru berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila melihat hasil jawapan muridnya dalam peperiksaan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain ibu bapa, golongan pendidik juga tidak terkecuali mahu melihat anak murid yang diajar berjaya di masa hadapan.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah majoriti insan yang bergelar guru ini sanggup memberikan 100% usaha asalkan dapat menyampaikan ilmu kepada pelajar.

Namun entah mengapa, ada segelintir murid seolah-olah tidak mengambil serius dan menghargai kerja keras guru dalam mengajar dan mendidik mereka menjadi insan yang berguna.

Guru Luah Rasa Kecewa, Hasil Peperiksaan Murid Tidak Setanding Dengan Usaha Diberi

Semalam (8 Oktober), tular di media sosial perkongsian seorang guru mengenai kertas peperiksaan yang sedang ditanda olehnya.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @aimanhafizaahh, guru berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila melihat hasil jawapan muridnya dalam peperiksaan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat terdapat pelajar yang memperolehi markah 0 pada bahagian B.

Bukan itu sahaja, ada yang langsung tidak menjawab soalan malah memberikan jawapan seolah-olah seperti tidak pernah belajar subjek tersebut.

“Kecewanya seorang guru. Hampir setahun belajar, ini hasilnya. Entah mana yang silap.

“Rasa masuk kelas macam biasa, bagi kerja latihan, push di saat akhir. Ini yang dapat. Tak cukup lagi kot usaha kita mengajar, mungkin,” tulisnya.

Guru Jelas Soalan Peperiksaan Berbentuk Subjektif & Mempunyai Tahap Berbeza

Terang guru berkenaan, soalan peperiksaan itu sememangnya berbentuk subjektif namun setiap daripadanya mempunyai tahap yang berbeza.

Malah, dia mendakwa telah memberi ‘hint’ kepada murid tentang soalan yang bakal keluar, bahan bantu mengajar (BBM) serta nota bagi memudahkan murid untuk mengulangkaji bagi menghadapi peperiksaan berkenaan.

Namun jelas pengguna itu, dia berasa kecewa melihat soalan yang dibiarkan kosong seperti tidak pernah diajar olehnya.

View on Threads

Tak Salahkan Semua Ibu Bapa & Murid, Ada Yang Okay

Jelas guru itu lagi, bukanlah niatnya untuk menyalahkan kesemua ibu bapa dan murid kerana ada sahaja individu yang menunjukkan sikap yang baik.

Namun, dia kecewa dengan sikap segelintir pelajar yang dilihat tidak mengambil serius dalam pelajaran.

“Tapi geram je yang tak okey. Berulang kali nasihat tak makan saman, kerja sekolah yang menyalin pon liat, yang datang sekolah main je kerja.

“Parents pula ramai je yang okey, yang bimbing anak-anak, pantau kerja anak.

“Yang tak okey pon ada, dari pelbagai background pun ada, yang busy 24 jam dengan kerja pun ada. Tapi tak apalah selagi ada kudrat kita sebagai orang tua, kita cuba sehabis baik,” tulisnya.

Pun begitu, guru tersebut turut berkongsi hasil kerja murid yang dilihat berusaha dan dan rajin.

View on Threads

Pengguna Media Sosial Beri Pendapat Tersendiri

Perkongsian yang telah mendapat lebih 59,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing memberikan pendapat tersendiri apabila melihat perkongsian itu.

Ada yang berpendapat ia sememangnya sikap pelajar pada masa kini apatah lagi tiada penilaian peperiksaan jika dibandingkan dengan masa lalu.

Namun ada juga yang berpendapat, pelajar berkenaan mungkin mempunyai masalah dalam memahami silibus yang diajar kepada mereka.

Ada juga pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan situasi sedemikian.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Bukan Salah Cikgu, Sikap Budak Sekarang Agak Kelaut, Tak Semua Tapi Sebilangan Besar, Sebab Pergi Sekolah Dah Tak Ada Tujuan”

“Move On Je Cikgu, Saya Dah Mengajar Hampir 20 Tahun Dari Sekolah Rendah Ke Dewasa, Macam-Macam Perangai Pelajar Jumpa”

“Masalah Kemahiran Aplikasi, Mereka Belajar, Mereka Tahu, Tapi Tak Faham Cara Aplikasi, Cikgu Dah Bagi Full Effort Tapi Biasa La, Murid Pun Ada Pelbagai Kategori”

“Jangan Give Up Cikgu, Teruskan Semangat, Cuba Memahami & Slow Talk, Kadang Pelajar Macam Ini Ada Masalah Yang Kita Tak Fahami”

“Kalau Anak Saya, Saya Rotan Je Lepas Tu, Ingat Pergi Sekolah Main-Main Je?”

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Ramai Murid Biarkan Kertas Peperiksaan Lompong Tanpa Jawapan Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelajar Jawab ‘Sebab Boleh’ Semasa Peperiksaan, Ini Respon Azri Walter Sebagai Pencetus Slogan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.