Pekerja Gaji RM1,700 Kerja 12 Jam Tapi OT Tak Dibayar, JTK Panggil Majikan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan seorang pekerja memaklumkan dia menerima gaji RM1,700 dan bekerja selama 12 jam namun overtime tidak dibayar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap individu dewasa pastinya akan mencari pekerjaan untuk menerus dan menampung kehidupan harian mereka.
Tidak kurang juga ada anak muda seperti yang baru sahaja tamat pengajian mencari pekerjaan sebelum menyambung pengajian atau memasuki industri pekerjaan yang diinginkan.
Namun terdapat segelintir tempat kerja yang tidak membayar gaji yang sepatutnya meskipun perlu kerja lebih daripada masa yang sepatutnya.
Pekerja kerja 12 jam, gaji dibayar RM1,700 dan tiada bayaran kerja lebih masa
Baru-baru ini Timbalan Menteri Sumber Kemanusiaan, Datuk Seri Rahman Mohamad bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah menjalankan Operasi Pemeriksaan Pematuhan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2024 di sebuah pusat membeli-belah di Cyberjaya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok rasminya, kelihatan beliau bersama Timbalan Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi bersama pasukan lain telah berkunjung dari sebuah premis ke premis lain untuk membuat pemeriksaan.
Dalam video tersebut kelihatan mereka berkunjung ke sebuah kiosk kecil dan bertanya kepada pekerja wanita berapa gaji dan jam bekerja.
Kata wanita tersebut dia bekerja dari jam 10 pagi sehingga 10 malam selama 12 jam dengan gaji RM1,700.
Dia bagaimanapun perlu kerja lebih masa (overtime) namun OT tidak dibayar.
Majikan akan dipanggil ke pejabat untuk tindakan kerana tak bayar overtime
Susulan daripada itu, pihak JTK akan meminta majikan kiosk tersebut untuk mengambil tindakan seperti saman kerana tidak membayar pekerja yang bekerja lebih masa.
“12 jam, RM1,700 je? Overtime ada? Tak bayar ya. Kita minta majikan datang pejabatlah untuk kita beri saman kerana overtime tu tiada. RM1,700 tak cukup. RM1,700 untuk 8 jam atau 7 jam setengah,” kata Kamal.
Bukan hanya itu, mereka turut ke sebuah premis menjual alatan sukan dan bertanya mengenai bayaran yang diterima dan memaklumkan tugas mereka adalah menjaga hak pekerja.
“Minggu depan kita nak tengok operasi seluruh negara berkenaan dengan gaji minimum. Majikan laksana dalam slip gaji pekerja, dia (majikan) laksana (berikan) RM1,700. Tetapi dia potong daripada elaun, maknanya tidak betul.
“Maknanya kita mahu RM1,700 minimum, elaun dia tu tetap kekal biar semua (majikan) mematuhi (ketetapan). Mungkin kita beranggapan kefahaman dia (majikan) masih perlu mendapatkan nasihat daripada kita. Kita juga kena ambil ‘win-win situation’,” kata Rahman Mohamad.
@dsrahmanmohamad Tadi saya call ketua pengarah JTK, ajak team buat spotcheck secara adhoc pelaksanaan gaji minimum di sebuah mall. Hari ni kita gerakkan Operasi Pemeriksaan Pematuhan Gaji Minimum, bermula di Cyberjaya, ke seluruh negara. Door to door, premise to premise. Tiada kompromi bila melibatkan hak pekerja, setiap sen gaji yang diterima pekerja tu hasil keringat dan maruah mereka. Saya harapkan semua majikan wajib patuhi kadar gaji minimum yang telah ditetapkan. #rahmanmohamad #wirapekerja
♬ original sound – Rahman Mohamad – Rahman Mohamad
Pemeriksaan bersepadu di seluruh Malaysia akan dilakukan 13-17 Oktober
Menerusi hantaran JTK di Facebook, operasi itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pemeriksaan itu adalah permulaan pemeriksaan bersepadu di seluruh Semenanjung Malaysia yang akan dijalankan dari 13-17 Oktober 2025.
“Ini bagi memastikan pelaksanaan PGM 2024 yang berkuat kuasa pada 1 Februari dan 1 Ogos 2025 benar-benar dinikmati oleh semua pekerja swasta.
“Pemeriksaan pematuhan PGM 2024 dilaksanakan selaras dengan objektif dasar gaji minimum kerajaan untuk menjamin perlindungan pendapatan asas pekerja dan memperkukuh alaman pekerjaan yang adil.
“Pemeriksaan dilaksanakan secara door-to-dorr bagi mendekati majikan secara langsung, memberi penerangan mengenai kewajipan mematuhi kadar gaji minimum serta menegaskan komitmen kerajaan memastikan semua pekerja menerima gaji yang adil dan sewajarnya.”
Susulan daripada operasi dijalankan ini sebanyak 68 majikan telah diperiksa dan kebanyakannya adalah sektor perkhidmatan bagi borong runcit, makanan dan minuman termasuk kecantikan.
4 Majikan tak patuh PGM 2024
Dari jumlah berkenaan, 64 majikan sekitar 94% didapati patuh manakala 4 majikan (6%) tidak mematuhinya terhadap PGM 2024.
“Seramai 14 orang pekerja terlibat di bawah majikan tidak patuh. Gaji yang dibayar oleh majikan tidak patuh adalah kurang daripada RM1,500 dan antara RM1,500 hingga RM1,700 sebulan, lebih rendah daripada kadar minimum RM1,700 sebulan yang ditetapkan.
“Mana-mana majikan yang didapati bersalah di bawah Seksyen 45 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] kerana gagal membayar gaji minimum boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap pekerja jika disabitkan kesalahan,” jelasnya lagi.
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh penguatkuasaan dan pemantauan bagi memastikan dasar gaji minimum dilaksankan secara menyeluruh dan manfaatnya dapat dinikmati oleh semua pekerja swasta di negara ini.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



