Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin Kepada Isteri? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP
Untuk info, mahar atau mas kahwin ialah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mas kahwin atau mahar merupakan simbol tanggungjawab seorang lelaki terhadap bakal isterinya dan tanda kesediaan membina rumah tangga.
Namun, bagi sesetengah pasangan, jumlah mas kahwin termasuk hantaran yang tinggi kadangkala menjadi beban terutamanya jika masih di awal kerjaya.
Cabaran kewangan dan kos parkahwinan yang boleh mencecah puluhan ribu turut menjadi bebanan sehingga ada lelaki yang sanggup berhutang demi menghalalkan wanita yang dicintainya.
Baca Artikel Berkaitan: Wang Hantaran Patut Jadikan Mas Kahwin, Simpan & Jangan Guna Untuk Kenduri – Ustaz Amran Yusoff [Video]
Boleh ke lelaki bayar mas kahwin secara hutang?
Susulan itu, timbulan persoalan mengenai hukum sekiranya seorang lelaki membayar mas kahwin secara hutang.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang menerima soalan terbabit telah tampil menjelaskannya berdasarkan firman Allah SWT dan sabda Rasulullah SAW.
Untuk info, mahar atau mas kahwin ialah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab akad nikah.
Suami boleh bayar mas kahwin secara hutang, hukumnya harus
Berkenaan hukum membayar mahar secara hutang, Pejabat Mufti WP menjelaskan bahawa hukumnya adalah diharuskan menurut al-Fiqh al-Manhaji (4/77).
“Mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya. Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran,” katanya.
وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ أَنْ تَبْتَغُوا بِأَمْوَالِكُمْ
“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (iaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu.”
Surah al-Nisa ayat 24
Selain itu, Rasulullah SAW juga bersabda dalam Riwayat al-Bukhari (4741) dan Muslim (1425) yang bermaksud, ‘Engkau berikanlah perempuan itu walaupun sebentuk cincin besi’.
Mesti dapat persetujuan isteri dan tentukan tempoh penangguhan
Bagaimanapun, mas kahwin yang diserahkan secara hutang mestilah mendapat persetujuan isteri dan perlu ditentukan tempoh penangguhan kerana itu adalah hak isteri.
“Pemberian mas kahwin tidak disyaratkan dengan segera. Ia boleh disegerakan atau ditangguhkan kesemuanya sebelum persetubuhan. Walau bagaimanapun, penangguhan itu hendaklah ditentukan masanya. Ini kerana mas kahwin itu milik isteri.
“Dia berhak meminta disegerakan atau ditangguhkan mengikut kehendaknya. Apabila mas kahwin tersebut diminta agar diserahkan segera, maka isteri berhak menahan dirinya daripada melakukan persetubuhan dengan suami sehinggalah mas kahwin diterimanya.
“Jika mas kahwin itu dipersetujui untuk ditangguhkan, isteri tidak berhak menahan diri daripada suami kerana dia sendiri telah bersetuju dengan penangguhan tersebut,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: Gugup Punya Pasal, Pengantin Lelaki Sampai Tersasul Sebut Mas Kahwin RM500 Juta [Video]



