Rafizi Bakal Kutip & Lupuskan Kereta-kereta Buruk Terbiar Di Pandan [Video]
Menurutnya, masalahkereta buruk terbiar ini telah berlarutan sejak sekian lama dan sudah tiba masanya untuk mereka mencari jalan lain bagi menyelesaikannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli akan melaksanakan operasi mengambil kenderaan-kenderaan yang ditinggalkan tidak bertuan di kawasan berkenaan dan melupuskannya.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya hari ini (9 Oktober), Rafizi berkata, beliau sering kali menerima aduan penduduk di kawasannya mengenai masalah kereta-kereta terbiar sehingga mengganggu kawasan parkir.
“Penduduk selalunya tidak puas hati, kenapa macam tidak ada tindakan atau tindakan yang selalu dikira lambat daripada pihak berwajib. Pengalaman saya, selalunya ia melibatkan kuasa berlainan di bawah pihak berwajib yang berlainan. Juga melibatkan harta orang yang boleh menyaman kerajaan jika ia disita tanpa perintah undang-undang.
“Satu lagi masalah logistik, selalunya kereta-kereta yang disita perlu diletakkan di depoh pihak berwajib yang selalunya dah penuh dan tidak ada tempat,” katanya.
Rafizi guna pendekatan baharu atasi masalah kereta terbiar
Menurutnya, masalah ini telah berlarutan sejak sekian lama dan sudah tiba masanya untuk mereka mencari jalan lain bagi menyelesaikannya.
“Sebagai Wakil Rakyat di parlimen saya, saya nak cuba sesuatu yang baru, ini akan melibatkan empat langkah,” katanya.
Berikut empat langkah yang akan dilakukan:
#1 Hebahan secara terbuka
Langkah pertama, hebahan akan dilakukan secara terbuka kepada semua bahawa mana-mana kenderaan yang ditinggalkan terbiar di kawasan Pandan dalam tempoh tiga minggu ia akan dikutip untuk dilupuskan.
#2 Buat aduan jika ada kenderaan terbiar di kawasan kejiranan
Langkah kedua, penduduk yang mendapati ada kenderaan-kenderaan terbiar di kawasan mereka boleh membuat laporan menerusi emel pusatkhidmatpandan@gmail.com.
Di dalam emel terbabit mestilah disertakan sekali gambar kenderaan serta maklumat lokasi.
#3 Notis sitaan akan ditampal pada kereta terbiar
Langkah ketiga, para petugas Pusat Khidmat Pandan akan meletakkan notis bahawa kenderaan akan disita selepas mereka meninjau dan mengesahkan.
“Notis itu akan berada di situ selama seminggu, nombor kenderaan yang telah diberikan notis juga akan dimaklumkan melalui media sosial, pemilik kenderaan boleh berhubung dengan Pusat Khidmat Pandan di emel atau nombor telefon 019-2625025,” katanya.
#4 Kutip kereta dan lupus
Langkah terakhir, sekiranya pemilik kenderaan yang diberi notis tidak tampil mengaku sebagai pemilik atau memindahkan kenderaan, Pusat Khidmat Pandan akan menguruskan agar kenderaan itu diambil untuk dilupuskan.
Menurutnya, bagi setiap kenderaan yang dikenalipasti pihaknya akan memaklumkan kepada pihak berwajib iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
“Kita tengok dulu macam mana reaksi pemilik kenderaan yang ditinggalkan dan keberkesanan kaedah ini. Kepada penduduk Pandan boleh sebarkan maklumat ini supaya kita sama-sama dapat bersihkan kawasan kejiranan kita dari kenderaan buruk yang ditinggalkan,” ujar.
@rafiziramli 𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗨𝗧𝗜𝗣 𝗞𝗘𝗥𝗘𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗥𝗨𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 Di Pandan, ramai lapor pasal kereta buruk yang berkarat, jadi sarang sampah dan ambil tempat parkir. Masalah ni nampak kecil, tapi kalau lama dibiarkan, susahkan ramai orang. Kita akan cuba cara baru: 1️⃣ Beri masa 3 minggu kepada pemilik untuk alih kenderaan. 2️⃣ Penduduk boleh lapor ke pusatkhidmatpandan@gmail.com dengan gambar & lokasi. 3️⃣ Notis akan diletakkan selama seminggu sebelum diangkut. 4️⃣ Kalau tiada pemilik tampil, kereta akan dikutip untuk dilupuskan. Kita nak tengok kalau kaedah ni boleh bantu bersihkan kawasan Pandan daripada kenderaan terbiar. Sebarkan supaya semua tahu! #Pandan #RafiziRamli #PusatKhidmatPandan #KeretaBuruk ♬ original sound – Rafizi
Baca Artikel Berkaitan: “Mana Pemiliknya?” – Deretan Kereta Terbiar Di Cyberjaya Cetus Tanda Tanya Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Misteri Proton Perdana Bersama Kereta Mewah Dalam Bangunan Terbiar Di UK



