fbpx
Now Reading
Lelaki Tawar Khidmat Tuisyen RM1 Untuk Subjek Pendidikan Islam & Bahasa Arab [Video]

Lelaki Tawar Khidmat Tuisyen RM1 Untuk Subjek Pendidikan Islam & Bahasa Arab [Video]

Difahamkan, kelas tuisyen yang disediakan oleh lulusan Ijazah Syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar itu terbuka buat murid sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam dan mengikut pembelajaran topik buku teks sekolah kebangsaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan ibu bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak dalam menjalani kehidupan seharian.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabis tenaga dan wang ringgit bagi menyediakan keperluan seperti pakaian, tempat tinggal dan pendidikan.

Bila sebut tentang pendidikan, kebanyakan ibu bapa akan menghantar anak mereka mengikuti kelas tuisyen atau kelas tambahan bagi membantu si anak dalam pelajaran.

Namun kebanyakan perkhidmatan tuisyen pada masa kini mengenakan caj yang agak tinggi hingga boleh mencecah puluhan ringgit bagi satu subjek.

Lelaki Sediakan Perkhidmatan Tuisyen Secara Online Dengan Harga RM1

Di saat pengusaha kelas tuisyen yang lain mengenakan bayaran puluhan ringgit bagi perkhdimatan mereka, lain pula dengan seorang lelaki ini yang menggunakan pendekatan berbeza.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @tusiyenabah, pengguna berkenaan menyediakan perkhidmatan tusiyen bagi subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

Menariknya, caj yang dikenakan kepada pelajar hanya bernilai RM1 bagi satu sesi tuisyen yang dijalankan secara siaran langsung (live) di TikTok.

Difahamkan, kelas tuisyen yang disediakan terbuka buat murid sekolah rendah dari tahun satu hingga tahun enam dan mengikut pembelajaran topik buku teks sekolah kebangsaan.

Namun, pengguna berkenaan mendedahkan turut membuat perkhidmatan tersebut secara terbuka kepada yang berminat tanpa mengira peringkat umur.

Tonton video penuh [DI SINI]

Lelaki Dedah Bukan Niat Untuk Mencari Untung, Hanya Mahu Menyampaikan Ilmu

Memetik Malaysia Kini, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Hafeez itu menjelaskan objektifnya mewujudkan kelas Tuisyen Abah hanyalah untuk menyampaikan ilmu, bukanlah mengejar keuntungan semata-mata.

Malah, dia yang merupakan seorang editor buku turut menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran anak-anak.

Kongsi Hafeez, dia mengadakan kelas tersebut di TikTok menerusi siaran langsung pada setiap malam Ahad hingga Jumaat selama satu jam bermula jam 8.30 malam

“Matlamat saya bukan mencari untung, tapi menyampaikan ilmu. Ramai ibu bapa terlepas pandang subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sebab ia tidak termasuk dalam peperiksaan utama, sedangkan nilai agama dan akhlak itulah asas kejayaan sebenar,” jelasnya.

Beri Penekanan Dalam Bacaan al-Quran & Tulisan Jawi

Jelas Hafeez yang juga pernah menjadi guru ganti di beberapa sekolah, dia turut menekankan kepada bacaan al-Quran dan tulisan Jawi kerana kedua-duanya menjadi asas dalam memahami topik penting seperti akidah, hadis dan ibadah.

“Kemahiran membaca dan menulis Jawi sangat penting. Jika lemah dalam Jawi, pelajar akan sukar faham isi kandungan Pendidikan Islam. Jadi, saya fokus satu subtopik setiap malam supaya lebih mudah difahami,” katanya.

Sambutan Memberangsangkan, Lebih 50 Peserta Hadiri Satu Sesi

Kongsi Hafeez yang merupakan lulusan Ijazah Syariah Islamiah daripada Universiti Al-Azhar Mesir, sambutan yang diterima amat memberangsangkan kerana dihadiri lebih 50 orang bagi satu sesi.

“Ada juga ibu bapa yang ikut sekali kelas. Mereka beritahu, sambil pantau anak, mereka dapat ulang kaji tajwid, al-Quran dan asas bahasa Arab. Itu antara maklum balas yang buat saya terus bersemangat,” jelasnya.

Anggap Perkhidmatan Tuisyen RM1 Sebagai Saham Akhirat

Terang Hafeez lagi, bayaran RM1 yang dikenakan hanyalah simbol dan selebihnya diserahkan kepada keikhlasan ibu bapa kerana bagi pemuda itu, apa yang lebih utama adalah anak-anak mendapat ilmu serta manfaat.

Selain dari sesi siaran langsung, Hafeez turut merancang untuk menerbitkan nota video pembelajaran dengan harga RM3 hingga RM5 selain penambahan elemen interaktif dalam pengajaran.

Bukan itu sahaja, dia turut menyimpan impian untuk mengembangkan inisiatifnya itu menjadi sebuah pusat tuisyen fizikal pada masa akan datang dengan memfokuskan pembelajaran agama secara santai dan berkesan.

“Saya anggap ini satu bentuk saham akhirat. Walaupun cuma sejam setiap malam, kalau ia memberi kesan positif kepada anak-anak, itu sudah memadai,” jelasnya.

@tuisyenabah

nk join group ‘taligeram’ boleh klik link kt bio. jumpa malam ni ye 😊.. #sirafiez #fyp #notatuisyen #tuisyensinggit

♬ original sound – AMAD🌟 – ⚗️AMAD⚗️

Tonton video penuh [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Cemerlang SPM Tawar Perkhidmatan Tuisyen Percuma Secara Dalam Talian

Baca Artikel Berkaitan: “Elak Gaji Kena Potong Ke Ni” – Telatah Sir Uzairi Ajar Tetamu Matematik Ketika Bersanding Buat Ramai Geli Hati [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.